Skip to main content

Antara Pejuang Dan MUDA, Siapa Bakal Tenggelam?


Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), arena politik tempatan disajikan dengan penubuhan dua parti baharu iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Kedua-dua parti berkenaan muncul sebagai entiti yang berbeza dari segi cita-cita dan pendekatan mereka.

Pejuang dan MUDA bagaimanapun mempunyai persamaan iaitu kedua-dua parti berkenaan ditubuhkan selepas pengasas masing-masing iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik diri daripada Bersatu pada 2020.

Namun, selepas beberapa siri kegagalan dalam pilihan raya dan isu dalaman yang menghantui Pejuang serta MUDA, wujud satu persoalan bermain dalam minda orang ramai.

Antara Pejuang dan MUDA, parti mana yang berkemungkinan bakal 'tenggelam' dahulu?
Parti Pejuang ditubuhkan oleh Mahathir dengan visi untuk memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia yang dikatakan telah diketepikan oleh parti-parti arus perdana.

Namun, sejak awal penubuhannya, parti ini berdepan pelbagai cabaran.

Salah satunya adalah prestasi pada pilihan raya yang mengecewakan.

Pejuang gagal menunjukkan sebarang impak dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bertanding di lebih 100 buah kerusi, parti tersebut tidak memenangi walau satu pun kerusi Parlimen.

Kekalahan berkenaan jelas mencerminkan keengganan rakyat untuk menerima parti yang dilihat sebagai lanjutan kepada gaya politik lama dipimpin oleh Mahathir.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1028814/pru15-pejuang-akur-kekalahan


Pejuang turut berdepan isu dalaman tersendiri seperti gagal untuk menarik pemimpin baharu menyertai parti terbabit.

Parti itu juga dilihat gagal menarik minat golongan muda atau aktivis politik progresif.

Sebahagian besar naratif dibawa oleh Pejuang adalah pengulangan kepada retorik yang sama digunakan parti-parti politik tradisional lain.

Dalam konteks ini, Pejuang mungkin menghadapi cabaran besar untuk kekal relevan.

Tanpa sokongan pengundi muda atau asas yang kukuh dalam semua segmen masyarakat, Pejuang berisiko untuk lenyap daripada arena politik dalam masa terdekat.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/626216/berita/nasional/pejuang-dan-gta-sudah-tidak-relevan


MUDA pula ditubuhkan dengan membawa naratif sebagai 'gelombang baharu' politik Malaysia selain membawa semangat anak muda dan perubahan.

Retorik ini pada mulanya mendapat perhatian ramai, namun parti itu kini berdepan masalahnya tersendiri.

Sama seperti Pejuang, MUDA gagal menunjukkan keputusan memberangsangkan dalam PRU-15.

Walaupun berjaya memenangi satu kerusi di Muar, kemenangan itu lebih dilihat sebagai kekuatan individu oleh Syed Saddiq berbanding kejayaan parti secara keseluruhan.

MUDA idak mempunyai struktur parti yang kukuh di peringkat akar umbi.

Hal ini menjadikan mereka sukar untuk menggerakkan jentera pilihan raya yang kompeten.

MUDA turut lebih banyak bergantung kepada populariti Syed Saddiq dan retorik perubahan, tanpa menawarkan dasar atau ideologi yang jelas untuk menarik pelbagai segmen pengundi.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/278258/berita/politik/syed-saddiq-menang-di-muar-dengan-sokongan-dap-ph---anthony-loke


MUDA turut menghadapi beberapa kontroversi yang mencalarkan imejnya.

Antaranya, hubungan rapuh antara Syed Saddiq dan kepimpinan lain dalam parti yang menyebabkan perpecahan dalaman.

Penarikan diri beberapa individu penting dalam parti itu menjadi petanda bahawa MUDA mungkin kehilangan daya tarikan sebagai platform politik anak muda.

Kegagalan untuk menjadi sebahagian daripada blok politik yang lebih besar juga memberi impak kepada keberkesanan MUDA dalam menyampaikan agendanya.

Dalam suasana politik masa kini, bergerak secara solo boleh menjadi strategi yang memakan diri.

SUMBER: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/v/456913


Melihat kepada kelemahan kedua-dua parti ini, Pejuang lebih berisiko tenggelam dahulu.

Parti itu gagal menawarkan sesuatu yang baharu kepada rakyat dan kekalahannya dalam PRU-15 menjadi tamparan hebat sukar dipulihkan sehingga kini.

Walaupun MUDA turut berdepan cabaran besar, parti itu memiliki peluang untuk berubah dan menarik sokongan jika mereka dapat menangani kelemahan struktur serta dasar.

Namun, sekiranya kedua-dua parti itu gagal memperbaiki strategi mereka, masa depan Pejuang dan MUDA di pentas politik Malaysia tidak akan bertahan lama.

Comments

Popular posts from this blog

Syed Saddiq Perlu Letak Jawatan Demi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini ditegur kerana rapat dengan seorang selebriti wanita negara ini. Teguran itu dilontarkan oleh ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid. Menurut Syerleena, bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu tidak sepatutnya melupakan tanggungjawab utamanya sebagai wakil rakyat. Syerleena turut menggesa agar Syed Saddiq menyerahkan jawatan sebagai wakil rakyat kepada individu lain sekiranya tidak mampu menggalas tanggungjawab tersebut. Beliau turut menasihatkan Syed Saddiq agar menggunakan pengaruh dan platform yang dimilikinya untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukan meraih populariti semata-mata. SUMBER: https://thesun.my/style-life/going-viral/bukit-bendera-mp-tells-syed-saddiq-to-focus-on-politics-not-celebrity-life-netizens-weigh-in-PF13618135 Gesaan Syerleena itu ada asasnya kerana wakil rakyat dipilih untuk membantu rakyat di sesebuah kawasan Parlimen. Syed Saddiq menjadi wakil rakyat di Muar untuk...

Mahathir Dakwa Melayu Seolah-olah Ditindas

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB). Secara ringkasnya, RUU yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai bertujuan untuk meremajakan kawasan bandar di seluruh negara terutamanya perbandaran yang semakin sesak. Namun, Mahathir menerusi laman media sosialnya rasmi sama sekali tidak bersetuju dengan RUU berkenaan. Mahathir mengatakan pembaharuan bandar akan menyebabkan penduduk kawasan-kawasan seperti di Kuala Lumpur akan diarahkan keluar dan kebanyakan mereka adalah komuniti Melayu. Beliau juga mendakwa bandar akan menjadi tempat orang bukan Melayu dan pemisahan antara masyarakat Melayu serta bukan Melayu bakal menjadi lebih luas. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1364118/ruu-pembaharuan-semula-bandar-boleh-remajakan-bandar-yang-sesak Mahathir sering menggunakan naratif bahawa beliau adalah pelindung atau wira kepentingan orang Melayu. Namun, s...

Mahathir Pentingkan Ekonomi Daripada Akidah Islam

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila beliau mendakwa bahawa penutupan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) akan menghancurkan perniagaan Melayu Islam. Namun, perkara yang lebih membimbangkan adalah dakwaan bahawa GISBH terbabit dalam penyebaran ajaran sesat. Justeru, timbul persoalan tentang sama ada Mahathir cuba untuk mengatakan bahawa ekonomi Melayu Islam lebih penting daripada akidah Islam yang sebenar. Secara logiknya, kepentingan ekonomi tidak seharusnya mengatasi nilai-nilai agama. Malaysia merupakan sebuah negara Islam dan keutamaan harus diberikan kepada menjaga kesucian agama tersebut serta melindungi rakyat daripada sebarang bentuk penyelewengan akidah seperti ajaran sesat. SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1143027/siasatan-terhadap-gisbh-lebih-telus Di Malaysia, ajaran sesat bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng oleh semua pihak. Sejarah membuktikan bahawa pergerakan-pergerakan yang menyimpang daripa...