Skip to main content

Nasib MUDA Ikut Jejak PEJUANG


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) ditubuhkan bagi menarik dan membawa aspirasi generasi muda di negara ini.

Namun selepas tiga tahun penubuhannya, MUDA kerap dirundung masalah dan terbaharu membabitkan bekas Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar itu mengosongkan jawatan Presiden MUDA selepas didapati bersalah dalam kes skandal wang pada November lalu.

MUDA berkemungkinan besar akan mengalami nasib sama seperti parti kecil lain seperti Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang sehingga kini dianggap gagal.

Malahan, senario atau 'jalan cerita' kedua-dua parti itu seakan-akan sama ketika ini.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syed-saddiq-dipenjara-7-tahun-sebatan-denda-rm10-juta-445336


MUDA mempunyai masalah utama yang sejak dari awal tidak diselesaikan dengan betul dan teratur.

Parti itu gagal mengetengahkan pendirian dan identiti politik mereka secara jelas kepada rakyat.

Seperti PEJUANG, parti MUDA gagal membawa imej mereka sebagai sebuah entiti politik yang unik di mata pengundi.

Dalam suasana politik negara yang semakin 'sesak' dengan pelbagai parti, MUDA tidak menonjolkan diri mereka sebagai entiti politik yang benar-benar serius merevolusikan Malaysia.

Kegagalan mengambil pendekatan yang berbeza, MUDA berdepan masalah sama seperti PEJUANG dalam membangunkan asas sokongan yang kuat.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/08/998822/muda-kalah-semua-kerusi-di-selangor


Selepas Syed Saddiq berundur daripada MUDA, parti itu berdepan isu kepimpinan seperti PEJUANG.

PEJUANG sebelum ini bergantung sepenuhnya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan situasi sama berlaku kepada MUDA.

Suara MUDA sebelum ini dibawa oleh Syed Saddiq namun pengunduran beliau merugikan parti tersebut.

Parti yang bergantung kepada kepimpinan seorang individu sahaja, berkemungkinan besar sukar untuk berkembang sekiranya dipimpin ahli lain.

PEJUANG ketika ini kian suram dek kerana Mahathir meninggalkan parti itu dan tidak mustahil situasi sama boleh berlaku kepada MUDA.

Sumber: https://pru.sinarharian.com.my/info-berita/11628/muda-tak-mampu-hidup-tanpa-syed-saddiq


Berbeza dengan PEJUANG yang dipimpin oleh kebanyakan ahli politik berpengalaman, MUDA bagaimanapun dilabel entiti politik setahun jagung.

Kebanyakan daripada ahli majlis tertinggi MUDA tidak memiliki pengalaman politik luas seperti Syed Saddiq.

Meskipun konsep pemimpin muda dilihat seolah-olah malar segar, namun kurang pengalaman politik boleh menjadi beban kepada parti tersebut dalam menghadapi saingan parti politik besar lain.

Selain itu, kebergantungan yang berlebihan terhadap platform digital turut menjadi kelemahan kepada MUDA.

Tanpa strategi komunikasi yang merangkumi media tradisional serta interaksi langsung dengan rakyat, MUDA kehilangan sokongan dengan demografi pengundi yang kurang aktif di media sosial.

Sumber: https://www.dagangnews.com/article/muda-gagal-pikat-hati-pengundi-dalam-pilihan-raya-negeri-2023-29293


Tuntasnya, MUDA berdepan risiko mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh PEJUANG.

Tanpa pendekatan yang berbeza dan strategi yang berkesan, MUDA berkemungkinan besar akan mengalami nasib serupa seperti PEJUANG.

Realiti politik yang kompetitif di Malaysia menuntut lebih daripada sekadar retorik, sebaliknya MUDA wajar menunjukkan kemampuan mereka untuk menarik hati rakyat.

Jika MUDA gagal mengatasi kelemahan ini dan gagal memberi respons pantas terhadap perubahan politik, parti itu akan menjadi contoh tentang sebuah entiti politik yang tidak memenuhi potensinya.

Comments

Popular posts from this blog

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...

Laluan Sukar Syed Saddiq Kekalkan Kerusi Muar

Baru-baru ini, penganalisis politik meramalkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memiliki peluang baik untuk mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon. Syed Saddiq dijangka boleh mengekalkan kerusi itu jika berlaku perpecahan undi antara BN dan PH. Namun, perkara itu dilihat sebagai mustahil dengan mengambil kira beberapa faktor penting dalam arena politik tempatan ketika ini. Ada juga penganalisis yang berpendapat PKR berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi kerusi Muar sekiranya bertanding menentang Syed Saddiq. SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/701802/berita/politik/amanah-johor-cadang-kerusi-parlimen-muar-dun-puteri-wangsa-ditandingi-ph Kemenangan Syed Saddiq di Muar dalam dua pilihan raya sebelum ini banyak dibantu dengan sokongan jentera gabungan PH. Pada PRU-14, Syed Saddiq menang selesa dengan majoriti 6,953 undi. Namun pada PRU-15, beliau mengekalkan ...