Skip to main content

Pendedahan Aset Mahathir Di Luar Negara

A person wearing glasses and a black shirt

AI-generated content may be incorrect.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini terpalit dengan skandal pengisytiharan asetnya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung aset milik Mahathir masih berjalan.

SPRM turut sedang mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa di United Kingdom (UK) berkaitan aset Mahathir.

Sebelum ini, Mahathir berulang kali menyatakan beliau tidak pernah memiliki aset di luar negara.

Malahan, Mahathir turut menyindir SPRM dengan mengatakan sekiranya benar beliau memiliki aset di UK, Mahathir mahu menuntutnya.

Namun, beberapa laporan media sebelum ini mendedahkan aset yang dimiliki oleh Mahathir dan beberapa orang yang rapat dengannya seperti Tun Daim Zainuddin.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2025/09/24/sprm-siasat-aset-tun-mahathir-di-uk-switzerland/

A person in a suit and glasses speaking into microphones

AI-generated content may be incorrect.

Laporan media serta pendedahan beberapa individu berpengaruh mendakwa Mahathir telah menyebabkan kerugian kepada negara sebanyak RM31.5 bilion ketika skandal Forex Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.

Wang berkenaan didakwa hilang tanpa sebarang jejak.

Meskipun siasatan telah dibuat, namun sehingga kini wang tersebut masih belum dijumpai.

Selain itu, Mahathir serta sekutunya, Daim juga didakwa mempunyai dana rahsia UMNO yang disimpan di luar negara dan hanya boleh diakses oleh mereka berdua.

Persoalan yang dicetuskan oleh beberapa pemerhati politik, di manakah semua duit berkenaan berada ketika ini?

SUMBER: https://mfm.news/kisah-skandal-forex-yang-hampir-mufliskan-bank-negara/

A person looking at a graph

AI-generated content may be incorrect.

Pada 2023, media Taiwan mendedahkan Mahathir didakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram secara rahsia di negara berkenaan.

Media tersebut mendakwa Mahathir melakukan aktiviti tersebut ketika menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri sekitar 1984 hingga 1999.

Dakwa media tersebut lagi, Mahathir dikatakan mengaut keuntungan daripada aktiviti tersebut sebanyak RM83 bilion.

Media Taiwan turut memetik seorang bekas kakitangan Mahathir, Abdul Hameed Gula Maiden sebagai sumber kepada dakwaan berkenaan.

Abdul Hameed turut mendedahkan wang berkenaan dicetak di London dan dihantar ke Taiwan serta dipegang oleh CKS Foundation secara berperingkat antara tahun 1982 dan 1995.

Adakah wang itu merupakan sebahagian daripada wang negara yang hilang ketika skandal Forex atau dana rahsia UMNO yang disorokkan?

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-politik/tun-m-miliki-hampir-100-juta-keping-wang-kertas-rm500-rm1000-152673

A group of men sitting at a table with microphones

AI-generated content may be incorrect.

Wujud laporan bahawa proksi Mahathir iaitu Daim memiliki kepentingan di lebih daripada 50 bank di seluruh dunia.

Dikatakan aset Mahathir sebanyak RM100 bilion dan Daim bernilai RM60 bilion telah disimpan di kesemua bank berkenaan.

Daim didakwa merupakan pihak berkepentingan kepada rangkaian bank yang terletak kebanyakannya di Afrika dan beberapa bahagian Eropah tersebut serta dianggarkan mempunyai lebih 50 cawangan.

Daim mengekalkan pemilikan bank-bank ini melalui rangkaian yang kompleks melibatkan entiti proksi berpangkalan di Indonesia, Afrika, Switzerland, Panama dan Eropah.

Kedudukan setiap cawangan yang merentas benua ini membolehkan beliau berselindung tanpa nama dan menyukarkan pihak berkuasa menjejaki kaitannya dengan sebarang bank tersebut.

Banyak bank di Afrika yang dikaitkan dengan Daim mempunyai dokumen berkaitan emas dan berlian yang disahihkan, selalunya melalui pelaburan dalam entiti pesisir dengan bantuan institusi kewangan di Switzerland, Arab Saudi dan UAE.

Bank-bank tersebut juga mengeluarkan bon antara satu sama lain melalui skim gadai janji sebagai cara memindahkan wang dari satu bank ke bank lain tanpa dikesan.

SUMBER: https://www.thecoverage.my/94/mahathir-tun-daim-banking-empire

A map of the world with red dots and blue lines

AI-generated content may be incorrect.

Tuntasnya, pendedahan menerusi laporan media dan beberapa individu sebelum ini menunjukkan dakwaan berkaitan Mahathir bukan hanya sekadar khabar angin.

Mahathir memiliki reputasi sebagai negarawan yang disegani sebelum ini.

Namun skandal seperti ini telah mencemarkan imejnya dan legasinya mungkin tidak akan disanjung lagi.

Rakyat tidak akan menghormati figura politik seperti Mahathir yang mengaut hasil negara demi kepentingan peribadi.

Sejarah juga telah membuktikan ahli politik yang terlibat dalam skandal kewangan bukan pilihan rakyat negara ini untuk disanjung.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...