Skip to main content

Politik Lama Mahathir Bukan Pilihan


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah menunjukkan tanda-tanda mahu mengundur diri daripada kancah politik tempatan meskipun usianya hampir menjangkau hampir satu abad.

Selepas era kepimpinannya sebagai Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Mahathir terus mencuba untuk mengekalkan pengaruh politik dengan menubuhkan parti baharu seperti Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan kemudiannya Gerakan Tanah Air (GTA).

Namun, kedua-dua entiti ini gagal meraih sebarang sokongan padu.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), PEJUANG dan GTA bukan sahaja kalah kesemua kerusi yang ditandingi, malah hilang deposit, termasuk di kawasan yang pernah dianggap kubu kuat Mahathir sendiri, iaitu Langkawi.

Mengapa Mahathir semakin ditolak rakyat? Apakah beliau semakin terputus hubungan dengan realiti kehidupan rakyat biasa, khususnya generasi muda dan pengundi luar bandar?

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-tun-m-tewas-hilang-deposit-di-langkawi-392568


Salah satu punca utama kegagalan Mahathir dalam PEJUANG dan GTA ialah gaya politik beliau yang sudah ketinggalan zaman.

Politik zaman Mahathir dibentuk dalam era dominasi satu parti, retorik nasionalisme Melayu, dan pengaruh tokoh kuat.

Namun dalam realiti politik pasca tahun 2020, landskap tersebut telah berubah dengan ketara.

Pengundi muda hari ini lebih celik maklumat, lebih terbuka kepada pelbagai ideologi dan mahukan pemimpin yang boleh menyelesaikan masalah harian mereka seperti kos sara hidup, pekerjaan, pendidikan dan perumahan.

Mereka juga lebih gemar kepada pendekatan yang telus, progresif dan kolaboratif, bukan model politik satu hala yang bersifat autoritarian seperti era Mahathir.

Kegagalan PEJUANG dan GTA menarik golongan ini adalah petanda jelas bahawa Mahathir gagal membaca keperluan zaman serta masih terperangkap dalam cara berpolitik 1980-an dan 1990-an.

SUMBER: https://malaysiabangkit.com/tun-mahathir-sudah-tidak-relevan-lagi-dalam-politik-syed-badli/


Sejak sekian lama, Mahathir menggunakan naratif Melayu terancam sebagai teras perjuangan politiknya.

Naratif tersebut turut dibawa ke dalam PEJUANG dan GTA, kononnya untuk mempertahankan maruah bangsa, ekonomi orang Melayu dan Islam sebagai asas negara.

Namun, realitinya rakyat sudah bosan dengan retorik kosong tanpa pelaksanaan sewajarnya.

Sepanjang lebih 22 tahun memegang kuasa mutlak sebagai Perdana Menteri keempat dan sekali lagi sebagai PM ketujuh, Mahathir mempunyai masa dan ruang untuk membantu orang Melayu.

Malangnya, selepas puluhan tahun, jurang kekayaan antara golongan elit dan rakyat biasa semakin jauh.

Ramai Melayu masih bergelut dengan kemiskinan, kekurangan akses pendidikan dan ketidaktentuan ekonomi termasuk di luar bandar yang sering dijadikan medan janji kosong setiap kali pilihan raya.

Golongan muda dan pengundi luar bandar kini semakin sedar bahawa retorik Melayu Mahathir hanya dijadikan sebagai alat politik, bukan pelan tindakan jujur yang membawa penyelesaian konkrit.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/06/07/usaha-terbaru-dr-m-himpun-orang-melayu-juga-akan-gagal-kata-penganalisis


PEJUANG dan GTA gagal menawarkan kepimpinan yang diyakini.

Struktur kedua-dua organisasi ini terlalu bergantung kepada personaliti Mahathir.

Tiada tokoh pelapis yang menonjol, tiada pendekatan yang benar-benar segar.

Malah, banyak kenyataan yang dibuat oleh Mahathir dalam parti-parti berkenaan kedengaran seperti ulangan kepada naratif lama iaitu menyalahkan orang lain dan menggambarkan diri sebagai penyelamat tunggal orang Melayu.

Ketiadaan agenda reformasi jelas serta pendekatan kolot terhadap politik semasa, menyebabkan rakyat tidak nampak nilai dalam menyokong entiti baharu yang tidak memberi harapan.

PEJUANG dan GTA hanya wujud untuk Mahathir, bukan untuk rakyat.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-politik/tun-m-tinggalkan-gta-419167


Kegagalan Mahathir melalui PEJUANG dan GTA bukan semata-mata kerana struktur parti atau strategi kempen.

Namun, itu merupakan petanda Mahathir kehilangan sentuhan beliau terhadap denyut nadi rakyat, hilangnya kepercayaan rakyat dan ketiadaan visi masa depan yang meyakinkan.

Generasi muda dan pengundi luar bandar tidak lagi mahu menjadi alat eksperimen kepada politikus veteran yang telah diberi terlalu banyak peluang.

Rakyat mahu pemimpin yang memahami cabaran kontemporari dan bersedia memimpin ke hadapan.

Sudah tiba masanya untuk Mahathir menerima hakikat bahawa zamannya telah berlalu.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...