Tun Dr. Mahathir Mohamad telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali, pertama dari tahun 1981 hingga 2003 dan kali kedua dari 2018 hingga 2020. Meskipun sebelum ini, beliau memainkan peranan penting dalam membentuk landskap politik dan ekonomi Malaysia pada era pemerintahan kali pertamanya, namun penglibatan Mahathir dalam politik selepas meletakkan jawatan mencetuskan banyak kontroversi serta kritikan. Banyak pihak berpendapat bahawa Mahathir, setelah mengundurkan diri sebanyak dua kali sebagai Perdana Menteri , sepatutnya berundur daripada arena politik dan memberi ruang kepada generasi baharu untuk memimpin negara. Sebaliknya, beliau memilih untuk terus campur tangan dalam hal ehwal negara dan tindakan Mahathir telah membawa lebih banyak impak negatif daripada positif. Salah satu kesan utama campur tangan Mahathir dalam politik selepas beliau meletakkan jawatan adalah menggugat kepimpinan baharu yang sedang berusaha untuk membawa perubahan. Setelah beliau meletakkan j...