Skip to main content

'Peranan' Mahathir Jatuhkan Penggantinya

Dalam sejarah politik Malaysia moden, jarang ada tokoh yang bayang-bayangnya kekal begitu lama selepas meninggalkan Putrajaya berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu masih menjadi watak sentral dalam setiap wacana politik negara namun bukan sebagai pemerhati semata-mata, tetapi pemain aktif yang terus mencorakkan dan lebih kerap menggugat kestabilan pentadbiran para penggantinya.

Fenomena itu bukan sekadar anekdot politik.

Situasi berkenaan menjadi corak pengulangan yang boleh dikesan sejak 2003, apabila Mahathir meletakkan jawatan buat kali pertama sehinggalah saat artikel ini ditulis pada pertengahan 2026.

Persoalan yang wajar diajukan bukanlah sama ada Mahathir berhak menyuarakan pandangan sebagai seorang warganegara Malaysia dan bekas pemimpin.

Persoalan yang lebih relevan adalah sejauh manakah kekerapa kritikan beliau terhadap para penggantinya telah menjejaskan kestabilan politik negara?

Adakah kritikan itu mencerminkan keprihatinan beliau sebagai seorang negarawan yang berpangkat 'senior' atau sebaliknya enggan melepaskan cengkaman terhadap kuasa yang pernah digenggam selama lebih dua dekad?

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2025/07/19/anwar-bidas-tun-m-masih-campur-tangan-hal-politik-negara/ 

Untuk memahami situasi berkenaan secara adil, perlu dilihat dahulu skala dan konsistensi tingkah laku tersebut merentasi lima Perdana Menteri yang mengambil alih kepimpinan negara selepas Mahathir meletakkan jawatan pada 2023.

Allahyarham Tan Sri Abdullah Ahmad Badawi pengganti pilihan Mahathir sendiri, menjadi sasaran kritikan daripada beliau kurang daripada tiga tahun selepas mengambil alih teraju kerajaan.

Isu skandal Datuk Mohd Zaid Ibrahim, projek 'gah tetapi gagal' seperti Jambatan Bengkok, serta gaya kepimpinan Abdullah yang dianggap Mahathir 'terlalu perlahan', membawa kepada kempen kritikan berterusan Mahathir sehingga menyumbang kepada peletakan jawatan Abdullah pada 2009.

Datuk Seri Najib Razak turut tidak terlepas walaupun pada mulanya Mahathir menyokong pelantikan Najib.

Namun, hubungan itu retak selepas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tercetus pada 2015, sehingga Mahathir sendiri keluar UMNO dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai platform untuk menjatuhkan kerajaan pada masa itu.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/659484

Kemuncak situasi itu berlaku semasa dan selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada 2018-2020.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang pernah menjadi sekutu rapat Mahathir dalam Pakatan Harapan (PH), turut menjadi sasaran selepas peristiwa 'Langkah Sheraton' pada Februari 2020.

Langkah Sheraton merupakan sebuah 'episod' yang ironinya turut melibatkan Mahathir sendiri sebagai salah seorang watak utama dalam pergolakan politik tersebut.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang memegang jawatan Perdana Menteri hanya selama 17 bulan, turut tidak terlepas daripada kritikan Mahathir mengenai kestabilan kerajaannya yang bergantung kepada Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PH.

Kini, corak yang sama berulang terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ironinya, Anwar merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah dipecat dan dipenjarakan oleh Mahathir sendiri pada 1998, sebelum kedua-dua mereka berdamai secara sementara untuk menjatuhkan Najib pada 2018.

Sejak Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada November 2022, Mahathir telah berulang kali mengkritik pentadbirannya, termasuk isu kos sara hidup, susunan pentadbiran Kabinet dan yang paling ketara, saman fitnah bernilai RM150 juta yang difailkan beliau terhadap Perdana Menteri tersebut pada Mei 2023.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2022/11/09/sebelum-langkah-sheraton-ada-usaha-lain-tukar-kerajaan-ph/

Kritikan berterusan Mahathir terhadap para penggantinya perlu dinilai dalam konteks impak yang sebenarnya terhadap landskap politik negara, bukannya sekadar sebagai polemik peribadi.

Kritikan Mahathir sering kali menjadi penyumbang kepada gerakan bantahan jalanan daripada pembangkang.

Himpunan 'Turun Anwar' yang berlangsung pada 26 Julai 2025 turut disertai Mahathir bersama Muhyiddin, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan beberapa pemimpin pembangkang lain menuntut supaya Anwar meletakkan jawatan berikutan kenaikan kos sara hidup, pelaksanaan Akta Pembaharuan Semula Bandar serta kegagalan menunaikan janji reformasi.

Selain itu, kekerapan kritikan Mahathir digambarkan sebagai 'keletihan naratif' dalam kalangan rakyat.

Sepanjang beberapa dekad kebelakangan ini, Mahathir tidak putus-putus mendakwa bahawa perpecahan dalam kalangan orang Melayu adalah kekalahan bagi kaum tersebut.

Namun, ironinya, jejak politik Mahathir sendiri sejak 2016 menjadi antara penyumbang utama kepada perpecahan yang beliau kerap kritik.

Dalam tempoh kurang sedekad, Mahathir telah menjadi individu penting dalam penubuhan atau penyertaan sekurang-kurangnya tiga parti berasaskan Melayu yang berbeza.

Apabila individu yang paling lantang menyeru berhubung 'perpaduan Melayu' turut menjadi tokoh yang paling kerap menubuhkan parti baharu setiap kali berselisih dengan rakan politik sebelumnya, seruan tersebut secara beransur-ansur kehilangan daya pujukan di mata rakyat, walau betapa ikhlas sekalipun niat di sebaliknya.

Kredibiliti sesebuah kenyataan politik, pada akhirnya, dinilai bukan sekadar daripada kandungannya, tetapi juga daripada konsistensi antara kata dan tindakan penyampainya.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-politik/tun-mahathir-akui-gagal-satukan-orang-melayu

Tuntasnya, tidak dinafikan, dalam sistem demokrasi berparlimen, setiap warganegara termasuk bekas Perdana Menteri memiliki hak untuk mengkritik dasar kerajaan, menyuarakan kebimbangan dan mencabar sebarang langkah pentadbiran semasa.

Ini adalah asas kepada semak dan imbang yang sihat dalam mana-mana demokrasi bersifat matang.

Namun, terdapat perbezaan asas antara kritikan berprinsip yang berlandaskan bukti dan kepentingan awam, dengan corak kritikan berterusan yang kelihatan mengikut satu formula tetap: menyokong seorang calon Perdana Menteri, membantu pelantikan, kemudian berpaling menentang mereka dalam tempoh yang agak singkat apabila arah dasar pentadbiran tidak selari dengan kehendak peribadi Mahathir.

Apabila corak sedemikian berulang secara konsisten merentasi pelbagai pemimpin dengan latar belakang ideologi dan gaya kepimpinan yang berbeza-beza, situasi itu mencetuskan persoalan yang lebih mendalam.

Adakah puncanya terletak pada kegagalan kelima-lima pemimpin tersebut atau pun adakah mencerminkan kesukaran seorang bekas pemimpin yang memerintah selama 22 tahun untuk menerima hakikat bahawa kuasa sebenar kini terletak di tangan orang lain?

Legasi sebenar seorang ahli politik dinilai bukan sekadar daripada pencapaiannya ketika berkuasa, tetapi juga cara beliau mengurus peralihan kuasa dan menghormati ruang bagi generasi pemimpin seterusnya untuk mentadbir sebarang gangguan berterusan.

Comments

Popular posts from this blog

Kes Mahkamah Syed Saddiq, Peluang Baharu Muar?

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkemungkinan memiliki tempoh singkat memegang jawatan berkenaan. Kes penyelewengan dana parti melibatkan Syed Saddiq masih dalam proses rayuan. Namun sekiranya Syed Saddiq didapati bersalah, maka jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen secara automatik akan tergugur. Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000. Justeru, muncul persoalan penting yang perlu dibincangkan. Adakah pengguguran automatik jawatan Syed Saddiq sebagai ahli Parlimen, sekiranya didapati bersalah, merupakan satu kelegaan serta peluang emas buat para pengundi di Muar? SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1204715/syed-saddiq-masih-nantikan-tuntutan-peruntukan-parlimen-muar Walaupun beliau sering tampil dengan imej pemimpin muda yang progresif, hakikatnya prestasi Syed Saddiq sebagai ahli Parlime...

Mahathir Tries To Rewrite History, Again

It is a moment thick with irony—Tun Dr Mahathir Mohamad, whose criticisms hastened the political demise of his successor, Tun Abdullah Ahmad Badawi, now standing solemnly at the National Mosque to pay his final respects. With words of tribute, Mahathir described Abdullah as a leader who secured "one of the most remarkable victories in history" during the 2004 general election and praised his peaceful exit. But let us not rewrite history to suit sentiment. Dr Mahathir, now approaching 100, was once Abdullah's most unrelenting critic. Mahathir's loud and persistent attacks from outside the government sowed dissent within UMNO and the public alike, setting in motion the events that would lead to Abdullah's resignation in 2009. At every turn, Mahathir questioned Abdullah's leadership, direction, and integrity—relentlessly hammering away at the legitimacy of his successor's tenure. And yet today, he praises the very qualities he once disparaged. Abdullah, known...

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...