Skip to main content

MUDA Bukan Pilihan Golongan Belia Lagi


Dalam tempoh dua minggu pertama April, dua pemimpin parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Sabah keluar dari parti berkenaan.

Pengerusi MUDA Sabah, Amos Thien Tze Tin meninggalkan parti berkenaan untuk menyertai DAP.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat merangkap Biro Strategik MUDA, Warence Mudin kemudiannya turut mengumumkan pengundurannya dari parti tersebut.

Pengunduran kedua-dua individu terbabit yang memegang jawatan penting dalam MUDA memberi gambaran jelas tentang masa depan MUDA.

MUDA kini bukan pilihan golongan muda untuk berjuang membawa suara rakyat di bawah panji parti tersebut.

Apakah yang menyebabkan MUDA bukan lagi pilihan golongan muda untuk menyuarakan aspirasi mereka?

https://www.sinarharian.com.my/article/657742/berita/politik/keahlian-amos-automatik-gugur-muda-sabah-tidak-terjejas

https://www.utusan.com.my/berita/2024/04/lagi-pemimpin-muda-keluar-parti-muda-berdepan-krisis/


'Permusuhan' antara MUDA dan parti lain meruncingkan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Sebagai sebuah parti yang kecil, jalinan kerjasama dalam membentuk gagasan atau gabungan adalah sangat penting dalam mendepani situasi politik tempatan.

MUDA bagaimanapun tidak 'mesra' dan sering mencetuskan perbalahan dengan parti-parti besar lain.

Ketika ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi Presiden, beliau sering

kali melontarkan tuduhan tidak berasas kepada parti-parti lain.

Antaranya adalah beliau melabel DAP sebagai anjing suruhan Barisan Nasional (BN) dan turut membuat tohmahan bahawa UMNO adalah dalang yang mengganggu ceramahnya di Johor pada 2022.

Tindakan kurang matang Syed Saddiq menjejaskan peluang MUDA untuk bekerjasama dengan parti-parti besar seperti boleh dilihat hari ini.

https://www.sinarharian.com.my/article/226428/berita/politik/tuduh-umno-ganggu-ceramah-syed-saddiq-perlu-mohon-maaf

https://malaysiagazette.com/2023/09/07/syed-saddiq-tuduh-dap-tiada-prinsip-gila-kuasa/


Latar belakang MUDA yang meragukan turut menjadi faktor golongan muda tidak percaya parti berkenaan serius tentang perjuangan politik mereka.

MUDA sebelum ini didakwa merupakan parti yang bergerak di bawah telunjuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dakwaan itu tercetus kerana Syed Saddiq merupakan mentee kepada Mahathir sewaktu mereka menjadi kerajaan pada 2018-2020.

Penglibatan beberapa nama yang dikaitkan dengan Mahathir dalam MUDA turut menjadi pertikaian orang ramai tentang perjuangan politik MUDA.

Antara ahli yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri berkenaan adalah anak kepada taikun, Dian Lee serta isteri Tun Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na’imah Abdul Khalid.

Susulan itu, orang ramai khususnya golongan muda tidak meyakini MUDA sebagai parti yang boleh membawa harapan baharu kepada negara ini.

https://www.thecoverage.my/5827/daim-wife-naimah-abdul-khalid-is-a-member-of-muda-party


Sesebuah parti hanya akan diingati apabila mereka melakukan perubahan yang signifikan kepada rakyat.

Pastinya, individu yang menggerakkan parti adalah tunjang utama kepada kejayaan tersebut.

Namun, sayang bagi MUDA apabila mereka masih gagal membentuk kelompok pemimpin yang berwibawa serta berkarisma.

Sebelum ini, MUDA terpalit dengan kontroversi apabila salah seorang calonnya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri dikecam kerana menghina Orang Kurang Upaya (OKU) di media sosial.

Kesilapan MUDA yang gagal menapis portfolio atau identiti calon pemimpin politik parti tersebut mengecewakan ramai pihak.

MUDA juga turut tewas dalam semua kerusi PRN kerana manifesto yang dibawa setiap calon parti tersebut kurang memberikan impak besar di mata rakyat.

https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-muda-kalah-teruk-hilang-semua-deposit-tapi-432736

https://www.sinarharian.com.my/article/270658/berita/politik/calon-muda-tarik-diri-bertanding-kerusi-dun-repah


Tuntasnya, memasuki tahun keempat MUDA dalam arena politik tempatan, parti tersebut seharusnya sudah memasuki 'gear lima' untuk menambat hati rakyat.

Seribu kali sayang, parti tersebut bagaimanapun masih belum menjumpai 'senjata' mereka untuk meraih perhatian orang ramai.

Seharusnya sebagai sebuah parti yang dibarisi golongan belia, MUDA hadir dengan idea lebih malar segar dan menghidupkan kancah politik Malaysia.

Namun, MUDA tidak radikal dan parti itu tampak hilang arah ketika ini atas beberapa faktor yang dinyatakan.

MUDA tidak memiliki banyak masa kerana Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) mungkin berlaku dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...