Skip to main content

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah


Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi.

Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi).

Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar.

Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA?

SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610


MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan.

Namun naratif tersebut kian pudar, terutama selepas deretan kegagalan dalam beberapa pilihan raya.

Dalam PRN enam negeri sebelum ini, MUDA bertanding di beberapa kerusi tetapi tidak memenangi satu pun, malah kebanyakan calonnya kehilangan deposit.

Prestasi tersebut bukan sahaja memalukan, malah menunjukkan kegagalan MUDA untuk membina asas sokongan yang kukuh di peringkat akar umbi.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-muda-kalah-teruk-hilang-semua-deposit-tapi-432736


Kerjasama antara PSM dan MUDA juga mencetuskan satu lagi persoalan. Mengapa MUDA tidak mencalonkan calon mereka sendiri?

Berkemungkinan besar MUDA tidak mempunyai calon yang sesuai atau cukup berwibawa untuk diketengahkan di Ayer Kuning.

Sebagai sebuah parti masih bergelut dengan isu struktur dalaman dan kekuatan jentera, MUDA tidak mempunyai banyak pilihan untuk menampilkan individu yang benar-benar bersedia memikul cabaran politik di peringkat negeri.

Tanpa jentera yang kuat dan calon yang mampu menarik undi secara merit, keputusan untuk membantu PSM mungkin kelihatan lebih rasional.

Namun, kerjasama tersebut bagaimanapun tidak membuahkan hasil seperti diharapkan dan PSM melihat wang deposit mereka hangus.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1375806/prk-ayer-kuning-muda-bantu-calon-psm


MUDA juga gagal membina naratif menarik untuk PSM yang mampu menarik hati para pengundi.

Malahan, MUDA dan PSM masih berada dalam kelompok parti kecil yang tidak mampu menggugat dominasi parti-parti utama seperti Pakatan Harapan (PH), PN atau BN.

Keputusan akhir PRK Ayer Kuning menunjukkan bahawa pengundi lebih cenderung untuk memilih parti-parti dominan yang sudah terbukti struktur serta keupayaannya.

Selain itu, sekiranya MUDA benar-benar mahu dilihat sebagai kuasa politik yang relevan, sudah tiba masanya mereka berani menampilkan diri dan mengambil risiko bertanding.

Menyorok di sebalik semangat solidariti antara parti lain bukanlah langkah terbaik untuk menawan hati rakyat.
Keputusan PSM untuk bekerjasama dengan MUDA tidak memberi sebarang makna kepada kedua-dua parti.

MUDA perlu menerima hakikat bahawa mereka bukan lagi parti yang menarik.

Tanpa reformasi dalaman, penjenamaan semula strategi dan fokus kepada akar umbi, MUDA hanya akan menjadi simbol retorik yang tidak menambah nilai kepada sesiapa, termasuk sekutu mereka.

Maka, kerjasama PSM dan MUDA lebih banyak membawa beban daripada manfaat serta seharusnya tidak diulangi lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...