Skip to main content

Impak Buruk Politik Mahathir Terhadap Suhu Politik Semasa Negara


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah negara selama beberapa dekad bermula 1981 hingga 2003 dan kembali memegang jawatan itu buat sementara pada 2018 hingga 2020.

Pada era pemerintahan buat kali pertama, ramai menyifatkan Mahathir menerajui negara dengan baik dan memajukan Malaysia sehingga digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.

Ramai bersedih apabila Mahathir mengumumkan dirinya akan meletakkan jawatan pada 2003.

Selepas berbelas tahun menyepi atau kurang aktif dalam dunia politik, beliau kembali menerajui tampuk pemerintahan negara selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Namun era pemerintahannya buat kali kedua, bukan sahaja gagal malah meninggalkan impak buruk kepada rakyat serta negara.

Kesannya juga dirasai sehingga sekarang, tambahan pula Mahathir aktif lantang menyuarakan pelbagai isu terhadap kerajaan ketika ini.
Media memainkan peranan penting dalam menyampaikan wadah berita kepada umum. Tanpa media, rakyat sukar untuk mendapatkan kandungan berita yang tepat dan sahih.

Mahathir merupakan pemimpin yang kurang gemar untuk membiarkan media bebas bersuara.

Beliau mendakwa kerajaan ketika ini bersifat diktator namun hakikatnya Mahathir pernah mengawal kebebasan media menerusi pelbagai akta seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Gaya kepimpinan Mahathir yang bersifat autoritarian mengancam kebebasan bersuara khususnya dalam kalangan media.

Situasi itu sedikit sebanyak mempengaruhi perkembangan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2017/12/30/dulu-sekat-sekarang-tun-m-perjuang-kebebasan-media/


Mahathir antara individu yang dikritik kerana sering memecahbelahkan golongan Melayu dan merosakkan keharmonian kaum di negara ini.

Naratif kasarnya terhadap orang Melayu serta cubaannya untuk memainkan sentimen perkauman mengundang kritikan keras daripada pelbagai pihak.

Tindakannya itu sekali gus menyebabkan peningkatan polarisasi politik antara kaum.

Perkembangan kurang baik itu akan mempengaruhi konflik dan ketegangan yang lebih tinggi antara pesaing politik.

Selain itu, peletakan jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri pada 2020 dan langkahnya keluar masuk pelbagai parti mencetuskan rasa kurang yakin dalam kalangan rakyat.

Ketidakstabilan politik akan memberi kesan besar kepada tadbir urus negara serta rakyat, seperti dilihat dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini apabila negara sering bertukar tampuk pemerintahan.

Sumber: https://www.channelnewsasia.com/asia/mahathir-chopsticks-chinese-malaysians-hands-lim-guan-eng-simplistic-offensive-2376401

https://www.malaysia-today.net/2019/10/06/ucapan-dr-mahathir-didakwa-hina-melayu/


Isu membabitkan Mahathir yang mencetuskan huru-hara dalam situasi politik negara mencetuskan gangguan dalam sistem ekonomi Malaysia.

Apabila tampuk pemerintahan berubah-ubah, para pelabur melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang kurang selamat untuk membuat pelaburan.

Penukaran pelbagai dasar dalam setiap tampuk pemerintahan yang berbeza, menyukarkan para pelabur untuk melabur wang mereka di negara ini.

Keadaan Covid-19 yang masih belum pulih sepenuhnya, ditambah tekanan fiskal daripada firma besar luar negara, memberi kesan besar kepada ekonomi Malaysia.

Situasi politik yang meruncing menambahkan lagi kemelut ekonomi yang berlaku dan rakyat kian mengeluh dengan tekanan harga barangan yang meningkat serta kekurangan bekalan makanan di pasaran.

Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/10/742866/drama-komplot-politik-cetus-ketidaktentuan-ekonomi


Kehadiran Mahathir dalam arena politik pada masa kini, dilihat sebagai 'pengacau' oleh sesetengah pihak.

Era baru pentadbiran negara baru sahaja bermula.

Mahathir wajar menyedari bahawa orang ramai kini hanya mengingatinya sebagai seorang ahli politik yang gagal.

Walaupun banyak kemajuan yang dibuat di negara ini, namun rakyat masih tidak lupa impak buruk yang dicetuskan ketika menjadi Perdana Menteri ketujuh sebelum ini.

Malah, kesannya masih dirasai sehingga sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...