Skip to main content

Impak Siasatan SPRM Terhadap Keluarga Mahathir, Tun Daim


Sejak tahun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap individu berprofil tinggi berhubung pelbagai dakwaan salah guna wang.

Individu yang menjadi perhatian adalah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; Tan Sri Mohkzani Mahathir dan Mirzan Mahathir.

Ketiga-tiga mereka disiasat atas pelbagai dakwaan. Sehingga artikel ini ditulis, SPRM mengesahkan bahawa ketiga-tiga mereka masih belum mengisytiharkan harta seperti diarahkan.

Tun Daim sebelum ini mendakwa siasatan terhadap beliau adalah berunsur politik namun mengikut pertuduhan mahkamah, bekas Menteri Kewangan itu gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan 70 aset serta satu akaun bank.

Isteri kepada Tun Daim, Toh Puan Na'imah Khalid turut didakwa di mahkamah atas kesalahan sama.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa siasatan terhadap dua anaknya, Mirzan dan Mokhzani adalah disebabkan kerajaan mahu menjatuhkan beliau.

Dakwaan itu bagaimanapun disangkal oleh kerajaan yang menegaskan siasatan SPRM dilakukan secara bebas dan berkecuali tanpa campur tangan mana-mana pihak.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/01/1205116/selepas-mirzan-mokhzani-pula-disiasat-sprm

https://www.buletintv3.my/nasional/tun-daim-masih-disiasat-atas-kesalahan-rasuah-gubah-wang-haram-azam-baki/

https://www.malaysiakini.com/news/694074


Secara zahirnya, siasatan melibatkan individu berprofil tinggi merupakan satu langkah penting dalam mengendalikan tadbir urus dan integriti kerajaan.

Dalam era di mana persepsi rasuah dan salah guna kuasa semakin meningkat, tindakan tegas serta telus SPRM terhadap keluarga Mahathir serta Tun Daim menunjukkan kepada rakyat bahawa tiada siapa yang berada di atas undang-undang.

Langkah berkenaan turut akan mengukuhkan asas demokrasi dan keadilan sosial, serta memberi amaran kepada semua individu termasuk Mahathir dan Tun Daim bahawa meskipun mereka berada pada hierarki lebih tinggi, perlu bertanggungjawab terhadap perbuatan diri sendiri.

Perkara ini penting untuk generasi pada masa hadapan dalam mengekang penyalahgunaan kuasa demi kepentingan peribadi selain memastikan integriti serta ketelusan menjadi tunjang utama pentadbiran negara.

Tambahan pula, pendekatan ini membantu memulihkan kepercayaan dan harapan rakyat terhadap sistem keadilan negara.

Rakyat sejak beberapa tahun kebelakangan ini menginginkan kes rasuah dibasmi sehabis-habisnya.

Situasi itu boleh dilihat menerusi suara rakyat ketika melakukan undian pada pilihan raya sebelum ini. Rakyat hanya mahu kerajaan yang bersih tanpa sebarang penglibatan dalam rasuah dan boleh melakukan tugas demi rakyat.

SUMBER: https://selangorkini.my/2019/03/rakyat-mahu-kerajaan-bersih-telus-dan-bertanggungjawab/


Siasatan terhadap keluarga Mahathir dan Tun Daim akan menjadi pemangkin kepada pembaharuan seterusnya dalam sistem politik serta ekonomi negara.

Rasuah memberi kesan buruk yang meluas terutamanya kepada pertumbuhan ekonomi dan keadilan sosial.

Dengan mengenalpasti kelemahan dalam sistem yang menyebabkan rasuah berleluasa, kerajaan boleh melaksanakan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jenayah seumpamanya terjadi pada masa hadapan.

Usaha tersebut bakal mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif kepada pertumbuhan negara yang mampan.

Kerajaan juga dapat menggunakan sumber negara dengan efisien tanpa sebarang ketirisan dan disalurkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat semata-mata.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2024/01/01/rakyat-memang-tunggu-tun-m-daim-disiasat-sprm-puad/


Langkah SPRM menyiasat individu berprofil tinggi seperti keluarga Mahathir dan Tun Daim akan meningkatkan imej negara dalam usaha membasmi rasuah di mata dunia.

Malaysia ketika ini berada di tempat ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah, dikeluarkan oleh Transparency International – Malaysia (TI-Malaysia).

SPRM menyasarkan untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-25 dalam pengukuran CPI menjelang 2033.

Justeru, siasatan berprofil tinggi merupakan langkah permulaan yang perlu dilakukan untuk mencapai sasaran berkenaan.

Malah, sekiranya negara dapat mengukuhkan imejnya dalam usaha membasmi rasuah, Malaysia akan menarik lebih ramai pelabur serta pelancong asing ke negara ini.

Usaha itu seterusnya akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara yang berdaya saing dalam ranking global.

Justeru, tindakan proaktif dan berani SPRM dalam menangani rasuah di semua peringkat adalah kunci kepada transformasi ini.

SUMBER: https://www.kosmo.com.my/2024/01/30/indeks-persepsi-rasuah-2023-malaysia-naik-ke-tangga-57/


Tuntasnya, siasatan SPRM terhadap keluarga Mahathir dan Tun Daim merupakan langkah penting dalam usaha Malaysia memerangi rasuah serta meningkatkan tahap ketelusan tadbir urus kerajaan.

Langkah itu bukan sahaja menghantar isyarat yang kuat tentang komitmen negara berhubung prinsip keadilan serta integriti tetapi turut penting dalam memulihkan kepercayaan orang ramai.

Menerusi dasar anti rasuah yang baik, Malaysia berada pada trajektori yang tepat untuk menunjukkan kepada dunia bahawa negara ini serius dalam membasmi jenayah seperti rasuah dan sebagainya.

Meskipun Mahathir dan Tun Daim pernah memberi sumbangan kepada negara suatu ketika dahulu, namun jenayah seperti rasuah bukan perkara perlu dipandang enteng.

Rakyat harus diutamakan dalam segenap sudut kerana rakyat merupakan penggerak kepada kemajuan negara, justeru aset negara perlu digunakan untuk manfaat rakyat dan bukan sebaliknya.

Comments

Popular posts from this blog

Syed Saddiq Perlu Letak Jawatan Demi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini ditegur kerana rapat dengan seorang selebriti wanita negara ini. Teguran itu dilontarkan oleh ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid. Menurut Syerleena, bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu tidak sepatutnya melupakan tanggungjawab utamanya sebagai wakil rakyat. Syerleena turut menggesa agar Syed Saddiq menyerahkan jawatan sebagai wakil rakyat kepada individu lain sekiranya tidak mampu menggalas tanggungjawab tersebut. Beliau turut menasihatkan Syed Saddiq agar menggunakan pengaruh dan platform yang dimilikinya untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukan meraih populariti semata-mata. SUMBER: https://thesun.my/style-life/going-viral/bukit-bendera-mp-tells-syed-saddiq-to-focus-on-politics-not-celebrity-life-netizens-weigh-in-PF13618135 Gesaan Syerleena itu ada asasnya kerana wakil rakyat dipilih untuk membantu rakyat di sesebuah kawasan Parlimen. Syed Saddiq menjadi wakil rakyat di Muar untuk...

Pulau Batu Puteh Revisited in 2024

The 2024 Royal Commission of Inquiry (RCI) report on Batu Puteh has blown the lid off the ineptitude, neglect, and possible deliberate political machinations that led to Malaysia losing Batu Puteh to Singapore in 2008. The RCI has painted a damning picture of Dr Mahathir Mohamad’s leadership during both his first tenure and his second stint as Prime Minister, highlighting not just a failure to act but an active sabotage of Malaysia's territorial integrity. The commission’s findings strongly suggest that Mahathir’s administration mishandled the legal defense of Batu Puteh to such an extent that it can only be seen as a catastrophic misstep—one that may have been caused by incompetence, poor legal advice, or even deliberate negligence. The 2008 ruling by the International Court of Justice (ICJ), which awarded Batu Puteh to Singapore, remains a national sore that Mahathir, despite his protests, cannot escape. The RCI goes further, accusing Mahathir’s government of missing key opportun...

Kes Syed Saddiq Sebagai Contoh Pengajaran

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mendakwa hukuman tujuh tahun penjara dan dua sebatan dikenakan terhadapnya adalah melampau. Syed Saddiq mendakwa Hakim bicara, Datuk Azhar Abdul Hamid terkhilaf dari segi undang-undang apabila mensabitkannya atas empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Beliau mendakwa hukuman terbabit tidak mengikut prinsip-prinsip hukuman yang boleh diterima. Melihat kepada pelbagai alasan yang diberikan oleh Syed Saddiq, seolah-olah beliau mempertikaikan 'kerja' badan undang-undang dalam mensabitkan kesalahan kepada pesalah. SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syed-saddiq-dipenjara-7-tahun-sebatan-denda-rm10-juta-445336 Dakwaan bahawa hukuman terhadapnya adalah 'melampau' bukan sahaja memperlihatkan kelemahan Syed Saddiq dalam menerima tanggungjawab, tetapi juga menimbulkan keraguan terhadap komitmennya kepada prinsip keadilan...