Skip to main content

Pejuang Hidup Segan Mati Tak Mahu

Sejak ditubuhkan pada Ogos 2020, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sering digambarkan sebagai parti peribadi kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ditubuhkan kerana kemarahan beliau terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika itu, Pejuang lahir dengan membawa satu janji besar.

Janji untuk menjadi parti yang akan menyatukan orang Melayu, membersihkan politik negara serta menaikkan semula era kegemilangan Mahathir.

Namun, selepas hampir enam tahun, Pejuang kekal sebagai sebuah parti yang 'hidup segan, mati tak mahu'.

Pejuang juga menjadi contoh sebuah parti yang disifatkan hanyalah 'projek peribadi', gagal menjelma menjadi sebuah entiti yang benar-benar berakar umbi serta menambat hati rakyat negara ini.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/columns/773578

Parti itu ditubukan bukan kerana ada keperluan mendesak daripada rakyat, tetapi akibat kekecewaan Mahathir terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN selepas Langkah Sheraton.

Mahathir mahu mencipta parti baharu untuk 'membalas dendam' dan mengekalkan pengaruhnya.

Anaknya iaitu Datuk Seri Mukhriz dilantik sebagai Presiden Pejuang, manakalah Mahathir menjadi Pengerusi parti itu.

Sejak awal lagi, Pejuang dilihat sebagai parti keluarga Mahathir dan tidak mempunyai ideologi jelas serta unik.

Apabila Mahathir sendiri keluar daripada parti itu pada 2023 untuk menyertai Gerakan Tanah Air (GTA), ia sepatutnya menjadi isyarat kepada 'penamat' Pejuang.

Namun, Pejuang enggan mengakui 'kematiannya. Parti itu terus hidup dalam keadaan 'vegetatif', masih bernama, memiliki jawatankuasa tetapi tiada jiwa politik sebenar.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/04/02/pemimpin-dakwa-dr-m-kontradik-bidas-perpecahan-tapi-sendiri-tubuh-banyak-parti

Kegagalan Pejuang paling jelas terpampang dalam dokumen keputusan rasmi pilihan raya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), parti itu bertanding di 125 kerusi Parlimen namun tewas di kesemua kawasan.

Lebih memalukan, hampir semua calon mereka kehilangan deposit, satu petanda bahawa sokongan rakyat terhadap Pejuang amat tipis dan tidak signifikan.

Keputusan tersebut merupakan antara rekod paling buruk yang pernah dicatatkan oleh sebuah parti baharu dalam sejarah politik Malaysia.

Ia bukan sahaja menunjukkan kelemahan strategi, tetapi juga kegagalan Pejuang untuk meyakinkan pengundi bahawa mereka mempunyai hala tuju yang jelas.

Di peringkat negeri, rekod Pejuang juga tidak memberangsangkan. Parti itu gagal memberikan sebarang impak bermakna dalam semua pilihan raya negeri yang disertai apabila mereka tidak mampu menembusi kerusi-kerusi marginal apatah lagi kawasan kubu kuat parti tradisional.

Pejuang turut masih bergelut untuk mencari identiti politik yang konsisten.

Mereka sering menukar pendekatan, daripada cuba membawa imej perjuangan Melayu tulen kepada retorik reformasi, namun gagal membina naratif yang meyakinkan.

Usaha untuk mendekati Perikatan Nasional (PN) dan beberapa gabungan lain juga tidak membuahkan hasil.

Kedudukan Pejuang terlalu kecil dan tidak dianggap sebagai rakan kongsi yang perlu dihormati.

Sebaliknya, parti itu dilihat lebih sebagai beban tambahan yang tidak mampu menyumbang kekuatan signifikan kepada mana-mana gabungan besar.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/614185

Pejuang merupakan 'penumpang' dalam arena politik tempatan.

Entiti itu tidak pernah berjaya membina jentera akar umbi yang kuat.

Parti tersebut bergantung sepenuhnya kepada nama Mahathir pada peringkat awal, seterusnya kepada Mukhriz dan kini cuba menumpang mana-mana gabungan yang sudi menerima Pejuang.

Pejuang gagal menarik tokoh-tokoh politik berkaliber dan kebanyakan daripada pemimpinnya adalah bekas ahli UMNO atau Bersatu yang tidak memiliki daya tarikan kepada generasi baharu.

Rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu sudah semakin matang dan pragmatik.

Mereka tidak lagi mudah teruja dengan nama-nama besar atau retorik lama.

Pejuang gagal memahami perubahan landskap ini dan masih mengamalkan gaya politik lama.

Generasi muda melihat Pejuang sebagai parti lama yang berwajah baharu tetapi tiada inovasi, tiada idea segar dan tiada kepimpinan baharu yang boleh memberikan inspirasi.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/244789/berita/nasional/anak-beranak-berselisih-apa-nasib-pejuang

Tuntasnya, sebagai sebuah parti peribadi Mahathir, Pejuang gagal mencapai sebarang kejayaan bermakna sejak ditubuhkan.

Pejuang tidak pernah menjadi ancaman serius kepada parti-parti utama dan gagal menjadi pilihan utama para pengundi.

Parti itu adalah peringatan pahit bahawa nama besar seperti Mahathir tidak cukup untuk mencipta entiti yang kekal dan dihomarti.

Pejuang tidak menjadi parti yang mampu menyelesaikan masalah rakyat, malah menjadi beban dalam dunia politik negara.

Sudah tiba masanya Pejuang mengakui hakikat yang sebenar.

Sebuah parti yang gagal menambat hati rakyat, tidak layak terus membebani landskap politik negara.

Comments

Popular posts from this blog

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...

Laluan Sukar Syed Saddiq Kekalkan Kerusi Muar

Baru-baru ini, penganalisis politik meramalkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memiliki peluang baik untuk mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon. Syed Saddiq dijangka boleh mengekalkan kerusi itu jika berlaku perpecahan undi antara BN dan PH. Namun, perkara itu dilihat sebagai mustahil dengan mengambil kira beberapa faktor penting dalam arena politik tempatan ketika ini. Ada juga penganalisis yang berpendapat PKR berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi kerusi Muar sekiranya bertanding menentang Syed Saddiq. SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/701802/berita/politik/amanah-johor-cadang-kerusi-parlimen-muar-dun-puteri-wangsa-ditandingi-ph Kemenangan Syed Saddiq di Muar dalam dua pilihan raya sebelum ini banyak dibantu dengan sokongan jentera gabungan PH. Pada PRU-14, Syed Saddiq menang selesa dengan majoriti 6,953 undi. Namun pada PRU-15, beliau mengekalkan ...