Skip to main content

Dakwaan Syed Saddiq Tentang Muar Tidak Tepat


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus mendakwa penduduk kawasan Parlimen itu tidak mendapat peruntukan sewajarnya daripada kerajaan.

Beliau turut bertindak memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap kerajaan yang didakwa menghentikan serta menyekat lebih RM730,000 peruntukan kawasan Parlimen Muar sejak tahun lalu.

Syed Saddiq juga mendakwa kawasannya itu belum menerima sebarang peruntukan meskipun sudah tiga kali berunding dengan kerajaan.

Kerajaan bagaimanapun mengatakan Muar tetap menerima peruntukan dan banyak projek dijalankan di Muar.

Adakah Syed Saddiq cuba mencari alasan untuk menutup kelemahannya di Muar yang kurang maju di bawah pemerintahannya?

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1223317/belum-terima-peruntukan-walaupun-3-kali-berunding-dengan-tpm


Pada Mac lalu, kerajaan telah memaklumkan bahawa peruntukan kepada Muar telah disalurkan.

Menurut laporan media tempatan, lebih RM300 juta telah disalurkan menerusi pelaksanaan puluhan projek di Muar.

Maka, tidak wajar bagi Syed Saddiq untuk mengatakan kerajaan mengabaikan Muar dengan tidak memberikan peruntukan di kawasan berkenaan.

Tempoh masa yang dinyatakan oleh Syed Saddiq bahawa kerajaan tidak menyalurkan peruntukan kepada Muar sejak tahun lalu, juga kurang masuk akal.

Apakah sebab sebenar Syed Saddiq kerap melontarkan dakwaan sedemikian kepada kerajaan meskipun peruntukan sudah diberikan?

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1224542/tpm-fadillah-nafi-parlimen-muar-tak-disalur-peruntukan


Muar juga menerima peruntukan projek pembangunan kepada pengusaha pertanian di Muar pada tahun lalu.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.84 juta bagi tujuan berkenaan.

Bukan itu sahaja, Muar turut berada dalam Projek Saliran Mesra Alam yang memfokuskan kepada usaha menangani bencana khususnya banjir pada tahun ini.

Muar juga menerima inisiatif baik pulih infrastruktur pengangkutan seperti diumumkan ketika Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 tahun lalu.

Secara dasarnya, Muar tidak pernah diabaikan oleh Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri Johor dalam soal pembangunan.

SUMBER: https://mediadigitaljohor.gov.my/en/rm1-84-juta-peruntukan-insentif-pertanian-disalurkan-di-muar-tahun-ini/

https://thesun.my/cerita/berita/rm303-juta-laksana-projek-tangani-banjir-di-johor-DC12452010

https://www.kosmo.com.my/2023/03/19/johor-dapat-peruntukan-rm296-4-juta-baik-pulih-jalan/


Syed Saddiq baru-baru ini dikecam kerana mendakwa beliau berusaha memastikan projek Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) berjalan mengikut jadual.

Kenyataan beliau itu disangkal oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Exco negeri Johor.

Laporan media menyebut bahawa projek itu berjalan semula selepas didesak oleh Menteri Besar Johor, Dato' Onn Hafiz Ghazi pada Disember tahun lalu.

Syed Saddiq sebelum itu turut dikritik kerana tidak mengadakan pertemuan dengan persatuan nelayan ketika membincangkan Projek Maharani Energy Gateway (MEG).

Menurut seorang nelayan yang ditemuramah, Syed Saddiq tidak berjumpa langsung dengan pihaknya bagi membincangkan soal projek berkenaan, sebaliknya hanya bertemu segelintir penduduk Muar.

Malah, nelayan berkenaan mengatakan sejak Syed Saddiq menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018, beliau jarang bertemu rakyat di Muar.

Syed Saddiq turut pernah memberi janji untuk membina 1,000 buah rumah mampu milik di Muar namun sehingga kini, perkara itu tidak berlaku.

SUMBER: https://soscili.my/seorang-nelayan-mendedahkan-apa-syed-saddiq-buat-dalam-isu-tambak-laut-muar/

https://www.nst.com.my/news/nation/2023/12/993508/johor-mb-chides-muar-tmiyc-contractors-not-completing-project-time-watch


Tuntasnya, Muar bukan seperti didakwa oleh Syed Saddiq. Kerajaan tetap mengutamakan Muar dalam pelbagai aspek pembangunan.

Persoalan tetap timbul sama ada Syed Saddiq memperjuangkan peruntukan untuk Muar atau diri sendiri.

Syed Saddiq sebelum ini pernah membuat cabaran di media sosial untuk mendapatkan dana bagi Muar.

Syed Saddiq juga perlu tahu bahawa ahli pembangkang tidak pernah mendapat peruntukan daripada kerajaan sejak dahulu.

Namun, kerajaan tidak pernah mengabaikan kawasan ahli pembangkang dan sering menyalurkan peruntukan sewajarnya.

Syed Saddiq perlu cakna tentang soal peruntukan kerajaan dan tidak melontarkan dakwaan membabi-buta kepada pihak lain.

Comments

Popular posts from this blog

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...

Laluan Sukar Syed Saddiq Kekalkan Kerusi Muar

Baru-baru ini, penganalisis politik meramalkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memiliki peluang baik untuk mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon. Syed Saddiq dijangka boleh mengekalkan kerusi itu jika berlaku perpecahan undi antara BN dan PH. Namun, perkara itu dilihat sebagai mustahil dengan mengambil kira beberapa faktor penting dalam arena politik tempatan ketika ini. Ada juga penganalisis yang berpendapat PKR berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi kerusi Muar sekiranya bertanding menentang Syed Saddiq. SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/701802/berita/politik/amanah-johor-cadang-kerusi-parlimen-muar-dun-puteri-wangsa-ditandingi-ph Kemenangan Syed Saddiq di Muar dalam dua pilihan raya sebelum ini banyak dibantu dengan sokongan jentera gabungan PH. Pada PRU-14, Syed Saddiq menang selesa dengan majoriti 6,953 undi. Namun pada PRU-15, beliau mengekalkan ...