Skip to main content

Wawasan 2020 Hanya Mimpi Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini membuka sendiri kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam pada 28 tahun lalu.

Wawasan 2020 yang diperkenalkan pada 1991 merupakan satu kerangka besar bertujuan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, bersatu padu dan berdaya saing menjelang 1 Januari 2020.

Namun apabila tibanya tarikh berkenaan, Malaysia masih terperangkap dalam situasi pendapatan pertengahan, jurang sosiekonomi yang melebar dan daya saing serantau merosot.

Mengapa visi yang dicanang selama hampir tiga dekad itu gagal?

Dari sudut politik, kegagalan berkenaan berpunca daripada pelbagai faktor.
Antara faktor paling kuat adalah gaya pemerintahan Mahathir yang memfokuskan kepada kuasa eksekutif atau dalam istilah lainnya adalah 'Mahathirisme'.

Tindakan beliau telah menyuburkan budaya 'strong man politics' atau hanya seorang sahaja yang layak 'bersuara' tentang pemerintahan negara.

Apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat dan ketujuh, beliau dilihat mengukuhkan pengaruh Perdana Menteri dalam badan perundangan serta kehakiman.

Meskipun langkah tersebut mempercepatkan keputusan berkaitan perkara seperti projek mega namun melemahkan semak dan imbang pemerintahan negara.

Sebagai contoh, berlakunya 'policy volatility'. Dasar berubah ikut selera politik Mahathir.

Pelbagai dasar yang dilaksanakan seperti Dasar Pandang ke Timur atau ‘Industrial Master Plan’ dilaksanakan tanpa rangka kerja yang kukuh serta stabil.

Justeru, pelabur asing melihat Malaysia kurang konsisten dari segi dasar berbanding negara jiran serantau seperti Singapura.

Apabila kuasa bertumpu pada satu individu, kelangsungan visi bergantung pada beliau.

Apabila Mahathir berundur pada 2003, penggantinya terpaksa 'reset' banyak inisiatif, sekali gus menghambat momentum Wawasan 2020.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/422267


Wawasan 2020 memerlukan lonjakan produktiviti industri berteknologi tinggi bagi mencapai status negara maju.

Namun, amalan kapitalisme menyebabkan beberapa konglomerat berkaitan politik sebagai juara nasional.

Situasi tersebut telah mewujudkan oligopoli, mengekang persaingan dan memperlahankan pertumbuhan inovasi.

Langkah kapitalisme seperti tender tertutup dan hutang korporat diserap oleh badan bukan kerajaan (GLC) dan kerajaan apabila berlakunya krisis memberi impak buruk kepada negara.

Setiap kali dana awam digunakan untuk menyelamatkan entiti kroni, sumber yang patut disalurkan bagi tujuan pembangunan serta penyelidikan, TVET dan jaringan keselamatan sosial disekat.

Walhal, ketiga-tiga elemen tersebut merupakan tunjang utama negara maju yang digariskan sendiri dalam Wawasan 2020.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/420694/kronisme-ciptaan-dr-mahathir-lebih-teruk


Meskipun Mahathir memperkenalkan inisiatif domestik seperti pengenalan jenama Proton untuk memacu industri pembuatan serta STEM, namun struktur upah negara masih rendah.

Gaji median negara hanyalah RM2,442 pada 2019, jauh di bawah garis ekonomi berpendapatan tinggi ditetapkan oleh Bank Dunia iaitu sekitar RM6,000.

Selain itu, industri elektronik Malaysia masih berfungsi sebagai hab pemasangan berasaskan tenaga kerja murah, sedangkan Wawasan 2020 mengimpikan R&D serta reka bentuk cip tempatan.

Perkara ini berpunca daripada pelaburan terhad dalam TVET dan universiti penyelidikan kerana dana kerajaan banyak disalurkan ke projek-projek mega seperti Menara Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar Sepang.

Dalam pada itu, walaupun Wawasan 2020 menekankan aspek 'perkongsian kemakmuran' atau 'shared prosperity', namun jurang antara setiap negeri masih jauh.

Sebagai contoh, KDNK per kapita Kuala Lumpur adalah sekitar RM120,000 pada 2020 manakala Kelantan hanya sekitar RM15,000.

Tanpa agenda federalisme baharu atau reformasi fiskal, pembangunan hanya tertumpu di Lembah Klang.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2021/06/29/kdnk-2020-kedua-terendah-selepas-krisis-kewangan-asia/


Tuntasnya, pada 2020, Malaysia bukan negara maju sebagaimana diimpikan.

Wawasan 2020 gagal bukan semata-mata kerana impak pasaran global, namun disebabkan politik Mahathir sendiri.

Wawasan 2020 akhirnya menjadi memorandum kegagalan politik kepimpinan Mahathir.

Kegagalan itu turut menjadi satu peringatan bahawa visi ekonomi paling hebat sekalipun tidak akan tercapai selagi kuasa politik disalah guna dan pembangunan tidak berfokus kepada rakyat sepenuhnya.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...