Skip to main content

Mahathir Bertaraf Hartawan?

A person sitting in a chair

AI-generated content may be incorrect.

Baru-baru ini, Yahoo Finance UK menerbitkan semula laporan daripada portal antarabangsa, Love Money yang menyenaraikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai salah seorang pemimpin dunia paling kaya sepanjang zaman.

Berdasarkan laporan berkenaan, Mahathir berada di tangga ketujuh dalam senarai 10 pemimpin terkaya dunia.

Laporan itu menyebut beliau memiliki kekayaan sekitar AS$40 bilion (kira-kira RM160 bilion).

Kekayaan tersebut dilaporan berpunca daripada kepentingan Mahathir dalam lebih 50 bank di seluruh dunia.

Laporan terbabit mencetuskan persepsi ramai tentang Mahathir sememangnya menyimpan aset yang tidak pernah diisytiharkan kepada umum.

SUMBER: https://malaysiabangkit.com/yahoo-finance-uk-siar-semula-laporan-kontroversi-tun-m-antara-pemimpin-terkaya/

A person smiling at camera

AI-generated content may be incorrect.

Mahathir kerap kali menegaskan bahawa beliau kononnya tidak kaya-raya seperti yang didakwa.

Malah, beliau menyatakan bahawa seorang bekas Perdana Menteri Malaysia tidak mungkin mampu hidup mewah kerana gaji dan elaun rasmi tidak setara dengan jumlah kekayaan luar biasa yang dilaporkan oleh media-media domestik serta antarabangsa.

Beliau juga pernah menuduh pihak tertentu cuba memburukkan reputasinya dengan melabelkan dirinya sebagai kaya atau memiliki aset tersembunyi.

Mahathir sering mendakwa beliau hidup dalam keadaan sederhana, tanpa harta dengan nilai yang luar biasa.

Namun, laporan portal Love Money yang menyenaraikan beliau sebagai antara pemimpin terkaya dunia jelas bercanggah dengan naratif oleh Mahathir yang dibawa selama ini.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2025/09/24/sprm-siasat-aset-tun-mahathir-di-uk-switzerland/

A person in a suit speaking into microphones

AI-generated content may be incorrect.

Mahathir sendiri sering mengkritik pemimpin lain yang didakwa mengumpul harta melalui kuasa politik.

Ironinya, kini beliau pula dikaitkan dengan jumlah kekayaan yang terlalu banyak.

Sebelum ini, Mahathir cuba menekankan isu integriti dan anti-korupsi dalam pentadbirannya ketika menjadi Perdana Menteri ketujuh pada 2018.

Namun, pendedahan itu membuka semula kotak persoalan pelbagai pihak tentang pemilikan aset tersebut oleh Mahathir.

Mengapa kesemua aset tersebut tidak pernah diisytiharkan kepada orang ramai?

Apa yang cuba disembunyikan oleh Mahathir selama ini tentang nilai kekayaannya?

SUMBER: https://malaysiabangkit.com/faiz-naaman-cabar-mahathir-saman-yahoo-finance-uk/

A person with his hands up

AI-generated content may be incorrect.

Penafian Mahathir tentang nilai kekayaan sebenarnya selama ini tidak disertakan dengan sebarang bukti yang kukuh.

Malah, Mahathir bertindak memfailkan saman terhadap pemimpin politik lain yang mengatakan beliau memberi kekayaan kepada ahli keluarganya.

Tanpa bukti yang kukuh, penafian beliau hanya menguatkan lagi persepsi bahawa ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Mahathir.

Selama lebih dua dekad memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri, Mahathir mempunyai akses kepada sumber, rangkaian ekonomi serta kuasa menentukan dasar yang sangat besar.

Justeru, wajar timbul persoalan sama ada beliau sememangnya mampu mengumpulkan kekayaan dalam tempoh tersebut melalui saluran yang tidak diketahui umum.

Apatah lagi apabila pendedahan seperti Kertas Pandora berhubung aset luar pesisir melibatkan individu-individu rapat dengan Mahathir.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/07/1426695/anak-anak-dr-mahathir-perlu-penjelas-sumber-kekayaan-pm

A person standing at a podium with a microphone

AI-generated content may be incorrect.

Tuntasnya, Mahathir perlu menjelaskan kebenaran di sebalik laporan portal berkenaan.

Penafian tanpa sebarang dokumen atau bukti kukuh serta hanya bersandarkan kepada kenyataan semata-mata tidak akan melenyapkan persepsi orang ramai.

Sebelum ini beliau memperjuangkan isu integriti dan rasuah di negara ini.

Namun, apabila timbul dakwaan melibatkan dirinya sendiri, rakyat berhak menuntut tahap ketelusan sama seperti yang beliau gesa terhadap pemimpin lain.

Comments

Popular posts from this blog

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...

Laluan Sukar Syed Saddiq Kekalkan Kerusi Muar

Baru-baru ini, penganalisis politik meramalkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memiliki peluang baik untuk mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon. Syed Saddiq dijangka boleh mengekalkan kerusi itu jika berlaku perpecahan undi antara BN dan PH. Namun, perkara itu dilihat sebagai mustahil dengan mengambil kira beberapa faktor penting dalam arena politik tempatan ketika ini. Ada juga penganalisis yang berpendapat PKR berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi kerusi Muar sekiranya bertanding menentang Syed Saddiq. SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/701802/berita/politik/amanah-johor-cadang-kerusi-parlimen-muar-dun-puteri-wangsa-ditandingi-ph Kemenangan Syed Saddiq di Muar dalam dua pilihan raya sebelum ini banyak dibantu dengan sokongan jentera gabungan PH. Pada PRU-14, Syed Saddiq menang selesa dengan majoriti 6,953 undi. Namun pada PRU-15, beliau mengekalkan ...