Skip to main content

Syed Saddiq Tidak Layak Pegang Portfolio Penting


Baru-baru ini, wujud hantaran dalam kalangan netizen yang mencadangkan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar dilantik sebagai Menteri Pendidikan.

Hantaran itu bagaimanapun tidak memberikan sebab munasabah Syed Saddiq patut dilantik sebagai Menteri Pendidikan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya beliau masih menjadi ahli Parlimen.

Adakah hantaran itu sekadar berseloroh atau merupakan satu strategi untuk para penyokong Syed Saddiq mahukan beliau menjadi menteri?

Namun, rekod Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan sebelum ini tidak memberangsangkan dan idea tersebut seolah-olah lebih kepada gimik daripada solusi.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2021/08/11/syed-saddiqs-failed-sports-legacy/


Pengalaman Syed Saddiq ketika memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan telah menunjukkan kecenderungan beliau untuk lebih menonjolkan 'gimik politik' berbanding keberkesanan dasar jangka panjang.

Fokus berlebihan kepada e-sukan, walaupun ada nilai dalam segmen tertentu, tidak seharusnya menjadi agenda utama.

Perkara itu telah menenggelamkan isu-isu besar lain seperti kebolehpasaran graduan, peluang pekerjaan, latihan kemahiran (TVET) dan pembangunan kepimpinan belia.

Malahan, had umur belia yang sebelum ini dicadangkan oleh Syed Saddiq di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019, Akta (A1602) berdepan penangguhan.

Dalam dunia pendidikan yang jauh lebih kompleks, corak pelaksanaan serta visi dan misi tidak menyeluruh seperti ini adalah satu petanda buruk.

SUMBER: https://m.malaysiakini.com/news/460978


Menteri Pendidikan merupakan antara portfolio yang paling penting dalam negara.

Sistem pendidikan Malaysia melibatkan lebih lima juta pelajar dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.

Pendidikan menentukan kualiti modal insan, daya saing ekonomi dan pembangunan negara dalam jangka masa yang panjang.

Dasar pendidikan yang tidak sistematik atau teratur berkemungkinan melahirkan generasi yang lemah dalam kemahiran asas seperti matematik dan sains selain tidak mampu bersaing di peringkat global.

Justeru, cadangan untuk melantik Syed Saddiq sebagai Menteri Pendidikan adalah sangat berisiko memandangkan beliau tidak memiliki pengalaman mencukupi dalam kerajaan.

SUMBER: https://solidaritas.my/pendidikan-mempengaruhi-kehidupan/


Maka, timbul persoalan besar iaitu jika portfolio yang skopnya lebih kecil seperti Menteri Belia dan Sukan pun gagal diurus secara menyeluruh, bagaimana mungkin Syed Saddiq mampu menggalas tanggungjawab lebih besar dan kompleks seperti Menteri Pendidikan?

Peranan tersebut menuntut visi yang jelas, kepakaran pentadbiran dan kemampuan untuk membina dasar lebih konsisten bagi manfaat anak-anak bangsa.

Namun, Syed Saddiq belum terbukti melakukannya setakat ini.

Selain itu, gaya politik Syed Saddiq yang sering menimbulkan kontroversi juga mengundang tanda tanya.

Tindakannya sewaktu bersama MUDA, yang kerap dilihat lebih fokus kepada 'political branding', boleh menjadi liabiliti sekiranya dibawa ke dalam portfolio pendidikan.

Pendidikan bukan ruang untuk eksperimen politik populis seperti Syed Saddiq dan memerlukan corak kepimpinan yang matang dalam mengendalikan isu-isu berbentuk nasional.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/457258/majlis-belia-gpms-membidas-kenyataan-syed-saddiq

Tuntasnya, cadangan untuk melantik Syed Saddiq sebagai Menteri Pendidikan jelas bersifat emosional, dangkal dan tidak berpijak pada realiti.

Malaysia memerlukan seorang Menteri Pendidikan yang berwibawa, berpengalaman luas dalam urusan pentadbiran serta memiliki visi pendidikan menyeluruh.

Syed Saddiq setakat ini sekadar figura politik yang pandai mencuri perhatian di media sosial.

Beliau lebih sesuai berada dalam kelompok ahli politik muda yang berperanan dalam isu-isu lebih kecil dalam peringkat nasional.

Namun untuk portfolio sebesar Menteri Pendidikan, rekod beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan sudah cukup untuk menjadi 'wake up call' bahawa cadangan itu lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding impak positif.


Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...