Skip to main content

Mahathir Gagal Sebagai Penasihat PN

  

Arena politik Malaysia digemparkan dengan krisis dalaman membabitkan gabungan Perikatan Nasional (PN) pada akhir tahun lalu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai pengerusi gabungan tersebut berkuatkuasa 1 Januari lalu selepas berlaku kehilangan sokongan dalam kalangan ahli terhadap beliau.

Krisis dalaman berkenaan semakin memuncak apabila berlaku konflik kepimpinan dalam kerajaan Perlis pada akhir tahun lalu.

Bersatu berjaya mengekalkan jawatan Menteri Besar di Perlis tetapi PAS muncul sebagai kuasa dominan dalam gabungan terbabit.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan bahawa Pengerusi PN seterusnya akan dicalonkan daripada kepimpinan parti itu, menandakan berlakunya peralihan kuasa yang jelas dalam PN.

Konfilk tersebut sekali gus melemahkan PN menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) selain menimbulkan persoalan jelas tentang usaha penyatuan Melayu yang sering digembar-gemburkan.

SUMBER: https://www.suarakeadilan.my/post/krisis-politik-perlis-pas-pn-salah-percaturan

Pada 2023, PN melantik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat tidak rasmi di empat buah negeri pentadbirannya.

Mahathir dilantik untuk memberikan nasihat mengenai tatakelola berkesan untuk memastikan kumpulan itu diuruskan dengan efektif.

Namun kehadirannya tidak membawa sebarang perubahan positif.

Sebaliknya, perbalahan antara Mahathir dan Muhyiddin pada membabitkan tuduhan mencuri wang pada Disember 2025, menunjukkan keretakan hubungan dalam usaha penyatuan tersebut.

Tuduhan itu hanya menambahkan api dalam konflik dalaman Bersatu.

Dakwaan berkenaan dilihat sebagai cubaan untuk mengembalikan pengaruh peribadi Mahathir dan bukannya usaha untuk memperjuangkan kepentingan Melayu secara dasarnya.

Mahathir juga pernah menyatakan bahawa parti-parti Melayu tidak mampu menyatukan orang Melayu kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri.

Ironinya, kenyataan itu dilontarkan oleh individu yang sepatutnya menjadi penasihat kepada gabungan parti Melayu.

Kehadiran Mahathir lebih banyak mencetuskan polemik berbanding menyelesaikan masalah dalaman parti.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2025/12/18/muhyiddin-mahathir-clash-shows-cracks-in-malay-unity-push-says-analyst

Sejarah Mahathir dalam politik membabitkan isu berkaitan Melayu penuh dengan paradoks.

Beliau sering mengangkat dirinya sebagai pejuang orang Melayu terutamanya semasa era kepimpinan sebagai Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003 dan Perdana Menteri buat kali kedua (2018-2020).

Namun, melihat kepada rekod beliau sebagai pemimpin dalam parti politik Melayu, Mahathir kerap kali gagal untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan ahli.

Mahathir mengasaskan Bersatu pada 2016 sebagai respons terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tetapi parti itu segera menjadi medan pertempuran kepentingan peribadi.

Selepas Langkah Sheraton pada 2020 yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) digulingkan, beliau dipecat daripada Bersatu dan kemudian mengasaskan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Pejuang bagaimanapun gagal menarik minat pengundi Melayu ketika PRU-15 pada 2022 apabila tewas dalam semua kerusi yang ditandingi.

Mahathir juga kerap kali berkonfrontasi dengan pemimpin lain seperti yang berlaku antara beliau dan Muhyiddin sebelum ini.

Tindakan Mahathir itu melemahkan lagi kepercayaan pelbagai pihak terhadap keupayaannya untuk menyatukan mana-mana gabungan parti.

Pendekatan beliau yang lebih bersifat retorik tanpa strategi jelas menyebabkan seruan penyatuan Melayu sekadar slogan politik.

SUMBER: https://suara.tv/05/06/2025/tun-m-berulang-kali-gagal-satukan-orang-melayu-ini-khemah-longgar-tanpa-asas-perjuangan-jelas-umno-kedah/

Kegagalan Mahathir sebagai penasihat bukan sahaja menjejaskan kredibiliti PN, tetapi turut membuka ruang kepada pelbagai implikasi politik yang lebih serius.

Pertama sekali, Ketika Bersatu dan PAS sibuk bertelagah mengenai isu kepimpinan dan pengagihan kuasa, isu-isu nasional seperti ekonomi, kos sara hidup dan kebajikan rakyat terpinggir.

Hal ini menyebabkan PN kehilangan momentum untuk menampilkan diri sebagai alternatif yang meyakinkan kepada kerajaan sedia ada.

Implikasi lain yang berlaku adalah kesan terhadap sokongan bukan Melayu. Sebelum ini, Muhyiddin dilihat sebagai jambatan yang mampu menarik sokongan daripada segmen pengundi bukan Melayu.

Namun, dengan kehadiran Mahathir yang sering menekankan naratif Melayu, PN semakin sukar menampilkan imej yang inklusif.

Tanpa strategi yang jelas untuk mendekati pengundi bukan Melayu, PN berisiko terperangkap dalam politik sempit yang hanya bergantung kepada satu demografi.

Situasi itu bukan sahaja mengehadkan potensi mereka dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi juga menjejaskan usaha membina gabungan yang benar-benar bersifat nasional.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/749154/khas/pendapat/ketegangan-bersatu-pas-cabaran-dan-masa-depan-perikatan-nasional

Tuntasnya, kegagalan Mahathir sebagai penasihat mencetuskan satu hakikat yang pahit tetapi penting untuk dipelajari.

PN sepatutnya sudah membuka mata bahawa kehadiran Mahathir sebagai penasihat hanya menambah keretakan dalam gabungan itu seperti yang berlaku baru-baru ini.

Jika mereka benar-benar mahu bertahan sebagai gabungan politik yang relevan, PN perlu mencari kepimpinan baharu yang lebih pragmatik, inklusif dan berwawasan serta bebas daripada bayangan Mahathir.

Sekiranya perubahan itu tidak dilakukan, PN akan terus dilihat sebagai gabungan rapuh yang hanya bergantung kepada retorik penyatuan Melayu, tetapi gagal menawarkan solusi konkrit kepada rakyat Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...