Skip to main content

MUDA Perlu Fikir Untuk Bubar


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sekali lagi mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan salah seorang pemimpinnya berhubung isu LGBT.

Timbalan Presidennya, Amira Aisya Abd Aziz mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas jam tangan Swatch koleksi Pride Collection bertemakan pelangi adalah satu langkah kurang wajar.

Amira Aisya mendakwa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 digunakan sewenang-wenangnya oleh KDN dan sebarang tindakan di bawah akta itu perlu dibahas di Parlimen.

Beliau turut mendakwa tindakan KDN itu hanya akan memberi imej buruk dan menjejaskan perniagaan kecil.

Kenyataan seumpama itu secara jelas memberi bayangan kepada orang ramai bahawa MUDA cuba mempertahankan gerakan LGBT.

Ini bukan kali pertama MUDA mencetuskan kontroversi menerusi kenyataan seumpama ini.

MUDA turut meletakkan parti mereka di atas garisan yang memungkinkan mereka bakal berdepan satu lagi siri kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Berdasarkan situasi semasa, MUDA sebenarnya perlu dibubarkan sebelum PRN berlangsung.

Salah satu faktor utama adalah MUDA masih gagal mendapatkan sebarang respon daripada Pakatan Harapan (PH) untuk menyertai gabungan itu.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui empat surat sudah dihantar kepada PH namun tiada sebarang respon.

Situasi itu memberi bayangan bahawa MUDA bukan parti yang mampu memberi nilai tambah kepada PH dalam mendepani PRN.

Malahan, MUDA tidak memiliki sebarang pemimpin atau calon yang boleh diketengahkan untuk meraih kerusi dalam PRN kelak.

Sekiranya MUDA mahu bertanding secara solo, tidak mustahil MUDA akan kehilangan wang deposit mereka.

Sumber: https://malaysiapost.com.my/2023/04/14/muda-sudah-hantar-4-surat-kepada-ph-namun-belum-ada-respon/


Selepas beberapa tahun ditubuhkan, ideologi MUDA masih kabur bagi kebanyakan rakyat.

Parti MUDA dilihat seperti 'lalang', seketika menyokong pihak A dan seketika menyokong pihak B.

Pendek kata, misi dan visi yang cuba dibawa oleh MUDA tidak jelas, sekali gus memberi petanda bahawa MUDA masih belum bersedia membawa perubahan kepada rakyat.

MUDA turut diselubungi pelbagai kontroversi melibatkan dalaman parti.

Isu pecah amanah Syed Saddiq dan isu perselisihan faham sesama ahli merupakan antara faktor MUDA tidak menerima sokongan dan kepercayaan rakyat khususnya kalangan golongan muda.

Kalau diteliti, MUDA tidak mampu bergerak solo dalam sebarang pilihan raya.

Antara sebabnya adalah MUDA hanya diterima di kawasan bandar dan penduduk luar bandar sukar menerima ideologi dibawa oleh MUDA.

Tambahan pula, rakyat lebih mempercayai parti-parti utama lain di negara ini dalam soal menjalankan tanggungjawab politik di kawasan mereka.

Faktor kewangan turut memainkan peranan penting kepada MUDA.

Syed Saddiq satu-satunya ahli mereka yang memiliki kedudukan kewangan yang besar.

Namun bagi ahli lain yang mahu bertanding dalam pilihan raya, mereka perlu mendapatkan dana daripada sumbangan orang ramai.

Jika kalah, wang deposit hangus sebegitu sahaja dan mereka bertanding secara sia-sia sahaja.

Atas dasar itu, MUDA mahu menyertai gabungan seperti PH supaya mereka dapat meraih kerusi dengan bantuan parti-parti utama.

Sumber: https://premium.sinarharian.com.my/article/226833/mediasi-kritis/analisis/muda-tidak-cukup-bagus-buat-ph


Tuntasnya, MUDA perlu memikirkan semula kelayakan mereka dalam arena politik negara ini.

Sebaiknya, MUDA boleh dibubarkan dan ahli-ahlinya boleh menyertai parti-parti utama lain.

Kalau dilihat, parti kecil seperti MUDA sukar untuk bertahan lama disebabkan beberapa kekangan yang disebutkan di atas.

Nasib Syed Saddiq berhubung isu pecah amanah juga tidak diketahui namun jika didapati bersalah, MUDA kehilangan seorang pemimpin berpengaruh.

MUDA harus membuat keputusan sebaiknya untuk mereka. Tidak salah untuk bubar, tiada siapa antara mereka akan rugi.

Comments

Popular posts from this blog

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...

Laluan Sukar Syed Saddiq Kekalkan Kerusi Muar

Baru-baru ini, penganalisis politik meramalkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memiliki peluang baik untuk mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon. Syed Saddiq dijangka boleh mengekalkan kerusi itu jika berlaku perpecahan undi antara BN dan PH. Namun, perkara itu dilihat sebagai mustahil dengan mengambil kira beberapa faktor penting dalam arena politik tempatan ketika ini. Ada juga penganalisis yang berpendapat PKR berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi kerusi Muar sekiranya bertanding menentang Syed Saddiq. SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/701802/berita/politik/amanah-johor-cadang-kerusi-parlimen-muar-dun-puteri-wangsa-ditandingi-ph Kemenangan Syed Saddiq di Muar dalam dua pilihan raya sebelum ini banyak dibantu dengan sokongan jentera gabungan PH. Pada PRU-14, Syed Saddiq menang selesa dengan majoriti 6,953 undi. Namun pada PRU-15, beliau mengekalkan ...