Skip to main content

MUDA Hanya 'Personal Brand' Syed Saddiq


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memberi laluan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kembali memimpin parti tersebut sebagai Presiden.

Meskipun kenyataan berkenaan mungkin disambut baik oleh penyokong tegar parti berkenaan, namun wujud persoalan di sebaliknya.

Adakah pertimbangan itu memberi petanda bahawa MUDA sebenarnya tidak mampu untuk bertahan tanpa Syed Saddiq?

Apakah benar MUDA selama ini hanyalah sebuah parti yang bergantung sepenuhnya kepada persona seorang individu dan bukan atas dasar kekuatan kolektif, struktur kukuh mahu pun idealisme politik yang mantap?

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-politik/muda-tawar-semula-jawatan-presiden-kepada-syed-saddiq-526800


Pengunduran Syed Saddiq daripada jawatan Presiden selepas disabitkan bersalah dalam kes pecah amanah dan pengubahan wang haram sebelum ini, merupakan langkah yang sedikit melegakan dari segi integriti parti.

Namun, selepas Syed Saddiq dibebaskan daripada tuduhan berkenaan, parti itu mahu kembali ke 'pangkuan' figura yang sama.

Langkah itu memberi isyarat jelas bahawa MUDA kekurangan barisan pelapis pemimpin yang mampu berdiri atas kekuatan sendiri.

Pemimpin pelapis seperti Amira Aisya atau Lim Wei Jiet masih gagal mencipta impak besar di pentas nasional.

Naratif bahawa MUDA adalah Syed Saddiq dan Syed Saddiq itu MUDA, semakin sukar disangkal.

Jika dilihat dari prestasi beberapa pilihan raya terdahulu, MUDA masih belum menampakkan rekod yang meyakinkan.

Ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), MUDA hanya memenangi satu kerusi Parlimen iaitu Muar.

Syed Saddiq menang atas tiket pengaruhnya sebagai pemimpin yang dikenali dan lebih popular.

Selebihnya, calon-calon MUDA di seluruh negara bukan sahaja kalah, tetapi kebanyakannya hilang wang deposit.

Malah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2023, MUDA gagal memenangi sebarang kerusi dan sukar mencabar calon-calon parti lain.

Ini membuktikan bahawa strategi 'politik baharu' yang kononnya diperjuangkan masih belum mendapat tempat di hati pengundi.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-muda-kalah-teruk-hilang-semua-deposit-tapi-432736


Selain itu, walaupun Syed Saddiq dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram, namun imej buruknya dalam kalangan rakyat masih belum dibersihkan.

Persepsi orang ramai adalah penting, lebih-lebih lagi dalam politik Malaysia.

Rakyat ketika ini menilai setiap calon wakil rakyat berdasarkan nilai moral dan kredibiliti.

Ramai melihat Syed Saddiq sebagai pemimpin muda yang terpalit dengan banyak kontroversi.

Walaupun beliau dibebaskan, rakyat tidak mudah untuk melupakan kes tersebut.

Dalam dunia politik, reputasi adalah sesuatu yang sukar untuk dipulihkan dalam tempoh singkat.

SUMBER: https://thevocket.com/syed-saddiq-didakwa-menipu-dalam-pertandingan-triathlon-desaru-2024/


Hakikatnya, MUDA berada di persimpangan, sama ada ingin terus menjadi parti yang bergantung kepada seorang figura atau membina entiti yang lebih kukuh dan relevan untuk jangka masa panjang.

Kembalinya Syed Saddiq sebagai Presiden parti mungkin akan memberi kelegaan buat jangka masa pendek.

Namun tanpa asas akar umbi yang kukuh, struktur dalaman yang berfungsi sepenuhnya serta perjuangan dasar yang relevan, MUDA akan terus menjadi parti 'sendu'.

Lebih malang, sekiranya parti tersebut masih percaya hanya seorang figura boleh menyelamatkan mereka, maka MUDA bukanlah parti berteraskan reformasi, tetapi sekadar 'jenama peribadi' buat Syed Saddiq. 

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...