Skip to main content

Mahathir Dakwa Melayu Seolah-olah Ditindas


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Secara ringkasnya, RUU yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai bertujuan untuk meremajakan kawasan bandar di seluruh negara terutamanya perbandaran yang semakin sesak.

Namun, Mahathir menerusi laman media sosialnya rasmi sama sekali tidak bersetuju dengan RUU berkenaan.

Mahathir mengatakan pembaharuan bandar akan menyebabkan penduduk kawasan-kawasan seperti di Kuala Lumpur akan diarahkan keluar dan kebanyakan mereka adalah komuniti Melayu.

Beliau juga mendakwa bandar akan menjadi tempat orang bukan Melayu dan pemisahan antara masyarakat Melayu serta bukan Melayu bakal menjadi lebih luas.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1364118/ruu-pembaharuan-semula-bandar-boleh-remajakan-bandar-yang-sesak


Mahathir sering menggunakan naratif bahawa beliau adalah pelindung atau wira kepentingan orang Melayu.

Namun, sepanjang 22 tahun dan 22 bulan menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, pembangunan bandar utama seperti Kuala Lumpur dilakukan tanpa mengambil kira kesan langsung kepada penduduk Melayu yang berkelas bawahan.

Adakah Mahathir benar-benar memperjuangkan nasib orang Melayu berhubung pembangunan bandar atau sekadar mahu mencetuskan naratif memperjuangkan kaum Melayu untuk kekal relevan?

Ketika Mahathir membangunkan bandar seperti Kuala Lumpur, kawasan tersebut tidak dibina untuk rakyat marhaen.

Namun Kuala Lumpur dibangunkan kepada lebih memenuhi keperluan untuk kemegahan dengan bangunan-bangunan mewah serta projek berskala besar.

Kebanyakan kontrak untuk projek mega diberikan kepada syarikat kroni yang rapat dengan Mahathir dan menjadikan pembangunan bandar sebagai alat untuk memberi kekayaan untuk segelintir golongan elit Melayu sahaja.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2023/06/29/nasib-melayu-gagal-semasa-tun-m-berkuasa/


Sepanjang pemerintahan Mahathir, banyak projek pembangunan yang telah menggantikan kawasan penempatan Melayu dengan bangunan pencakar langit serta pusat komersial.

Mahathir gagal menyediakan mekanisme sokongan yang mencukupi untuk membantu penduduk asal sesuatu kawasan bertahan dalam ekosistem ekonomi baharu.

Sebagai contoh, pembangunan di kawasan sekitar Kampung Bharu yang menjadi lokasi penempatan orang Melayu di tengah-tengah Kuala Lumpur telah lama diperdebatkan.

Walaupun ada cadangan untuk memajukan kawasan berkenaan, tetapi usaha untuk memastikan hak penduduk asal dilindungi sering kali kurang diberi perhatian.

Sebaliknya, kerajaan Mahathir lebih banyak menumpukan perhatian kepada projek-projek mega yang menguntungkan firma-firma besar.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/letters/52766


Persoalan terbesar ketika ini adalah mengapa Mahathir menentang RUU berkenaan dan seolah-olah bertindak sebagai pejuang hak orang Melayu?

Sekiranya beliau benar-benar mahu melindungi orang Melayu dari segi pembangunan bandar, mengapa dasar dan tindakan Mahathir sepanjang pemerintahannya tidak selari dengan retorik yang digunakan sekarang?

Hakikatnya, Mahathir kini menggunakan isu pembangunan bandar sebagai alat politik untuk menarik kembali sokongan daripada masyarakat Melayu.

Mahathir sedar pengaruh beliau dalam politik negara semakin terhakis selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022.

Menerusi naratif berkenaan, Mahathir cuba mencipta gambaran bahawa orang Melayu sedang ditekan dan dipinggirkan dalam isu pembangunan bandar di bawah RUU baharu.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2019/09/08/kenyataan-melayu-gagal-lemah-bagai-meludah-ke-langit/


Secara tuntasnya, rakyat perlu melihat rekod sebenar Mahathir tentang sesuatu isu dan menilai sendiri.

Mahathir mungkin bercakap tentang kepentingan orang Melayu berkaitan isu pembangunan bandar hari ini.

Bagaimanapun, rekod pentadbirannya menunjukkan bahawa Mahathir tidak banyak melakukan sesuatu untuk memastikan penduduk Melayu mendapat manfaat daripada pembangunan bandar.

Jika beliau benar-benar mahu memperjuangkan nasib penduduk Melayu dalam pembangunan bandar, Mahathir sepatutnya telah mengambil tindakan sewaktu menjadi Perdana Menteri, bukan hanya selepas kehilangan pengaruh politiknya.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...