Skip to main content

MUDA Cari 'Payung' Politik Besar?


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru-baru ini hadir dalam satu pertemuan yang diadakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kehadiran MUDA dalam pertemuan itu menimbulkan persoalan besar tentang hala tuju politik parti tersebut yang selama ini dikenali sebagai suara alternatif anak muda, progresif dan lantang memperjuangkan agenda pembaharuan.

Apakah langkah tersebut satu strategi politik yang realistik buat MUDA?

Atau sebenarnya MUDA kini sedang hanyut dan hilang arah dalam landskap politik yang makin sengit sehinggakan terpaksa bergantung kepada parti-parti besar?

SUMBER: https://www.nst.com.my/news/politics/2025/07/1247001/muhyiddin-meets-opposition-leaders-calls-united-front


MUDA selama ini cuba memperjuangkan politik baharu dan menolak politik perkauman serta budaya 'patronage'.

Namun, apabila wakil parti tersebut iaitu, Amira Aisya hadir dalam mesyuarat berkenaan, timbul persoalan tentang hala tuju seterusnya buat MUDA.

PN merupakan sebuah gabungan yang sinonim dengan naratif politik konservatif Melayu-Islam.

Justeru, adakah MUDA telah menukar landasan perjuangan mereka?

MUDA seolah-olah masih berdiri di antara mahu memperjuangkan prinsip mereka atau menjadi oportunisme.

Wajarkah MUDA menggadaikan agenda reformasi parti itu demi kelangsungan parti mereka?

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-politik/muda-jadi-pesaing-pn-perjuang-isu-berkaitan-reformasi-penganalisis-436941


Walaupun MUDA belum menjelaskan mereka belum membuat sebarang keputusan rasmi untuk menyertai pakatan berkenaan, namun timbul persepsi bahawa parti itu mencari jalan untuk berlindung di bawah payung parti besar seperti PN.

Prestasi MUDA dalam pilihan raya sebelum ini termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) membuktikan bahawa mereka masih belum mempunyai kekuatan akar umbi atau struktur yang mantap.

Ramai calon mereka kehilangan deposit dan pencapaian di peringkat nasional amat mengecewakan.

Kehadiran dalam pertemuan yang dipimpin oleh PN itu memberi gambaran bahawa MUDA mungkin sedang mencari ‘payung politik’ yang boleh memberikan mereka peluang, ruang dan pentas untuk terus kekal dalam arena politik.

Namun, jika MUDA terus berlindung di bawah payung parti besar lain tanpa keberanian untuk membina pengaruh sendiri, parti itu akan hanya kekal sebagai pelengkap landskap politik negara.

SUMBER: https://media-perpaduan.com/2023/08/14/18-calon-pn-hilang-deposit-muda-19/


MUDA pernah melaungkan pelbagai janji reformasi, dari Undi 18, keadilan ekonomi sehinggalah kepada keadilan sosial merentas kaum dan agama.

Gagalnya mereka dalam PRN dan PRU terdahulu serta ketiadaan wakil rakyat yang benar-benar kuat di peringkat nasional menunjukkan bahawa rakyat mahukan lebih daripada sekadar naratif anak muda dan progresif.

Dalam pada masa yang sama, langkah MUDA menghadiri pertemuan itu bersama PN memberi imej bahawa MUDA kini sedang mencari-cari arah, bukan memimpin haluan sendiri.

Apatah lagi apabila tiada komitmen jelas daripada PN untuk menerima agenda reformasi yang diperjuangkan MUDA, maka langkah tersebut dilihat sebagai satu percaturan survival semata-mata.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/12/pelajar-ipt-bingung-hala-tuju-muda-anggap-masih-samar


Tuntasnya, MUDA seharusnya perlu berdiri di atas kaki sendiri dan bukan hanya 'menyelit' di bawah payung parti besar.

MUDA sewajarnya menyusun semula gerakan akar umbi yang benar-benar menyentuh realiti rakyat, tanpa mengira golongan.

Jika tidak, MUDA hanya akan kekal sebagai sebuah parti yang hanya berguna apabila diperlukan namun dibuang apabila tidak diperlukan.

MUDA perlu memilih sama ada mahu terus menjadi parti yang memperjuangkan reformasi atau sekadar boneka kecil yang menumpang 'kejayaan' parti lain.

Comments

Popular posts from this blog

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...

Laluan Sukar Syed Saddiq Kekalkan Kerusi Muar

Baru-baru ini, penganalisis politik meramalkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memiliki peluang baik untuk mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon. Syed Saddiq dijangka boleh mengekalkan kerusi itu jika berlaku perpecahan undi antara BN dan PH. Namun, perkara itu dilihat sebagai mustahil dengan mengambil kira beberapa faktor penting dalam arena politik tempatan ketika ini. Ada juga penganalisis yang berpendapat PKR berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi kerusi Muar sekiranya bertanding menentang Syed Saddiq. SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/701802/berita/politik/amanah-johor-cadang-kerusi-parlimen-muar-dun-puteri-wangsa-ditandingi-ph Kemenangan Syed Saddiq di Muar dalam dua pilihan raya sebelum ini banyak dibantu dengan sokongan jentera gabungan PH. Pada PRU-14, Syed Saddiq menang selesa dengan majoriti 6,953 undi. Namun pada PRU-15, beliau mengekalkan ...