Skip to main content

Mahathir Lemah Pertahan Kedaulatan Negara


Isu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Berhubung Kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan menghiasi dada-dada media massa tempatan sejak akhir-akhir ini.

Suruhanjaya berkenaan telah mengeluarkan laporan sebanyak 217 muka surat.

Pelbagai pihak turut mendesak agar Mahathir dikenakan siasatan jenayah atas kecuaiannya hilang Pulau Batu Puteh kepada Singapura pada 2018.

Namun ada ahli politik yang mahu semua pihak mengenag segala pengorbanan Mahathir sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Malahan, ahli politik terbabit turut mendakwa meskipun hukuman dikenakan ke atas Mahathir, namun Pulau Batu Puteh secara realitinya sudah terlepas ke tangan pihak lain.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/takkan-langsung-dr-mahathir-tiada-jasa-kepada-negara-mp-bahas-laporan-rci-batu-puteh-500446


Kedaulatan adalah hak asasi setiap negara untuk melindungi wilayah dan identiti nasionalnya.

Kehilangan Pulau Batu Puteh bukan sekadar kehilangan sebidang tanah kecil, tetapi satu tamparan besar kepada integriti kedaulatan negara.

Pulau tersebut turut mempunyai nilai strategik kerana lokasinya yang berhampiran dengan Selat Melaka, salah satu laluan perdagangan paling sibuk di dunia.

Malah, pulau berkenaan memiliki nilai simbolik untuk mempertahankan maruah negara.

Mahathir gagal mengambil langkah konkrit untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia terhadap pulau tersebut.

Sebaliknya, Mahathir memilih untuk menarik balik permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas alasan yang kurang meyakinkan.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/728378


Ahli politik atau sebarang pihak yang cuba mempertahankan rekod Mahathir sebagai Perdana Menteri sepatutnya lebih berwaspada.

Mengangkat Mahathir sebagai pemimpin yang berjasa tanpa menilai kegagalan beliau berhubung isu kedaulatan seperti Pulau Batu Puteh, hanya merendah-rendahkan aspirasi rakyat untuk mempertahankan setiap inci tanah air.

Mahathir perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan tersebut.

Alasannya bahawa isu tersebut dibincangkan di peringkat Kabinet tidak boleh dijadikan perisai untuk melarikan diri daripada tanggungjawab peribadinya.

Sebagai seorang pemimpin yang sering mendabik dada sebagai pejuang bangsa, Mahathir sepatutnya memahami betapa pentingnya mempertahankan setiap inci tanah milik negara.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2024/12/12/batu-puteh-wan-azizah-mat-sabu-loke-tegaskan-dr-mahathir-telah-buat-keputusan-sendiri/


Kehilangan Pulau Batu Puteh membuka ruang kepada persoalan yang lebih besar: sejauh mana Malaysia komited dalam mempertahankan kedaulatan wilayahnya?

Isu terbabit memberi isyarat bahawa kelemahan dalam mempertahankan hak wilayah boleh mencetuskan kesan domino terhadap tuntutan-tuntutan lain yang melibatkan perairan atau sempadan negara.

Tambahan pula, tindakan Mahathir menarik balik permohonan semakan semula keputusan ICJ memberi gambaran bahawa isu kedaulatan negara kurang diberi keutamaan.

Keputusan Mahathir bukan sahaja mengecewakan rakyat, tetapi juga memberi imej bahawa Malaysia lemah dalam mendepani cabaran antarabangsa yang melibatkan tuntutan wilayah.

SUMBER: https://umno-online.my/2024/12/22/pulau-batu-puteh-kedaulatan-negara-tidak-boleh-diperlekehkan/


Tuntasnya, walaupun Mahathir digelar sebagai Bapa Pemodenan, namun kegagalan beliau dalam isu Pulau Batu Puteh sukar untuk 'dimaafkan'.

Mahathir mungkin banyak berjasa namun beliau perlu bertanggungjawab kerana negara telah kehilangan satu simbol kedaulatan.

Kehilangan Pulau Batu Puteh sepatutnya menjadi peringatan kepada semua pihak bahawa kedaulatan negara adalah tanggungjawab yang tidak boleh dikompromi.

Mahathir mungkin tidak lagi memegang tampuk pemerintahan, tetapi rekod beliau dalam isu Pulau Batu Puteh adalah peringatan bahawa kepimpinan yang lemah dalam mempertahankan kedaulatan boleh meninggalkan kesan mendalam terhadap maruah negara.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...