Skip to main content

MUDA Ulangi Strategi Gagal Di Sabah


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru-baru ini mengumumkan perancangan mereka untuk bertanding di 10 buah kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak.

Menurut ketua sayap parti berkenaan di Sabah, Faezrah Rizalman, MUDA akan memberi fokus kepada kerusi di kawasan bandar.

Ujarnya, langkah itu dibuat kerana MUDA sebelum ini pernah bertanding di kawasan luar bandar, namun gagal mendapat sokongan.

Strategi tersebut bagaimanapun mencetuskan persoalan sama ada MUDA benar-benar belajar daripada kegagalan lalu.

Adakah MUDA menjangkakan mereka mampu menang apabila bertanding di kawasan bandar?

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2025/04/27/muda-eyes-10-seats-in-sabah-elections


MUDA meletakkan harapan bahawa pengundi di kawasan bandar yang biasanya terdiri daripada golongan muda, kelas menengah, celik digital dan berpendidikan, lebih cenderung kepada politik progresif.

Visi tersebut yang dibawa oleh MUDA sejak penubuhannya pada 2020.

Justeru, pendekatan untuk memberi tumpuan kepada kerusi di kawasan bandar kelihatan seolah-olah logik pada dasarnya.

Namun, pemahaman politik yang cetek terhadap aspek demografik bandar di Sabah boleh menjadi 'senjata makan tuan'.

Tidak seperti bandar-bandar besar di Semenanjung, trend pengundian di kawasan sama di Sabah adalah kurang konsisten kepada sebarang parti berasaskan retorik progresif.

Sebaliknya, politik Sabah lebih berteraskan parti tempatan yang lebih dekat dengan isu pribumi, tanah, pembangunan infrastruktur dan hak negeri.
Strategi MUDA untuk memfokuskan kepada kerusi di kawasan bandar juga perlu dilihat berdasarkan rekod prestasi lepas parti itu, terutamanya dalam kalangan pengundi di lokasi berkenaan.

Dalam PRN Johor 2022, MUDA bertanding di tujuh kerusi dan semuanya di kawasan urban atau separa urban seperti Puteri Wangsa, Bukit Permai dan Tenang.

Walaupun mereka berjaya memenangi satu kerusi iaitu di Puteri Wangsa Puteri Wangsa, kemenangan itu hanyalah anomali kerana sokongan daripada pengundi progresif yang mahu memprotes Barisan Nasional (BN), bukan kerana kekuatan jentera MUDA sendiri.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), MUDA bertanding dalam beberapa kerusi di kawasan bandar seperti Muar, Kepala Batas dan Tanjung Piai.

Hanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menang, manakala calon-calon kalah dengan margin yang besar, meskipun bertanding di kawasan yang majoritinya golongan muda dan berpendidikan tinggi.

Kehilangan wang deposit dan prestasi hambar itu menunjukkan bahawa pengundi di kawasan bandar tidak melihat MUDA sebagai parti yang mampu membawa nilai tambah dalam politik.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/278529/berita/politik/kerusi-muda-di-puteri-wangsa-perlu-dipulangkan---aminolhuda


Strategi MUDA untuk bertanding dalam PRN Sabah turut mencetuskan persoalan sama ada langkah itu dibuat bagi mereka kekal relevan.

MUDA yang merupakan parti dari Semenanjung Malaysia tidak memiliki akar umbi yang kuat di Sabah dan berisiko tinggi dilabel sebagai entiti yang hanya ingin menumpang nama di negara tersebut.

Lebih parah sekiranya MUDA gagal meletakkan calon-calon tempatan yang benar-benar dikenali rakyat setempat.

Pengundi di Sabah tidak mudah terpengaruh dengan retorik politik TikTok atau idealisme kosong yang kurang bersesuaian dengan realiti kehidupan di negeri berkenaan.

Selain itu, kehadiran MUDA di tengah-tengah persaingan antara parti-parti besar seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH) dan BN yang masing-masing memiliki jentera kuat di Sabah, bakal menyebabkan perpecahan undi yang sia-sia sahaja.
Tuntasnya, strategi MUDA untuk hanya memberi tumpuan kepada 10 kerusi di kawasan bandar dalam PRN Sabah seolah-olah tidak berpijak di bumi nyata berdasarkan rekod lepas dan realiti politik negeri itu.

MUDA sepatutnya menilai semula prestasi mereka yang lemah di kawasan bandar sebelum ini dan mengambil kira bahawa Sabah mempunyai dinamik politik yang sangat unik.

Tanpa jentera tempatan yang kuat, calon berkaliber dan pemahaman mendalam terhadap isu rakyat Sabah, MUDA berisiko sekali lagi mencatat kegagalan yang bukan sahaja memalukan.

Malahan kekalahan itu akan mencalar kredibiliti mereka untuk terus menjadi suara progresif.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...