Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini sering diraikan sebagai arkitek pemodenan ekonomi Malaysia yang membawa negara daripada ekonomi berasaskan komoditi kepada kuasa perindustrian serantau. Namun di sebalik pencapaian itu, pentadbirannya turut memperlihatkan budaya 'bail-out' melibatkan Bank Bumiputra, Perwaja Steel, Malaysia Airlines (MAS) dan Renong-UEM. Peristiwa-peristiwa itu mempunyai corak yang sama apabila syarikat berkaitan kroni politik mengalami kegagalan akibat salah urus atau menghadapi risiko besar sebelum kerajaan menggunakan wang awam untuk menyelamatkannya. Tindakan tersebut sering dipertahankan atas alasan kepentingan negara atau usaha memperkasa ekonomi Bumiputera. Hampir empat dekad kemudian, kesan kumulatifnya masih dirasai melalui beban hutang negara yang mencecah RM1.69 trilion. SUMBER: https://www.majalahlabur.com/kewangan/6-skandal-kewangan-yang-pernah-menggemparkan-malaysia/ Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), yang dit...