Skip to main content

Perjuangan Melayu Mahathir Tidak Lagi Diterima


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini menubuhkan satu gerakan baharu yang dinamakan sebagai Sekretariat Orang Melayu.

Gerakan itu ditubuhkan kononnya bagi menyatukan semua pihak yang memperjuangkan nasib orang Melayu di bawah satu payung besar.

Mahathir mendakwa inisiatif itu merupakan satu langkah untuk mengembalikan kuasa politik dan cabaran yang dihadapi oleh orang Melayu.

Namun, ini bukan kali pertama Mahathir mengambil pendekatan sebegini.

Sepanjang karier politiknya, beliau telah beberapa kali menggunakan naratif 'ancaman terhadap orang Melayu' sebagai pemangkin untuk meraih sokongan orang ramai.

SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/2025/06/sekretariat-orang-melayu-bermotif-politik-jauh-tertinggal-ahmad/


Mahathir sering memainkan sentimen bahawa orang Melayu diancam, baik dari segi ekonomi, pendidikan dan kedudukan politik.

Namun, retorik-retorik tersebut sebenarnya tidak dibuat dengan pelan tindakan jangka masa panjang.

Malahan, ketika beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama lebih dua dekad, Mahathir memiliki kuasa penuh untuk mengangkat kaum Melayu.

Sebaliknya, jurang ekonomi dan peluang masih jauh dalam kalangan orang Melayu luar bandar dan kelas pertengahan.

Isu hak milik tanah, kemiskinan bandar, penguasaan ekonomi oleh golongan elit serta kegagalan memperkasakan pendidikan tinggi Bumiputera terus membelenggu masyarakat Melayu ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Dalam konteks ini, naratif beliau untuk menyelamatkan orang Melayu dengan menubuhkan gerakan baharu, hanya cubaan bagi menghidupkan kembali sokongan politik peribadinya.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2023/06/29/nasib-melayu-gagal-semasa-tun-m-berkuasa/


Salah satu faktor yang memungkinkan gerakan baharu ini tidak berjaya adalah hilangnya kepercayaan generasi muda Melayu terhadap Mahathir.

Generasi muda hari ini lebih berpendidikan, celik maklumat dan tidak mudah termakan dengan retorik lama yang bersifat perkauman atau politik yang berbaur 'ancaman'.

Mereka lebih menilai kredibilit seseorang pemimpin menerusi integriti, prestasi dan hala tuju dasar yang dibawa.

Mahathir sebaliknya gagal memahami perubahan landskap semasa dalam kalangan generasi muda.

Beliau terus bergantung kepada pendekatan politik lama iaitu menakutkan orang Melayu dengan ancaman DAP, dominasi kaum bukan Melayu atau kononnya pengkhianatan dalam kalangan bangsa Melayu.

Pendekatan seperti ini tidak lagi relevan dalam era digital yang semua maklumat boleh diakses di hujung jari.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/pandangan/2025/06/08/surat-terbuka-untuk-dr-mahathir-mohamad


Gerakan baharu Mahathir juga berkemungkinan gagal kerana kaum Melayu semakin sedar mereka digunakan sebagai alat politik semata-mata.

Naratif perjuangan Melayu sering digunakan oleh Mahathir hanya ketika pilihan raya hampir tiba atau ketika beliau kehilangan pengaruh dalam politik.

Hal ini menyebabkan rakyat khususnya orang Melayu meragui keikhlasan perjuangan Mahathir.

Lebih membimbangkan, retorik sebegini mencetuskan polarisasi dalam masyarakat dan merosakkan hubungan antara kaum, sekali gus menyukarkan usaha mewujudkan kestabilan politik serta ekonomi negara.

Dalam era politik moden, para pengundi termasuk orang Melayu sendiri semakin menolak naratif yang mengadu domba antara kaum dan lebih cenderung kepada usaha kemajuan, penyelesaian isu sebenar seperti kos sara hidup, pendidikan berkualiti dan pembasmian rasuah.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2025/06/05/payung-besar-tun-m-hanya-membodohkan-melayu-pemuda-amanah/


Tuntasnya, Mahathir boleh membentuk seberapa banyak gerakan untuk memperjuangkan orang Melayu namun berkemungkinan besar akan gagal kerana naratif berkenaan dianggap sudah lapuk dalam kalangan rakyat.

Orang Melayu tidak memerlukan janji manis yang ditabur semata-mata demi agenda peribadi ahli politik khususnya Mahathir.

Masyarakat Melayu memerlukan seorang pemimpin yang benar-benar memahami cabaran semasa, berani membuat reformasi dan mengetepikan politik perkauman demi perpaduan serta kemajuan nasional.

Mahathir bukan lagi tokoh yang mampu membawa visi tersebut.

Gerakan baharu beliau hanya akan menjadi satu lagi bab dalam kegagalan politiknya.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...