Skip to main content

Kesan Domino Kronisme Mahathir


Baru-baru ini, tular tangkap layar sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) bertarikh 7 Oktober 2003 kepada sebuah syarikat yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan kabel gentian optik serta produk berkaitan kabel di negara ini, Opcom Holdings Berhad.

Mengapa surat itu tular? Surat itu merupakan tender kerajaan untuk membekalkan fiber optik bernilai RM214.2 juta dan kontrak tersebut diberikan secara rundingan terus.

Tambahan pula, syarikat terbabit merupakan firma yang diasaskan oleh Datuk Seri Muhkriz Mahathir dan dimiliki bersama Datuk Mokhzani Mahathir.

Ironinya, kontrak itu diberikan kepada Opcom Holdings Berhad ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2003.

Maka, wujud dakwaan bahawa Opcom Holdings Berhad menerima kontrak berkenaan kerana amalan nepotisme atau kronisme yang dikatakan sinonim dengan pentadbiran Mahathir.

Sumber: https://www.thecorporatesecret.com/blog/2023/06/19/projek-opcom-rm214-2-juta-azam-baki-dah-siasat-2017-mengapa-2023-sprm-tak-dakwa-saja-dr-mahathir-dan-mukhriz/


Mahathir sebelum ini berkali-kali menafikan bahawa wujud amalan kronisme atau nepotisme sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali.

Namun, pelbagai bukti yang tersebar di laman sesawang beberapa portal atau media sosial, menambahkan keyakinan orang ramai bahawa Mahathir bercakap bohong.

Sekilas pandang, sukar untuk melihat anak kepada ahli politik negara memiliki kekayaan setanding dengan nilai harta anak-anak Mahathir.

Timbul dakwaan anak-anak Mahathir memiliki kekayaan terkumpul melebihi puluhan bilion ringgit dan ratusan syarikat di luar dan dalam negara.

Sekiranya dakwaan itu benar, Mahathir perlu memperbetulkan semula kenyataannya sebelum ini bahawa anak-anaknya tidak bergelar jutawan.

Sumber: https://sarawakvoice.com/mahathir-jika-anak-saya-jadi-jutawan-sila-beri-bukti/


Tidak kira di mana kita berada, sama ada di Malaysia atau di ceruk dunia, amalan nepotisme atau kronisme sesuatu yang ditegah dalam kehidupan sesebuah masyarakat khususnya apabila melibatkan pentadbiran negara.

Amalan itu bukan sahaja tidak adil serta kurang sihat malahan menyekat potensi individu yang lebih berkelayakan dan berbakat dalam melaksanakan sesuatu perancangan negara khususnya.

Situasi berkenaan merugikan negara yang berkemungkinan besar bakal kehilangan bakat terbaik dalam bidang-bidang penting seperti politik, pentadbiran dan ekonomi.

Selain itu, keputusan yang dibuat berdasarkan kepentingan peribadi atau keluarga akan menyebabkan ketirisan dana negara, penggunaan sumber negara yang tidak efisien serta paling dibimbangi adalah gejala rasuah.

Rakyat turut akan hilang kepercayaan kepada seseorang pemimpin seperti yang dialami oleh Mahathir ketika ini. Rakyat tidak lagi mempercayai kata-kata Mahathir apabila beliau menafikan pernah membantu anak-anaknya mendapatkan kontrak kerajaan.

Sumber: https://sumberkini.my/sprm-harus-siasat-kronisme-tun-mahathir-anak-beranak/


Pentadbiran negara perlu berlandaskan prinsip meritokrasi yang memberi keutamaan kepada bakat dan kelayakan seseorang sebelum sebarang keputusan serta pelantikan dibuat.

Justeru, seseorang pemimpin perlu menunjukkan integriti dan keadilan dalam membuat sebarang keputusan terutamanya melibatkan soal kepentingan negara.

Pemimpin harus mempromosikan budaya meritokrasi dan mengelak sebarang penyalahgunaan kuasa berlaku.

Jika amalan tersebut tidak dibendung, maka negara mengalami kemunduran dari segi pembangunan dan Malaysia akan jauh ketinggalan berbanding negara-negara serantau lain seperti Singapura.

Para pelabur juga akan merasa bimbang untuk melabur dalam negara yang ditadbir berdasarkan amalan nepotisme atau kronisme.

Sumber: https://solidaritas.my/budaya-kronisme-dan-nepotisme-di-malaysia/


Tuntasnya, amalan nepotisme atau kronisme memberi risiko kepada pembangunan negara khususnya ekonomi.

Mahathir tidak boleh menutup fakta bahawa Malaysia sedang jauh ketinggalan dan sudah pasti, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menerima kesan daripada amalan nepotisme beliau.

Rakyat masih tidak mendengar sebarang sumbangan atau pencapaian yang diberikan oleh anak-anak Mahathir kepada negara. Sebaliknya, mereka kelihatan rakus mengumpul kekayaan hasil daripada amalan tidak bermoral.

Kita menyedari bahawa menghentikan amalan kronisme atau nepotisme adalah satu tugas yang kompleks dan memerlukan kerjasama serta kesungguhan semua pihak.

Ia memerlukan komitmen dan usaha berterusan untuk menjaga keadilan dan integriti dalam pentadbiran negara.

Sebagai contoh, pihak berkuasa perlu membuka kertas siasatan berhubung sumber kekayaan anak-anak Mahathir.

Selagi tiada penguatkuasaan undang-undang yang begitu ketat, maka agak sukar untuk menghentikan amalan terbabit.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...