Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2023

Masa Depan Muar Jadi Taruhan

Dalam kancah politik Malaysia, nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan sahaja menjadi perhatian tetapi turut mengundang gelombang kritikan. Sebagai Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menggalas tanggungjawab berat mewakili suara dan aspirasi rakyat. Namun, Syed Saddiq terpalit dengan skandal wang yang bukan sahaja menggoyahkan kepercayaan rakyat tetapi turut mencetuskan persoalan tentang masa depan Muar. Setakat artikel ini ditulis, Syed Saddiq masih belum melepaskan peranannya sebagai Ahli Parlimen Muar meskipun telah didesak beberapa kali oleh ahli politik lain. Syed Saddiq turut mengambil sikap berdiam diri di media sosial selepas beliau dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun pada 9 November lalu. https://www.kosmo.com.my/2023/11/09/syed-saddiq-didapati-bersalah-terhadap-empat-pertuduhan/ Skandal wang yang melibatkan Syed Saddiq telah mencemarkan dan memberi tamparan hebat kepada nama baik serta imejnya. Kepercayaan rakyat merupakan aset terbesar bagi seorang ahli politik. Bagaim

Nasib MUDA Ikut Jejak PEJUANG

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) ditubuhkan bagi menarik dan membawa aspirasi generasi muda di negara ini. Namun selepas tiga tahun penubuhannya, MUDA kerap dirundung masalah dan terbaharu membabitkan bekas Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Ahli Parlimen Muar itu mengosongkan jawatan Presiden MUDA selepas didapati bersalah dalam kes skandal wang pada November lalu. MUDA berkemungkinan besar akan mengalami nasib sama seperti parti kecil lain seperti Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang sehingga kini dianggap gagal. Malahan, senario atau 'jalan cerita' kedua-dua parti itu seakan-akan sama ketika ini. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syed-saddiq-dipenjara-7-tahun-sebatan-denda-rm10-juta-445336 MUDA mempunyai masalah utama yang sejak dari awal tidak diselesaikan dengan betul dan teratur. Parti itu gagal mengetengahkan pendirian dan identiti politik mereka secara jelas kepada rakyat. Seperti PEJUANG, parti MUDA gagal membawa imej mereka sebagai

Mahathir dan Bayang-Bayang Politik Wang

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengatakan bersedia mengambil tanggungjawab berhubung politik wang yang didakwa berleluasa dalam parti UMNO semasa beliau menjadi presiden parti berkenaan pada tahun 1990-an. Namun, Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya, kerana belia mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sepatutnya bertanggungjawab. Mahathir turut mendakwa bukan tanggungjawabnya untuk mengawal secara terperinci pihak berkuasa yang berkaitan bagi menangani isu rasuah yang semakin berakar dalam UMNO pada masa itu. Selain itu, Mahathir mengatakan UMNO kini bukan lagi parti sama yang dibentuk pada 1946 apabila tersasar daripada perjuangan bangsa, negara dan agama. Berdasarkan kenyataan Mahathir, timbul persoalan tentang sejauh mana beliau sebenarnya mengambil tanggungjawab terhadap isu yang berlaku dalam UMNO khususnya rasuah. Rujukan: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/11/13/dr-mahathir-says-cant-