Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus mendakwa penduduk kawasan Parlimen itu tidak mendapat peruntukan sewajarnya daripada kerajaan. Beliau turut bertindak memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap kerajaan yang didakwa menghentikan serta menyekat lebih RM730,000 peruntukan kawasan Parlimen Muar sejak tahun lalu. Syed Saddiq juga mendakwa kawasannya itu belum menerima sebarang peruntukan meskipun sudah tiga kali berunding dengan kerajaan. Kerajaan bagaimanapun mengatakan Muar tetap menerima peruntukan dan banyak projek dijalankan di Muar. Adakah Syed Saddiq cuba mencari alasan untuk menutup kelemahannya di Muar yang kurang maju di bawah pemerintahannya? SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1223317/belum-terima-peruntukan-walaupun-3-kali-berunding-dengan-tpm Pada Mac lalu, kerajaan telah memaklumkan bahawa peruntukan kepada Muar telah disalurkan. Menurut laporan media tempatan, lebih RM300 juta telah disalurkan menerusi pelaksanaan puluhan