Skip to main content

Kerajaan Pintu Belakang Bukan Penyelesaian


Baru-baru ini, timbul dakwaan bahawa ahli-ahli politik pembangkang merencana cubaan untuk merampas kuasa kerajaan menerusi 'Langkah Dubai'.

'Langkah Dubai' ini didakwa berjaya oleh para penyokong parti pembangkang dan ada beberapa ahli politiknya turut 'mengesahkan' perkara berkenaan.

Timbul dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad antara individu yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa tersebut.

Mahathir didakwa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk memberi suapan kepada ahli-ahli politik agar menarik sokongan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Langkah Dubai mengingatkan kita kepada Langkah Sheraton yang berakhir dengan pembentukan kerajaan pintu belakang pada 2020.

Situasi ini membawa kita kepada persoalan yang lebih besar. Apakah impak kerapnya berlaku perubahan kerajaan kepada rakyat dan negara?

Sumber: http://www.financetwitter.com/2024/01/dubai-move-to-overthrow-pm-anwar-how-mahathir-daim-plan-to-splash-rm750-million-fails-after-money-went-missing.html#google_vignette


Perubahan yang kerap berlaku dalam kerajaan melalui langkah politik yang kurang telus mencerminkan krisis dalam demokrasi Malaysia.

Perkara tersebut mencetuskan persepsi negatif orang ramai terhadap sistem politik negara, menimbulkan ketidakpercayaan politik dalam kalangan rakyat.

Apabila wakil rakyat lebih menumpukan taktik untuk mengekalkan atau merampas kuasa, agenda pembangunan serta kepentingan rakyat sering diabaikan.

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Merdeka Centre antara 15 Julai dan 10 Ogos 2020, hanya sekitar 51% responden berasa yakin tentang hala tuju politik negara.

Sekitar 34% responden merasakan negara berada pada landasan yang salah, sebahagian besar disebabkan oleh ketidakstabilan politik dan masalah ekonomi.

Perlu diingatkan, dalam tempoh masa tersebut, kerajaan Malaysia diambil alih menerusi plot Langkah Sheraton.

Meskipun 34% merupakan jumlah yang rendah, namun jelas menunjukkan kerajaan 'pintu belakang' tidak mendapat sokongan serta keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/09/02/survey-shows-just-over-half-of-malaysians-think-country-is-heading-in-right/1899437


Dari perspektif sosial, ketidakstabilan politik mewujudkan ketidaktentuan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

Keadaan ini boleh mengakibatkan perpecahan sosial yang lebih mendalam, terutamanya jika isu politik dipolarisasi berdasarkan etnik atau agama.

Ketidakstabilan politik yang berterusan akan melemahkan perpaduan antara masyarakat dan melemahkan keharmonian rakyat negara ini.

Sekiranya berlaku, negara akan mengalami kesukaran untuk membangunkan negara yang seimbang dan inklusif pada masa hadapan.

Kita tidak mahu peristiwa menyayat hati melibatkan Muhammad Adib bin Mohd Kassim pada November 2018 berulang kembali.

Peristiwa hitam berkenaan menggambarkan betapa pentingnya kestabilan politik dalam kerajaan bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan serta menyatupadukan rakyat.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/3566/berita/nasional/moorthy-terus-didesak-letak-jawatan


Malaysia telah mengalami beberapa perubahan kerajaan dalam tempoh yang singkat, mengakibatkan perubahan dalam dasar negara sejak beberapa tahun lalu.

Sebagai contoh, peralihan daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) pada 2020 membawa perubahan dalam pelaksanaan pelbagai dasar seperti pendidikan dan infrastruktur.

Ketidakstabilan kerajaan juga sering mencetuskan perubahan dalam peruntukan dana dan sumber negara.

Contohnya, pembatalan dan pelaksanaan semula projek infrastruktur besar seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menunjukkan impak perubahan dalam kepimpinan boleh membawa kepada penggunaan sumber yang tidak cekap.

Perkara ini secara tidak langsung menjejas potensi pertumbuhan ekonomi Malaysia, menghambat peluang pekerjaan dan berkemungkinan meningkatkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/524191/kerajaan-batal-projek-ecrl

https://www.sinarharian.com.my/article/237325/berita/nasional/ecrl-penjimatan-dicapai-melalui-beberapa-siri-rundingan-semula


Tuntasnya, Langkah Dubai sekiranya berlaku, bukan sekadar satu lagi episod politik tetapi juga simbol krisis demokrasi yang lebih mendalam di Malaysia.

Untuk mengelakkan kesan negatif yang berulang, reformasi politik yang menyeluruh diperlukan.

Reformasi berkenaan melibatkan integriti, ketelusan dan kepentingan rakyat harus menjadi tumpuan.

Tanpa perubahan ini, negara berkemungkinan akan terus terperangkap dalam kitaran ketidakstabilan politik yang bukan sahaja mengganggu keharmonian sosial, malah turut membantutkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.

Comments

Popular posts from this blog

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...

Laluan Sukar Syed Saddiq Kekalkan Kerusi Muar

Baru-baru ini, penganalisis politik meramalkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memiliki peluang baik untuk mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon. Syed Saddiq dijangka boleh mengekalkan kerusi itu jika berlaku perpecahan undi antara BN dan PH. Namun, perkara itu dilihat sebagai mustahil dengan mengambil kira beberapa faktor penting dalam arena politik tempatan ketika ini. Ada juga penganalisis yang berpendapat PKR berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi kerusi Muar sekiranya bertanding menentang Syed Saddiq. SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/701802/berita/politik/amanah-johor-cadang-kerusi-parlimen-muar-dun-puteri-wangsa-ditandingi-ph Kemenangan Syed Saddiq di Muar dalam dua pilihan raya sebelum ini banyak dibantu dengan sokongan jentera gabungan PH. Pada PRU-14, Syed Saddiq menang selesa dengan majoriti 6,953 undi. Namun pada PRU-15, beliau mengekalkan ...