Skip to main content

Kes Mahkamah Syed Saddiq, Peluang Baharu Muar?


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkemungkinan memiliki tempoh singkat memegang jawatan berkenaan.

Kes penyelewengan dana parti melibatkan Syed Saddiq masih dalam proses rayuan.

Namun sekiranya Syed Saddiq didapati bersalah, maka jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen secara automatik akan tergugur.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.

Justeru, muncul persoalan penting yang perlu dibincangkan.

Adakah pengguguran automatik jawatan Syed Saddiq sebagai ahli Parlimen, sekiranya didapati bersalah, merupakan satu kelegaan serta peluang emas buat para pengundi di Muar?

SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1204715/syed-saddiq-masih-nantikan-tuntutan-peruntukan-parlimen-muar


Walaupun beliau sering tampil dengan imej pemimpin muda yang progresif, hakikatnya prestasi Syed Saddiq sebagai ahli Parlimen Muar masih jauh daripada memuaskan.

Projek pembangunan di Muar tidak menunjukkan lonjakan ketara sepanjang penggal beliau memegang jawatan sebagai ahli Parlimen di kawasan tersebut.

Isu-isu asas seperti pembangunan infrastruktur luar bandar, peluang pekerjaan untuk anak muda dan pelaburan strategik ke kawasan Parlimen itu terus terabai atau sekadar menerima perhatian secara berkala.

Lebih memalukan, sepanjang tempoh beliau berkhidmat di Muar, Syed Saddiq dilihat lebih menumpukan kepada naratif peribadi, imej selebriti dan kempen populis yang tidak membuahkan hasil konkrit untuk rakyat.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/03/16/projek-tmiyc-pulih-selepas-amaran-mb-johor-bukan-pemantauan-ahli-parlimen-muar-kata-menteri/


Walaupun proses perbicaraan masih berlangsung, kredibiliti dan integriti Syed Saddiq sebagai wakil rakyat telah tercalar.

Dalam sistem demokrasi yang matang di negara ini, pemimpin perlu bersih daripada sebarang kontroversi terutamanya kes melibatkan wang.

Syed Saddiq buat masa ini gagal memenuhi kriteria berkenaan.

Kes terbabit juga merupakan satu tamparan kepada idealisme reformasi yang pernah diperjuangkan oleh Syed Saddiq suatu ketika dahulu.

Jika Syed Saddiq yang pernah memperjuangkan integriti tidak menunjukkan teladan atau contoh yang baik, bagaimana beliau mahu menuntut reformasi daripada pihak lain?

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syed-saddiq-didakwa-berniat-jahat-dalam-pengeluaran-rm1-juta-513218


Sekiranya Syed Saddiq didapati bersalah dan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen, situasi tersebut wajar dilihat sebagai titik perubahan kepada penduduk Muar.

Tiba masanya para pengundi Muar diberi peluang untuk memiliki wakil rakyat yang benar-benar mempunyai rekod bersih, fokus kepada pembangunan setempat dan mampu bekerjasama dengan kerajaan demi manfaat rakyat.

Muar adalah sebuah kawasan yang strategik dengan potensi besar dalam industri penting seperti pelancongan, pertanian moden dan pendidikan.

Namun pembangunan semua industri ini memerlukan wakil rakyat yang berdaya saing dalam membawa pelaburan dan dasar-dasar berkaitan ke kawasan itu.

Syed Saddiq telah banyak membazirkan masa dengan drama politik peribadi, konflik kepartian dan usaha mempertahankan naratif yang tidak menguntungkan rakyat.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/278258/berita/politik/syed-saddiq-menang-di-muar-dengan-sokongan-dap-ph---anthony-loke


Pelucutan jawatan Syed Saddiq bukanlah satu tragedi politik, sebaliknya satu kelegaan bagi rakyat Muar sekiranya berlaku.

Situasi berkenaan adalah peluang untuk membersihkan landskap politik Muar dan menggantikan seorang wakil rakyat yang gagal membuktikan keupayaan serta keikhlasan beliau ketika berkhidmat.

Rakyat Muar wajar menuntut lebih daripada sekadar ahli politik yang pandai berpidato dan membuat video TikTok.

Apa yang diperlukan oleh penduduk Muar adalah wakil rakyat yang turun ke padang, menyelesaikan isu rakyat, memperjuangkan dasar dan memberi tumpuan sepenuhnya untuk membangunkan kawasan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...

Laluan Sukar Syed Saddiq Kekalkan Kerusi Muar

Baru-baru ini, penganalisis politik meramalkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memiliki peluang baik untuk mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon. Syed Saddiq dijangka boleh mengekalkan kerusi itu jika berlaku perpecahan undi antara BN dan PH. Namun, perkara itu dilihat sebagai mustahil dengan mengambil kira beberapa faktor penting dalam arena politik tempatan ketika ini. Ada juga penganalisis yang berpendapat PKR berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi kerusi Muar sekiranya bertanding menentang Syed Saddiq. SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/701802/berita/politik/amanah-johor-cadang-kerusi-parlimen-muar-dun-puteri-wangsa-ditandingi-ph Kemenangan Syed Saddiq di Muar dalam dua pilihan raya sebelum ini banyak dibantu dengan sokongan jentera gabungan PH. Pada PRU-14, Syed Saddiq menang selesa dengan majoriti 6,953 undi. Namun pada PRU-15, beliau mengekalkan ...