Skip to main content

Posts

Showing posts with the label diktator

Bukti Mahathir Seorang Diktator

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menafikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin diktator sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Penafian itu bagaimanapun tidak berasas sama sekali. Bagaimana seorang politikus yang pernah mencetuskan Ops Lalang 1987, mengubah struktur kehakiman melalui Krisis Kehakiman 1988, membubarkan UMNO dan menubuhkan UMNO baharu, tetap menegaskan dirinya bukan diktator? Kesemua peristiwa itu bukan direka atau ditokok tambah oleh sesiapa. Ironinya, semua kejadian terbabit berlaku di bawah pentadbiran beliau, bukan secara kebetulan tetapi keputusan serta tindakan yang Mahathir sendiri benarkan. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/370126 Ops Lalang pada Oktober 1987 merupakan antara detik paling gelap dalam sejarah politik Malaysia. Lebih 100 individu termasuk ahli politik pembangkang, aktivis, pendidik dan pemimpin masyarakat ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Meskipun Mahathir sering mendakwa bahawa P...

Impak Buruk Politik Mahathir Terhadap Suhu Politik Semasa Negara

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah negara selama beberapa dekad bermula 1981 hingga 2003 dan kembali memegang jawatan itu buat sementara pada 2018 hingga 2020. Pada era pemerintahan buat kali pertama, ramai menyifatkan Mahathir menerajui negara dengan baik dan memajukan Malaysia sehingga digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Ramai bersedih apabila Mahathir mengumumkan dirinya akan meletakkan jawatan pada 2003. Selepas berbelas tahun menyepi atau kurang aktif dalam dunia politik, beliau kembali menerajui tampuk pemerintahan negara selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018. Namun era pemerintahannya buat kali kedua, bukan sahaja gagal malah meninggalkan impak buruk kepada rakyat serta negara. Kesannya juga dirasai sehingga sekarang, tambahan pula Mahathir aktif lantang menyuarakan pelbagai isu terhadap kerajaan ketika ini. Media memainkan peranan penting dalam menyampaikan wadah berita kepada umum. Tanpa media, rakyat sukar untuk mendapatkan kandungan ...