Skip to main content

MUDA Tidak Cukup 'Syarat' Jadi Kuasa Ketiga


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada tahun lalu memutuskan untuk mempercepatkan pemilihan parti berkenaan pada tahun ini susulan Presiden parti berkenaan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meletakkan jawatan.

MUDA juga mengatakan akan memeterai kerjasama rasmi dengan Move Forward Party (MFP) Thailand yang memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum negara berkenaan tahun lalu.

Namun, pemilihan parti masih belum dibuat setakat artikel ini ditulis dan tiada khabar tentang pemeteraian perjanjian bersama MFP.

Persoalannya tertumpu sama ada MUDA benar-benar serius menjadi kuasa ketiga kerajaan atau hanya bercakap kosong.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1179318/muda-percepat-pemilihan-parti-tahun-depan-berbanding-2025


Memasuki 2024, MUDA terus dilanda kontroversi apabila ramai ahli serta barisan kepimpinannya meletakkan jawatan.

Tidak lama selepas itu, MUDA berdepan kritikan apabila Syed Saddiq secara tiba-tiba mengumumkan beliau akan menyertai jelajah bersama Perikatan Nasional (PN).

Meskipun dinafikan oleh MUDA, namun peristiwa seperti itu memberi peluang kepada orang ramai untuk mengkritik parti berkenaan.

Krisis dalaman serta pengaruh Syed Saddiq yang masih 'berbekas' di dalam parti itu menyebabkan MUDA tidak dapat pergi jauh untuk melaksanakan agenda mereka.

Pemilihan parti merupakan jalan yang selamat untuk MUDA 'melarikan diri' daripada bayang-bayang Syed Saddiq dan menyusun semula struktur organisasi kepimpinan mereka.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-politik/muda-terbuka-keputusan-ahli-letak-jawatan-mahu-fokus-masa-depan-parti-458738


Kuasa ketiga kerajaan merujuk kepada parti atau kumpulan politik yang tidak tergolong dalam sebarang gabungan politik utama tetapi memiliki pengaruh yang signifikan dalam menentukan keputusan politik serta pembentukan kerajaan.

Namun, MUDA masih gagal menonjolkan diri mereka sebagai parti yang memiliki pengaruh besar dalam kerajaan.

Suara Syed Saddiq di Parlimen sering kali dicemuh kerana membawa isu-isu kurang relevan dan 'syok sendiri'.

Sebagai contoh, Syed Saddiq kerap kali membawa isu peruntukan di kawasan Parlimen Muar. Untuk rekod, peruntukan di Muar telah diberikan oleh kerajaan secara terus dan bukannya kepada Syed Saddiq.

Ahli Parlimen berstatus pembangkang tidak pernah diberikan peruntukan sejak negara ini mencapai kemerdekaan.

Adakah MUDA layak untuk digelar sebagai kuasa ketiga kerajaan? Tidak, kerana perjalanan untuk mencapai status parti berpengaruh masih jauh.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1224542/tpm-fadillah-nafi-parlimen-muar-tak-disalur-peruntukan


Keputusan MUDA untuk bekerjasama dengan parti politik luar seperti MFP diragui sama ada parti itu mahu mengamalkan pendekatan radikal seperti MFP.

Bagaimanapun, MUDA tidak memiliki kelebihan seperti MFP yang dipimpin Pita Limjaroenrat. Pita mempunyai sokongan jitu daripada golongan muda Thailand yang mahukan perubahan selepas negara itu diperintah oleh kerajaan junta selama kira-kira sedekad.

MUDA tidak berkongsi situasi sama seperti MFP. Golongan muda negara ini tidak memandang MUDA seperti belia Thailand menjulang MFP di negara berkenaan.

Pemimpin MUDA juga tidak memiliki pengaruh seperti Pita yang sering kali mendekatkan dirinya kepada rakyat.

Jika tidak kerana kontroversinya, Pita mungkin masih kekal sebagai Perdana Menteri Thailand ketika ini.

SUMBER: https://www.nst.com.my/news/politics/2023/11/980340/muda-collaborate-thailands-move-forward-party


Tuntasnya, pendirian dan hala tuju MUDA selepas memasuki 2024 belum menampakkan bayangnya lagi.

MUDA mungkin cuba melakukan sesuatu tetapi impaknya tidak dirasai oleh segenap masyarakat.

Langkah MUDA untuk bekerjasama dengan parti politik bagi mengukuhkan kedudukan sebagai kuasa ketiga kerajaan bukanlah satu tindakan bijak.

MUDA boleh belajar daripada parti politik luar tapi perlu mencari identiti dan membentuk pengaruh sendiri.

Selama mana MUDA akan kekal di kedudukan sekarang? MUDA perlu cari solusi itu.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...