Baru-baru ini, wujud hantaran dalam kalangan netizen yang mencadangkan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Hantaran itu bagaimanapun tidak memberikan sebab munasabah Syed Saddiq patut dilantik sebagai Menteri Pendidikan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya beliau masih menjadi ahli Parlimen. Adakah hantaran itu sekadar berseloroh atau merupakan satu strategi untuk para penyokong Syed Saddiq mahukan beliau menjadi menteri? Namun, rekod Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan sebelum ini tidak memberangsangkan dan idea tersebut seolah-olah lebih kepada gimik daripada solusi. SUMBER: https://malaysiagazette.com/2021/08/11/syed-saddiqs-failed-sports-legacy/ Pengalaman Syed Saddiq ketika memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan telah menunjukkan kecenderungan beliau untuk lebih menonjolkan 'gimik politik' berbanding keberkesanan dasar jangka panjang. Fokus berlebihan kepada e-sukan, walaupun ada nilai dalam se...