Skip to main content

Mahathir Hanya Fikir Reputasinya


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mendakwa kenyataan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Julai 2017 yang menuduhnya 'Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty' mungkin tidak memberi kesan sekiranya beliau adalah penjual kacang putih.

Ujar Mahathir, kenyataan Ahmad Zahid itu mencalarkan reputasi dan namanya sebagai bekas Perdana Menteri serta pemimpin politik.

Meskipun analogi 'penjual kacang putih tepi jalan' disebut dalam konteks untuk menggambarkan situasinya dalam isu tersebut, namun timbul persoalan tentang pandangan beliau terhadap rakyat biasa.

Beliau seolah-olah memperlekehkan golongan penjual kacang putih tepi jalan menerusi kenyataannya itu.

Ada pengkritik politik yang mengatakan kenyataan Mahathir itu menggambarkan peribadinya yang melihat rakyat biasa 'tidak memiliki perasaan' dan 'boleh dihina' pada bila-bila masa.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1317329/jika-saya-penjual-kacang-putih-tepi-jalan-tak-siapa-peduli-dr


Lebih ironi, individu yang kini menekankan soal reputasi ini adalah tokoh yang selama puluhan tahun tidak teragak-agak melemparkan tuduhan, mengecam komuniti Melayu sebagai 'malas' dan menabur pelbagai dakwaan terhadap musuh politik demi kepentingan peribadinya.

Ayat 'Melayu malas' sering dikaitkan dengan Mahathir sehingga ke hari ini.

Meskipun Mahathir kononnya mahu 'menyedarkan' masyarakat Melayu, namun beliau telah menanam stigma negatif terhadap komuniti itu.

Selain itu, walaupun Mahathir mendakwa memperjuangkan masyarakat Melayu melalui dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), pelaksanaannya sering didakwa tidak menyeluruh.

DEB dikatakan lebih memihak kepada golongan elit, sementara masyarakat Melayu luar bandar dan kelas pekerja tidak menerima impak yang setimpal.

Sebaliknya, beliau menuduh orang Melayu malas, walaupun mereka terpaksa bertungkus-lumus menyara kehidupan tanpa mendapat banyak bantuan langsung daripada Mahathir.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2023/06/29/nasib-melayu-gagal-semasa-tun-m-berkuasa/


Mahathir juga tidak teragak-agak untuk menyerang musuh politiknya dengan tuduhan yang sering kali bersifat peribadi dan spekulatif.

Beliau sering melemparkan tuduhan tanpa bukti kukuh terhadap pemimpin politik lain.

Contohnya, konflik politiknya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada akhir 1990-an bukan hanya melibatkan perbezaan pandangan dasar, tetapi turut membabitkan tuduhan peribadi yang menghancurkan reputasi Anwar.

Mahathir turut kerap melemparkan pelbagai kritikan terhadap kerajaan ketika ini menerusi hantaran di media sosialnya.

Berbeza pada era pemerintahannya, Mahathir akan menggunakan segala pengaruhnya untuk 'membisukan' rakyat dan musuh politik daripada mengkritik pemerintahannya.

Justeru, timbul persoalan tentang Mahathir pantang 'dicuit' tetapi beliau boleh sewenang-wenangnya mengkritik atau melemparkan tuduhan kepada orang lain.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2021/10/27/34-years-after-ops-lalang-still-no-sincere-apology-by-dr-m/


Mahathir perlu faham bahawa penjual kacang putih tepi jalan memainkan peranan penting dalam ekonomi negara.

Mereka mungkin tidak menyumbang secara banyak tetapi penjual atau peniaga membuka peluang pekerjaan, menyokong ekonomi mikro serta memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi.

Kenyataan Mahathir menunjukkan kurangnya empati beliau terhadap rakyat biasa.

Penjual kacang putih, seperti individu-individu lain, adalah manusia yang memiliki maruah dan perasaan.

Membandingkan mereka dengan kes yang membabitkan dirinya adalah tindakan yang tidak wajar.
Tuntasnya, kenyataannya itu hanya menunjukkan bahawa Mahathir sebenarnya lebih memikirkan soal reputasinya.

Walhal beliau tidak teragak-agak untuk menabur fitnah dan memperlekehkan orang lain sepanjang karier politiknya.

Kenyataan-kenyataannya yang sering memperlekehkan rakyat biasa, termasuk komuniti Melayu dan peniaga kecil, hanya memburukkan imej Mahathir.

Sebagai seorang pemimpin, beliau sepatutnya mengangkat maruah rakyat, bukan mencemuh mereka.

Jika Mahathir mahu dikenang sebagai negarawan, beliau perlu belajar untuk lebih empati dan berhenti menggunakan retorik yang menyakitkan hati rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Konflik Berkepentingan 'Hantui' Mahathir

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tidak akan menghadiri siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kes Pulau Batu Puteh selepas mendakwa berlaku konflik berkepentingan berhubung pelantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif. Peguam kepada Mahathir iaitu Muhammad Rafique Rashid Ali mendakwa pelantikan Tun Md Raus akan mencemarkan keseluruhan prosiding RCI. Maka, Muhammad Rafique mewakili anak guamnya mahu kerajaan menggantikan Tun Md Raus sebagai Pengerusi RCI bagi memastikan keadilan buat Mahathir. Pada 2017, Mahathir memfailkan satu semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keabsahan pelantikan Tun Md Raus sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan kerana Tun Md Raus Sharif telah mencapai usia 66 tahun dan enam bulan. Namun, Mahathir didakwa hanya memberi alasan dan sebaliknya mempunyai sejarah konflik berkepentingan sebelum ini ketika menjadi Perdana Menteri. Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/arti...

Politicians, It's Time To Be More Responsible On Race And Religion

March proved to be a tumultuous month for religious relations in Malaysia, as irresponsible parties attempted to rile up the Malay Muslim base in the holy month of Ramadan, ranging from the canteen for non-Muslims and, most recently, the Allah socks issue. Last week, images of the Miranosock socks bearing the word Allah sold at convenience store chain KK Mart's Bandar Sunway outlet went viral on social media. Following the revelation, KK Mart apologised to its customers and the Muslim community, in particular, for the oversight and stopped selling the product. The sock's supplier, Xin Jian Chang Sdn Bhd, had also apologised and said the products were part of a bulk of stocks purchased by mistake from its China-based supplier. Regardless of intent, this is a severe matter for Muslims, as the word "Allah" is revered in every sense of the word. Its careless printing of socks can be seen as an insult and has the potential to be used in an even more irresponsible manner. D...

Impak Siasatan SPRM Terhadap Keluarga Mahathir, Tun Daim

Sejak tahun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap individu berprofil tinggi berhubung pelbagai dakwaan salah guna wang. Individu yang menjadi perhatian adalah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; Tan Sri Mohkzani Mahathir dan Mirzan Mahathir. Ketiga-tiga mereka disiasat atas pelbagai dakwaan. Sehingga artikel ini ditulis, SPRM mengesahkan bahawa ketiga-tiga mereka masih belum mengisytiharkan harta seperti diarahkan. Tun Daim sebelum ini mendakwa siasatan terhadap beliau adalah berunsur politik namun mengikut pertuduhan mahkamah, bekas Menteri Kewangan itu gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan 70 aset serta satu akaun bank. Isteri kepada Tun Daim, Toh Puan Na'imah Khalid turut didakwa di mahkamah atas kesalahan sama. Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa siasatan terhadap dua anaknya, Mirzan dan Mokhzani adalah disebabkan kerajaan mahu menjatuhkan beliau. Dakwaan itu bagaimanapun di...