Skip to main content

Penyatuan Melayu Hanya Slogan Kosong Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mengatakan seorang calon Perdana Menteri mestilah individu yang mampu menyatukan orang Melayu.

Kenyataan itu seolah-olah logik dalam konteks politik Malaysia, apabila orang Melayu merupakan kelompok majoriti dan penyatuan mereka dianggap kunci kestabilan politik.

Namun, apabila meneliti rekod pemerintahan Mahathir sepanjang lebih dua dekat bergelar Perdana Menteri, beliau sendiri gagal membuktikan kemampuannya menyatukan orang Melayu.

Sebaliknya, Mahathir lebih dikenali kerana mengutamakan kepentingan kroni termasuk keluarganya.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/659484

Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat pada 1981 bersandarkan imej sebagai pemimpin moden yang mahu membawa Malaysia ke arah pembangunan pesat.

Namun, di sebalik retorik pembangunan bangsa, era pemerintahannya menyaksikan perpecahan politik Melayu yang semakin ketara.

Pada 1987, berlakunya pertembungan antara Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah sehingga membawa kepada perpecahan dalam parti UMNO.

Akibatnya, lahirlah parti Semangat 46 yang menjadi simbol perpecahan UMNO serta orang Melayu pada ketika itu.

Selain itu, Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang diteruskan oleh Mahathir hanya menguntungkan segelintir golongan elit Melayu dan kroni politik Mahathir.

Golongan bawahan Melayu masih ketinggalan, menyebabkan jurang ekonomi antara orang Melayu dan kaum lain semakin melebar.

Begitu juga apabila Mahathir melaksanakan projek mega seperti Menara Berkembar Petronas dan kenderaan Proton.

Projek-projek itu sekian lama menjadi kritikan kerana lebih menguntungkan kroni korporat Mahathir berbanding rakyat Melayu secara keseluruhannya.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2023/06/29/nasib-melayu-gagal-semasa-tun-m-berkuasa/

Selepas 15 tahun bersara, Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri pada 2018 melalui Pakatan Harapan (PH).

Ramai pemerhati politik dan rakyat melihat 'kepulangan' beliau sebagai peluang kedua untuk membuktikan kepimpinannya terutamanya dalam soal penyatuan orang Melayu.

Namun malangnya, perkara itu tidak berlaku sepanjang 22 bulan beliau menjadi Perdana Menteri ketujuh.

Pada dasarnya, gabungan PH bukan berasaskan penyatuan Melayu, namun merupakan kerjasama politik pelbagai kaum.

Mahathir ketika itu hanya menggunakan momentum sentimen rakyat yang menolak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kembali berkuasa.

Pada 2020, sokongan terhadap kepimpinan Mahathir kian merosot apabila beliau sekali lagi gagal menyatukan parti politik Melayu sehingga menyebabkan kerajaan PH tumbang.

Malahan, kemarahan orang Melayu ketika itu menerusi beberapa kontroversi seperti Statut Rom, isu kenyataan 'ketuanan Melayu' dan kegagalan menunaikan manifesto menyebabkan Mahathir digesa mengundurkan diri.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/columns/465577

Selepas peletakan jawatannya daripada Bersatu pada 2020, Mahathir menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan kemudiannya menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dengan alasan untuk memperjuangkan orang Melayu.

Kedua-dua parti itu bagaimanapun gagal mendapat sokongan besar orang Melayu.

Tindakan Mahathir yang menubuhkan parti baharu hanya mengundang perpecahan dalam kalangan ahli politik Melayu serta rakyat.

Mahathir turut melancarkan gerakan seperti Proklamasi Orang Melayu dan Sekretariat Orang Melayu dengan tujuan kononnya untuk memperjuangkan orang Melayu yang didakwa ditindas di negara ini.

Namun, usaha tersebut tidak mendapat sambutan besar kerana rakyat melihatnya sekadar retorik politik tanpa pelan tindakan yang jelas daripada Mahathir.

SUMBER: https://harakahdaily.net/2020/08/09/parti-baru-tun-mahathir-akan-gagal/

Tuntasnya, Mahathir sendiri gagal membuktikan bahawa beliau mampu menyatukan orang Melayu sepanjang era pemerintahannya.

Sebaliknya, Mahathir 'lebih berminat' mengutamakan kroninya termasuk ahli keluarganya selain memberi fokus kepada projek mega yang menguntungkan golongan elit semata-mata.

Walaupun beliau sering melaungkan retorik penyatuan orang Melayu sampai ke hari ini, namun naratif berkenaan tidak lebih daripada slogan kosong.

Mahathir tidak dipandang sebagai simbol penyatuan Melayu di negara ini.

Beliau sebaliknya merupakan simbol bagaimana tindakan mementingkan kroni dan dalang kepada perpecahan politik terus melemahkan bangsa Melayu di Malaysia. 

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...