Skip to main content

MUDA Tak Patut Bangkitkan Isu Akta Pembiayaan Politik


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru-baru ini mengkritik kerajaan atas kelewatan melaksanakan Akta Pembiayaan Politik.

Akta berkenaan dicadangkan sejak 2018 sebagai usaha penting untuk mengekang politik wang dan meningkatkan ketelusan dalam pembiayaan parti.

Namun, persoalan yang timbul ialah mengapa isu tersebut tidak diselesaikan sewaktu era pentadbiran Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berada dalam kerajaan?

Mahathir memiliki masa dua tahun iaitu 2018-2020 untuk melaksanakan akta terbabit namun tidak dilakukan.

Mengapa sekarang MUDA mahu bersuara tentang isu Akta Pembiayaan Politik?
MUDA sering mengetengahkan mereka sebagai parti muda yang berani mencabar norma politik lama, tetapi tindakannya sering menimbulkan persoalan tentang konsistensi prinsip serta strateginya.

Dalam isu Akta Pembiayaan Politik, mereka mengkritik kelewatan kerajaan melaksanakan reformasi, tetapi tidak mengakui kegagalan pentadbiran terdahulu yang turut melibatkan pemimpin mereka.

Mahathir gagal memberikan keutamaan terhadap akta tersebut walaupun agenda reformasi sering menjadi slogan utama pentadbirannya pada masa itu.

Lebih mengecewakan, Syed Saddiq yang juga berada dalam kedudukan untuk menyuarakan dan memperjuangkan isu berkenaan semasa beliau berada dalam kerajaan.

Sebaliknya, fokus beliau ketika itu lebih kepada aspek populis tanpa memperlihatkan usaha serius untuk menuntut pelaksanaan akta yang sangat penting ini.

SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/356172/akta-dana-politik-akan-digubal


Kegagalan untuk melaksanakan Akta Pembiayaan Politik pada era Mahathir dan Syed Saddiq bukan sekadar soal kekurangan masa atau sumber.

Sebaliknya, terdapat beberapa faktor utama yang boleh dipersoalkan ketika ini.

Kerajaan pemerintahan Mahathir sering bercakap tentang reformasi, tetapi banyak janji reformasi kekal sebagai retorik.

Akta Pembiayaan Politik tidak pernah diberi keutamaan walaupun penting untuk memastikan ketelusan dalam politik.

Mahathir pula seolah-olah tidak menunjukkan minat untuk membawa isu tersebut ke peringkat perbincangan Parlimen.

Selain itu, sebagai seorang menteri muda yang sering mendakwa membawa idealisme baharu dalam politik, Syed Saddiq gagal menggunakan kedudukannya untuk menuntut pelaksanaan akta terbabit.

Beliau juga tidak menunjukkan konsistensi dalam mengangkat isu tersebut semasa berada dalam kerajaan.
Setelah keluar daripada blok kerajaan, MUDA kini cuba membangkitkan isu-isu seperti Akta Pembiayaan Politik untuk menonjolkan diri sebagai pembawa suara rakyat.

Namun, langkah ini lebih dilihat sebagai usaha untuk menutup kelemahan mereka yang semakin ketara, terutamanya selepas kekalahan teruk dalam pilihan raya dan ketidakmampuan untuk menarik sokongan besar daripada rakyat.

Adalah wajar untuk bertanya, mengapa MUDA hanya mahu mengangkat isu ini sekarang, sedangkan pemimpinnya sendiri pernah berada dalam kerajaan yang gagal melaksanakan akta tersebut?

Tindakan seumpama ini bukan sahaja kelihatan tidak konsisten tetapi juga hipokrit.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/278484/berita/politik/muda-tarik-sokongan-terhadap-kerajaan-perpaduan-demi-prinsip


MUDA sebagai sebuah parti kecil, seharusnya lebih pragmatik dalam pendekatannya.

Mengkritik kerajaan atas kelewatan melaksanakan sesuatu yang mereka sendiri gagal perjuangkan pada masa lalu hanya merosakkan kredibiliti parti.

Tambahan pula, usaha untuk memperkenalkan Akta Pembiayaan Politik adalah proses yang memerlukan konsensus politik yang luas, bukan sekadar retorik di media sosial atau ceramah politik.

MUDA seharusnya menawarkan kerjasama konstruktif dan bukannya bermain politik sentimen yang tidak membina.

Jika MUDA benar-benar serius mahu membawa perubahan, mereka perlu lebih konsisten dan menawarkan penyelesaian yang realistik.

Comments

Popular posts from this blog

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...

Laluan Sukar Syed Saddiq Kekalkan Kerusi Muar

Baru-baru ini, penganalisis politik meramalkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memiliki peluang baik untuk mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon. Syed Saddiq dijangka boleh mengekalkan kerusi itu jika berlaku perpecahan undi antara BN dan PH. Namun, perkara itu dilihat sebagai mustahil dengan mengambil kira beberapa faktor penting dalam arena politik tempatan ketika ini. Ada juga penganalisis yang berpendapat PKR berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi kerusi Muar sekiranya bertanding menentang Syed Saddiq. SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/701802/berita/politik/amanah-johor-cadang-kerusi-parlimen-muar-dun-puteri-wangsa-ditandingi-ph Kemenangan Syed Saddiq di Muar dalam dua pilihan raya sebelum ini banyak dibantu dengan sokongan jentera gabungan PH. Pada PRU-14, Syed Saddiq menang selesa dengan majoriti 6,953 undi. Namun pada PRU-15, beliau mengekalkan ...