Skip to main content

Dasar Penswastaan Mahathir Bebankan Rakyat, Negara

Dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1980-an sering dipromosikan sebagai langkah strategik untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi Malaysia.

Melalui pendekatan tersebut, pelbagai aset dan perkhidmatan awam dipindahkan kepada sektor swasta dengan alasan meningkatkan kecekapan serta mengurangkan beban kewangan kerajaan.

Namun, selepas lebih tiga dekad, realiti yang muncul jauh lebih kompleks dan penuh kontroversi.

Banyak projek penswastaan yang dilaksanakan pada era tersebut menimbulkan persoalan besar mengenai ketelusan, monopoli kroni dan penggunaan wang rakyat untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal.

Projek lebuh raya, tenaga, telekomunikasi dan penerbangan menjadi contoh utama dasar berkenaan membuka ruang kepada keuntungan besar jangka panjang kepada syarikat tertentu, tetapi pada masa sama meningkatkan beban tarif kepada rakyat.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2018/07/16/no-privatisation-of-khazanah-please

Antara projek penswastaan paling kontroversi pada era Mahathir ialah pembinaan Lebuhraya Utara–Selatan yang diberikan kepada United Engineers (M) Bhd (UEM) tanpa proses tender terbuka.

UEM dikawal oleh Tan Sri Halim Saad iaitu kroni rapat kepada Mahathir, dikatakan memiliki akses awal kepada pelan projek tersebut.

Pada asalnya, konsesi lebuh raya tersebut diberikan selama 30 tahun, namun kemudian dilanjutkan sehingga 50 tahun (hingga 2038) melalui beberapa rundingan semula dengan kerajaan.

Walaupun kos pembinaan awal sekitar RM5.9 bilion, laporan menyatakan bahawa jumlah kutipan tol bagi Lebuhraya Utara–Selatan sahaja telah mencecah RM36.39 bilion sehingga 2015, jauh melebihi kos pembinaan asal.

Selain itu, kerajaan juga terpaksa membayar pampasan yang dianggarkan mencecah RM917 juta sehingga 2025 kepada syarikat konsesi apabila kenaikan tol ditangguhkan.

Lebih kontroversi lagi, krisis kewangan Asia 1997 menyaksikan kerajaan terpaksa campur tangan bagi menyelamatkan UEM dan Kumpulan Renong.

UEM dan Kumpulan Renong dilaporkan menanggung hutang sekitar RM20 hingga RM28 bilion, memaksa kerajaan campur tangan bagi menstabilkan sistem kewangan negara.

Mahathir melaksanakan bail-out tidak langsung melalui Khazanah Nasional, yang mengambil alih aset Renong dan UEM pada 2001 dengan menggunakan dana awam sebanyak RM3.8 bilion.

SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2016/11/04/guan-eng-abolish-north-south-highway-toll-rates

Projek lain yang turut mencetuskan kontroversi ketika era Dasar Penswastaan Mahathir adalah melibatkan pembekalan tenaga elektrik negara.

Mahathir ketika itu dikatakan melaksanakan situasi 'black out' seluruh negara pada 1992 yang bertujuan mewujudkan Penjana Tenaga Bebas (IPP) di negara ini.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah kerajaan Mahathir ketika itu memaksa syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerahkan tanah di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.

TNB diberi amaran oleh EPU sekiranya loji berkenaan tidak disiapkan dalam tempoh tertentu, Malaysia akan mengalami satu lagi kejadian ‘black out’.

Selepas peristiwa 'black out' itu, TNB menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit (kwh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit.

Namun, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen seunit yang menyebabkan TNB perlu mengenakan caj dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit.

Keadaan itu menyebabkan 20 juta pengguna pada tahun-tahun tersebut tiada pilihan dan terpaksa membayar kenaikan tarif elektrik.

Tambah memburukkan keadaan, berdasarkan laporan tahunan Petronas pada 2008, IPP mendapat subsidi gas berjumlah RM8.1 billion, manakala TNB pula memperoleh sebanyak RM5.7 billion.

Subsidi tersebut mencetuskan kontroversi kerana lebih 40 peratus daripada lebihan kapasiti yang dijana setiap tahun adalah menyebabkan pembaziran semata-mata kerana Malaysia tidak memiliki teknologi penyimpanan bekalan.

SUMBER: https://m.aliran.com/web-specials/2012-web-specials/apakah-kerugian-kerajaan-dalam-penswastaan-aset-kerajaan-kes-tenaga-nasional-bhd

Pada 1994, kerajaan menjual pegangan saham sebanyak 29% dalam syarikat penerbangan MAS kepada Tan Sri Tajudin Ramli pada harga RM8 sesaham, walaupun harga pasaran ketika itu lebih rendah.

Tajudin yang merupakan kroni rapat Mahathir, melakukan pembelian saham berkenaan dengan menggunakan pinjaman berjumlah RM1.79 bilion daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Bank Bumiputra dan institusi lain.

Proses pembelian berkenaan dilakukan tanpa tender terbuka dan Tajudin dikatakan 'dipilih' untuk mengambil alih MAS bagi 'menyelamatkan' syarikat tersebut.

Namun, pemerhati politik dan ekonomi menyifatkan tindakan Mahathir itu sebagai salah satu contoh kapitalisme yang menguntungkan kroni, apabila aset negara dijual murah kepada individu tertentu.

Di bawah pengurusan Tajudin, MAS mengalami kerugian terkumpul melebihi RM8 bilion menjelang 2001 selain wujud dakwaan salah urus dan penyalahgunaan dana syarikat ketika membabitkan beliau ketika itu.

Pada Disember 2000 kerajaan membeli semula pegangan 29% Tajudin dalam MAS pada harga RM8 sesaham, walaupun harga pasaran ketika itu hanya sekitar RM3.08 sesaham.

Kerajaan Mahathir membayar premium hampir dua kali ganda, yang dilihat sebagai bail-out secara langsung kepada Tajudin.

Mahathir ketika itu mendakwa bahawa pembelian semula saham MAS adalah untuk menyelamatkan syarikat itu dan aset negara, namun pelbagai pihak menyifatkan tindakan itu sebagai cara beliau menyelamatkan kroni dengan menggunakan wang pembayar cukai.

Tajudin kemudiannya mendedahkan beliau dipaksa untuk membeli saham MAS atas arahan Mahathir dan kemudian diarahkan menjual balik pegangan syarikat tersebut pada 2001.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/508236

Tuntasnya, Dasar Penswastaan lebih banyak mencetuskan kontroversi daripada memberi manfaat sebenar kepada rakyat.

Dasar ini dilaksanakan oleh Mahathir dengan alasan mahu mengurangkan beban kewangan kerajaan. Namun ironinya, mengapa akhirnya kerajaan pula yang terpaksa menanggung risiko kegagalan syarikat swasta menggunakan dana awam?

Kontrak dan pegangan syarikat swasta pula diagihkan kepada individu atau firma terpilih melalui pemberian tender secara terus, malah ada yang bersifat ‘paksaan’.

Kontroversi seperti UEM, Renong dan MAS telah merosakkan tadbir urus korporat negara, menyebabkan pelabur asing hilang keyakinan dan ringgit merudum daripada RM2.40 ke RM4.90 bagi setiap dolar Amerika ketika krisis ekonomi 1997–1998.

Hutang negara yang kini mencecah lebih RM1 trilion berakar daripada tindakan bail-out kroni Mahathir dan beban itu akhirnya terpaksa dipikul oleh penggantinya.

Rakyat pula dipaksa menanggung beban hutang melalui kenaikan pelbagai tarif, semata-mata untuk ‘mengayakan’ kroni-kroni Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...

Laluan Sukar Syed Saddiq Kekalkan Kerusi Muar

Baru-baru ini, penganalisis politik meramalkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memiliki peluang baik untuk mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon. Syed Saddiq dijangka boleh mengekalkan kerusi itu jika berlaku perpecahan undi antara BN dan PH. Namun, perkara itu dilihat sebagai mustahil dengan mengambil kira beberapa faktor penting dalam arena politik tempatan ketika ini. Ada juga penganalisis yang berpendapat PKR berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi kerusi Muar sekiranya bertanding menentang Syed Saddiq. SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/701802/berita/politik/amanah-johor-cadang-kerusi-parlimen-muar-dun-puteri-wangsa-ditandingi-ph Kemenangan Syed Saddiq di Muar dalam dua pilihan raya sebelum ini banyak dibantu dengan sokongan jentera gabungan PH. Pada PRU-14, Syed Saddiq menang selesa dengan majoriti 6,953 undi. Namun pada PRU-15, beliau mengekalkan ...