Skip to main content

MUDA Sabah Di Ambang Kejatuhan


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kini berdepan dengan krisis yang serius di Borneo, khususnya di Sabah.

Baru-baru ini, lebih daripada 400 ahli MUDA Sabah meletakkan jawatan kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti di negeri tersebut.

Antara ahli yang mengundurkan diri daripada parti berkenaan adalah Pengerusi MUDA Sabah, Amos Thien; Setiausaha MUDA Sabah, Warence Mudin; Ketua Biro Keluarga & Gender MUDA Sabah, Karen Rachel Haris bersama jawatankuasanya dan Ketua Parlimen Kota Belud Junaidi Ahyak bersama ahlinya.

Ini bukan kali pertama MUDA berdepan situasi seperti ini dan situasi peletakan jawatan beramai-ramai mencetuskan tanda tanya tentang nasib parti berkenaan di Sabah.

Adakah MUDA perlu menutup sayapnya di Sabah atau bertahan selama yang mungkin?

Rujukan: https://www.utusanborneo.com.my/2024/08/11/400-ahli-muda-semporna-beberapa-parlimen-muda-sabah-isytihar-keluar-parti


Menurut kenyataan bekas Ketua Parlimen MUDA Semporna, Yusof Pg Abd Kasim, keputusan untuk keluar parti tersebut diambil selepas mendapati bahawa MUDA di Sabah tidak mempunyai hala tuju yang jelas serta semakin lumpuh.

Kritikan yang dilemparkan oleh Yusof serta beberapa pemimpin lain di Sabah terhadap pucuk pimpinan parti seolah-olah tidak diendahkan, sehingga menyebabkan ramai ahli hilang kepercayaan dan mengundurkan diri.

Kegagalan MUDA untu menguruskan krisis dalaman dan pergerakan di Sabah menunjukkan kelemahan kepimpinan parti yang serius.

Dalam politik, pemimpin yang gagal mendengar suara akar umbi dan menangani masalah dalaman dengan berkesan sering kali akan kehilangan sokongan, seperti yang berlaku pada MUDA Sabah.

Apabila lebih 400 ahli meninggalkan parti, itu adalah satu tamparan hebat kepada MUDA dan memberi isyarat bahawa masalah di Sabah adalah lebih serius daripada yang disangkakan.
MUDA seharusnya mempertimbangkan semula strateginya untuk memperluaskan pengaruh ke Borneo, terutamanya selepas krisis yang melanda di Sabah.

Keputusan untuk melebarkan sayap ke Borneo mungkin dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mendapatkan sokongan dari seluruh negara, namun parti tersebut mungkin lebih baik fokus kepada isu-isu di Semenanjung Malaysia.

Krisis yang berlaku di MUDA Sabah bukan sekadar masalah setempat tetapi adalah cerminan kepada kegagalan parti berkenaan untuk menyesuaikan diri dengan realiti politik di Borneo.

Berbeza di Semenanjung Malaysia, negeri Borneo seperti Sabah mempunyai dinamik politik yang unik, ditambah isu-isu seperti autonomi, hak-hak pribumi dan pembangunan luar bandar sering kali menjadi tumpuan utama.

MUDA bagaimanapun gagal untuk menyesuaikan diri dengan atmosfera politik di Sabah, sekali gus menyebabkan parti terbabit tidak relevan di mata rakyat negeri berkenaan.

Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/article/657742/berita/politik/keahlian-amos-automatik-gugur-muda-sabah-tidak-terjejas


Sekiranya MUDA masih berdegil untuk terus memperluaskan pengaruhnya di Borneo, tanpa mengambil kira krisis dalaman dan pelbagai isu lain parti itu, kemungkinan impak buruk lebih besar bakal berlaku.

Pertama, kegagalan untuk menstabilkan parti di Sabah mungkin akan menyebabkan krisis kepercayaan yang lebih meluas, bukan sahaja dalam kalangan ahli-ahli di Sabah tetapi juga di Semenanjung Malaysia.

Ahli-ahli parti di seluruh negara mungkin akan mula mempersoalkan keupayaan kepimpinan MUDA untuk menguruskan sayap parti di negeri-negeri lain.

Jika perkara berkenaan berlaku, sokongan ahli-ahli terhadap parti itu akan berkurangan secara keseluruhannya.

Kedua, kedegilan untuk memperluaskan pengaruh di Borneo tanpa penyelesaian isu-isu utama parti akan mengakibatkan pembaziran sumber serta tenaga.

Dalam arena politik, amat penting untuk mengetahui kemampuan sendiri dan mengenalpasti lokasi yang memiliki potensi untuk berkembang sebagai sebuah parti.

Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/article/650130/berita/politik/muda-terbuka-keputusan-ahli-letak-jawatan-mahu-fokus-masa-depan-parti


Tuntasnya, melihat kepada perkembangan terbaharu MUDA di Sabah, amat sukar untuk menidakkan bahawa nasib parti itu di negeri berkenaan berkemungkinan berakhir.

Kehilangan ramai ahli di Sabah mengaburkan peluang untuk MUDA pulih di Borneo.

Parti itu perlu mengambil pelajaran daripada kegagalan di Sabah dan menggunakan pengalaman seperti ini untuk memperbaiki strategi politik mereka.

Fokus pada isu-isu yang lebih relevan kepada pengundi di Semenanjung dan menangguhkan sementara usaha untuk memperluaskan pengaruh ke Borneo mungkin adalah langkah yang lebih bijak buat masa ini.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...