Skip to main content

Generasi Muda Melayu Tak Yakin Naratif Mahathir



Melangkaui usia seabad, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah dijulang sebagai arkitek pemodenan negara.

Namun, di sebalik pencapaian berkenaan, strategi beliau untuk menyatukan golongan Melayu sering kali dilihat sebagai usaha yang gagal dan lapuk, terutamanya dalam konteks politik kontemporari.

Golongan muda, khususnya generasi Z (Gen-Z) dan milenial, semakin menolak naratif perkauman yang menjadi asas perjuangan beliau dan menyifatkannya sebagai simbol politik toksik serta obses dengan isu kaum dan agama.

Dalam era pasca-pandemik dan transformasi digital, golongan muda Melayu lebih terdedah kepada persekitaran bersifat global menerusi media sosial, pendidikan dan pengalaman.

Golongan itu tidak lagi melihat diri mereka semata-mata melalui lensa perkauman, sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada meritokrasi, keadilan sosial serta pembangunan inklusif. 

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/pandangan/2026/01/03/bagaimana-anak-muda-melihat-politik-malaysia



Perjuangan Melayu Mahathir mencapai kemuncaknya menerusi buku tulisannya iaitu The Malay Dilemma.

Dalam karya berkenaan, beliau mengkritik golongan Melayu sebagai 'malas' dan bergantung kepada bantuan kerajaan, sambil menyalahkan faktor sejarah serta kolonialisme.

Namun, naratif itu semakin dilihat sebagai barah pada abad ke-21.

Mahathir sering menggunakan retorik perkauman untuk mengukuhkan pengaruhnya, seperti mendakwa kaum bukan Melayu adalah tidak setia dan sebagainya.

Pada 2023, Mahathir mendakwa bahawa Melayu 'hilang segala-galanya' selepas beliau berundur sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Beliau juga mendakwa kerajaan ketika ini gagal menjaga kepentingan orang Melayu.

Tuduhan tersebut menggambarkan obsesi Mahathir terhadap isu perkauman, yang dilihat sebagai usaha untuk memastikan beliau terus relevan dalam politik. 

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1121976/dr-mahathir-cuba-bawa-naratif-baru-bersifat-perkauman



Penubuhan Jawatankuasa Sekretarit Orang Melayu pada Jun 2025 bersama PAS dan Bersatu gagal mencetuskan impak.

Tiada agenda yang konkrit selain slogan penyatuan dan sambutan orang Melayu hambar kerana mereka letih dengan naratif yang berulang selain ramai melihat usaha tersebut sebagai strategi peribadi Mahathir untuk kekal relevan semata-mata.

Usaha lain seperti himpunan dan proklamasi mengaitkan dengan perjuangan orang Melayu juga berakhir dengan kegagalan.

Acara dibatalkan, sambutan dingin dan mesej tidak sampai kepada golongan muda Melayu.

Mahathir turut mengaitkan isu Perjanjian Timbal Balas Perdagangan Malaysia–Amerika Syarikat (ART) serta Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) sebagai ancaman kepada orang Melayu.

Namun, golongan muda Melayu melihat potensi ART khususnya dalam soal peluang pekerjaaan, bukannya bersifat penjajahan moden.

Mereka juga menyifatkan PSB sebagai satu peluang memperbaiki taraf hidup golongan Melayu di kawasan bandar. 

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/perjanjian-art-malaysia-sokong-perdagangan-stabil-tengku-zafrul-548078



Golongan muda Melayu kini merupakan generasi digital yang berhadapan dengan ledakan teknologi, media sosial, dan pengaruh budaya global yang pesat.

Mereka prihatin terhadap masa depan bangsa, politik, ekonomi, serta sosial untuk kemajuan dan perubahan.

Terdapat kelompok muda, termasuk profesional dan graduan, yang serius memikirkan nasib dan masa depan orang Melayu dalam bidang ekonomi serta sosial.

Justeru, tidak mustahil mereka menolak sekeras-kerasnya naratif perkauman Mahathir yang tidak lagi 'masuk akal' pada era ini.

Mereka turut sering mengkritik Mahathir di media sosial kerana membawa politik usang yang berpotensi menghalang kemajuan negara. 

Bagi mereka, Mahathir sengaja cuba untuk memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini sedangkan isu lebih penting seperti tahap kemiskinan dan ketidaksamaan ekonomi wajar diberi perhatian. 

SUMBER: https://www.utusan.com.my/premium/2024/08/politik-lapuk-tidak-sesuai-tarik-minat-gen-z/



Tuntasnya, strategi penyatuan Melayu Mahathir gagal menembusi golongan muda Melayu.

Generasi muda lebih terarah kepada usaha para pemimpin negara menyelesaikan isu ekonomi dan sosial daripada membuang tenaga menyebarkan naratif perkauman sepanjang masa.

Naratif Mahathir tidak lagi relevan dengan aspirasi belia Melayu hari ini, sekali gus menonjolkan imej beliau sebagai simbol politik toksik yang gagal memahami realiti baharu generasi pada masa kini.

Masa depan politik Melayu bukan lagi tentang 'survival melibatkan kaum' tetapi tentang keadilan sosial dan peluang ekonomi yang lebih progresif. 

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...