Skip to main content

Mahathir dan Bayang-Bayang Politik Wang


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengatakan bersedia mengambil tanggungjawab berhubung politik wang yang didakwa berleluasa dalam parti UMNO semasa beliau menjadi presiden parti berkenaan pada tahun 1990-an.

Namun, Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya, kerana belia mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sepatutnya bertanggungjawab.

Mahathir turut mendakwa bukan tanggungjawabnya untuk mengawal secara terperinci pihak berkuasa yang berkaitan bagi menangani isu rasuah yang semakin berakar dalam UMNO pada masa itu.

Selain itu, Mahathir mengatakan UMNO kini bukan lagi parti sama yang dibentuk pada 1946 apabila tersasar daripada perjuangan bangsa, negara dan agama.

Berdasarkan kenyataan Mahathir, timbul persoalan tentang sejauh mana beliau sebenarnya mengambil tanggungjawab terhadap isu yang berlaku dalam UMNO khususnya rasuah.

Rujukan: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/11/13/dr-mahathir-says-cant-solely-be-blamed-for-money-politics-in-umno/101817


UMNO sejak era 1990-an, telah dikaitkan dengan isu politik wang dan ironinya berlaku ketika tempoh pemerintahan Mahathir sebagai Perdana Menteri serta Presiden UMNO.

Perkara itu sekali gus membangkitkan persoalan tentang peranan langsung Mahathir dalam menggalakkan amalan politik wang tersebut berlaku di bawah pemerintahannya.

Mahathir mengatakan beliau bersedia mengambil tanggungjawab terhadap isu politik wang UMNO tetapi mengalihkan sebahagian tanggungjawab tersebut Anwar.

Kenyataan itu menunjukkan sikap Mahathir yang tampaknya mengakui isu berkenaan tetapi enggan mengambil tanggungjawab sepenuhnya.

Tindakan Mahathir itu mencetuskan tanda tanya tentang ketelusan pengakuan beliau atau sama ada kenyataan berkenaan adalah satu strategi untuk menyerang Anwar secara peribadi.

Rujukan: https://www.malaysiakini.com/news/623570


Selain itu, tindakan Mahathir menuding jari kepada Anwar telah mencipta naratif buat dirinya bahawa beliau lebih sebagai pemerhati atau saksi berbanding terbabit secara langsung dalam skandal politik wang.

Namun, Mahathir sebenarnya secara tidak langsung telah menunjukkan kegagalannya dalam mengambil langkah proaktif untuk memerangi aktiviti korupsi dalam UMNO.

Sebagai individu atau figura yang memegang jawatan tertinggi dalam negara serta parti ketika itu, Mahathir seharusnya mengambil inisiatif untuk menangani masalah berkenaan secara lebih efektif.

Malah, beliau seolah-olah membiarkan isu tersebut terus berlarutan tanpa campur tangan, sekali amalan itu menjadi semakin meruncing dalam budaya politik parti tersebut.

Kegagalan Mahathir mengambil tindakan menimbulkan persoalan tentang sejauh mana Mahathir memandang serius soal integriti dan etika politik yang bersih ketika pemerintahannya.

Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/article/264336/suara-sinar/analisis-sinar/rasuah-dr-mahathir-juga-tidak-terlepas-disoal-siasat


Sikap pasif Mahathir telah memberikan impak negatif yang signifikan kepada UMNO, menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap integriti dan kepimpinan parti terbabit.

Selain itu, Mahathir sering kali mengkritik perubahan yang berlaku dalam UMNO ketika ini tetapi ironinya, era kepimpinannya sendiri menjadi titik tolak kepada situasi berkenaan.

Tindakan Mahathir hanya memberikan contoh buruk kepada generasi ahli politik muda dalam soal menangani rasuah.

Sikap 'toleransi' Mahathir terhadap politik wang berkemungkinan menjadi 'amalan' yang merugikan generasi akan datang, sekali gus melemahkan asas demokrasi dan integriti Malaysia.

Kegagalan Mahathir untuk melaksanakan reformasi yang signifikan menunjukkan wujudnya jurang antara kata-kata dan tindakan beliau selain membawa impak negatif terhadap masa depan politik negara.

Rujukan: https://www.malaysiakini.com/news/686595


Tuntasnya, keseluruhan situasi ini mencerminkan kelemahan penting dalam kepemimpinan Mahathir.

Mahathir sebagai tokoh penting dalam politik Malaysia, sepatutnya menjadi ikon integriti dan ketelusan, namun sebaliknya, tindakan serta pendiriannya telah menimbulkan keraguan besar terhadap nilai-nilai tersebut.

Sikap Mahathir yang cenderung pasif dan lebih bersifat reaktif daripada proaktif dalam menangani isu politik wang, memperlihatkan suatu bentuk kepemimpinan yang tidak memberi komitmen sepenuhnya terhadap etika politik yang bersih.

Secara keseluruhannya, Mahathir telah gagal memenuhi harapan sebagai pemimpin yang dapat mengubah paradigma politik Malaysia ke arah yang lebih positif.

Ketidakmampuan Mahathir untuk bertindak tegas dan memberikan contoh kurang baik dalam memerangi politik wang telah menunjukkan era kepemimpinannya tidak berjaya sepenuhnya sebaliknya masih meninggalkan 'tahi' kepada generasi seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...