Skip to main content

Bukti Mahathir Seorang Diktator



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menafikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin diktator sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Penafian itu bagaimanapun tidak berasas sama sekali.

Bagaimana seorang politikus yang pernah mencetuskan Ops Lalang 1987, mengubah struktur kehakiman melalui Krisis Kehakiman 1988, membubarkan UMNO dan menubuhkan UMNO baharu, tetap menegaskan dirinya bukan diktator?

Kesemua peristiwa itu bukan direka atau ditokok tambah oleh sesiapa.

Ironinya, semua kejadian terbabit berlaku di bawah pentadbiran beliau, bukan secara kebetulan tetapi keputusan serta tindakan yang Mahathir sendiri benarkan.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/370126



Ops Lalang pada Oktober 1987 merupakan antara detik paling gelap dalam sejarah politik Malaysia.

Lebih 100 individu termasuk ahli politik pembangkang, aktivis, pendidik dan pemimpin masyarakat ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Meskipun Mahathir sering mendakwa bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melaksanakan operasi tersebut, hakikatnya kuasa akhir meluluskan penahanan ISA terletak di tangan Menteri Dalam Negeri dan ketika itu, jawatan tersebut dipegang oleh Mahathir sendiri.

Ops Lalang berlaku ketika ketegangan politik memuncak antara kerajaan dan pembangkang, terutamanya berkaitan isu pendidikan dan hak kaum.

Banyak pihak melihat operasi tersebut bukan untuk meredakan situasi, tetapi strategi politik untuk melemahkan pihak lawan dan mengukuhkan kuasa eksekutif.

Mahathir menafikan dirinya diktator namun pelaksanaan ISA secara besar-besaran untuk menahan musuh politik tanpa bicara adalah ciri-ciri pemerintahan autoritarian. 

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2021/10/27/34-years-after-ops-lalang-still-no-sincere-apology-by-dr-m



Mahathir juga sering mempertahankan dirinya ketika isu Krisis Kehakiman 1988 dibangkitkan.

Namun, rakyat tidak lupa peristiwa maruah institusi kehakiman negara tercalar melalui pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, bersama beberapa hakim kanan lain.

Krisis berkenaan merupakan titik perubahan besar yang menjejaskan kebebasan institusi paling penting dalam sistem demokrasi.

Ramai penganalisis politik melihat tindakan tersebut sebagai langkah Mahathir untuk memastikan tiada undang-undang yang mampu menghalang pengaruh politiknya.

Peristiwa tersebut juga menonjolkan imej Mahathir sebagai seorang pemimpin yang mengawal semua cabang kuasa dalam negara.

Jika itu bukan ciri-ciri seorang diktator, apa lagi?

SUMBER: https://harakahdaily.net/2017/07/lupakah-tun-m-krisis-kehakiman-1988/



Sepanjang pemerintahannya, Mahathir sering meletakkan dirinya sebagai pejuang bangsa Melayu.

Namun, selepas lebih 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Mahathir gagal membangunkan kaum Melayu.

Jurang ekonomi antara penduduk Melayu di bandar dan luar bandar semakin melebar serta kaum berkenaan jauh ketinggalan berbanding bangsa Cina sebagai contoh.

Ketirisan dan projek mega yang gagal telah membazirkan berbilion ringgit Malaysia menyebabkan rakyat marhaen tidak dapat menikmati kesejahteraan taraf hidup yang setara.

Mahathir sering menggunakan naratif perjuangan Melayu dalam setiap kenyataannya namun realitinya banyak projek-projeknya hanya menguntungkan golongan elit politik serta kroni.

Beliau juga menyatakan kaum Melayu adalah pemalas dan banyak lagi kritikan terhadap bangsa itu.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/50878/berita/nasional/amanat-dr-mahathir-hanya-sentuh-kelemahan-melayu



Tuntasnya, Mahathir boleh menafikan apa sahaja, tetapi sejarah tidak boleh dipadam dengan mudah.

Ops Lalang, krisis kehakiman dan kegagalan membangunkan kaum Melayu telah membuktikan Mahathir seorang yang diktator.

Mahathir boleh terus menafikan beliau tidak terbabit, namun sejarah pentadbirannya tidak boleh disembunyikan.

Setiap keputusan besar yang dibuat ketika era pemerintahan Mahathir telah meninggalkan kesan jangka panjang kepada demokrasi dan perpaduan negara.

Penafian Mahathir hanya melemahkan kredibilitinya, kerana rakyat hanya menilai berdasarkan fakta, bukan retorik semata-mata. 

Comments

Popular posts from this blog

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...

Laluan Sukar Syed Saddiq Kekalkan Kerusi Muar

Baru-baru ini, penganalisis politik meramalkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memiliki peluang baik untuk mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon. Syed Saddiq dijangka boleh mengekalkan kerusi itu jika berlaku perpecahan undi antara BN dan PH. Namun, perkara itu dilihat sebagai mustahil dengan mengambil kira beberapa faktor penting dalam arena politik tempatan ketika ini. Ada juga penganalisis yang berpendapat PKR berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi kerusi Muar sekiranya bertanding menentang Syed Saddiq. SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/701802/berita/politik/amanah-johor-cadang-kerusi-parlimen-muar-dun-puteri-wangsa-ditandingi-ph Kemenangan Syed Saddiq di Muar dalam dua pilihan raya sebelum ini banyak dibantu dengan sokongan jentera gabungan PH. Pada PRU-14, Syed Saddiq menang selesa dengan majoriti 6,953 undi. Namun pada PRU-15, beliau mengekalkan ...