Skip to main content

Bersatu Perlu 'Ceraikan' Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila menuduh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mencuri wang parti berkenaan.

Walaupun Muhyiddin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah tidak berasas, isu terbabit telah menimbulkan kegelisahan dalam kalangan ahli Bersatu dan penyokong Perikatana Nasional (PN).

Malah, Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, menyatakan kemungkinan besar Mahathir menerima maklumat yang tidak tepat sebelum membuat tuduhan itu.

Pemuda Bersatu (Armada) Johor turut mendakwa video tersebut telah dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik.

Namun, sama ada tuduhan itu benar atau tidak, hakikatnya Mahathir telah mencetuskan naratif perpecahan yang merosakkan imej Muhyiddin dan Bersatu.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/763255

Mahathir bukanlah nama asing dalam sejarah politik Malaysia apabila melibatkan perpecahan parti-parti Melayu.

Sejak era kepimpinannya dalam UMNO, beliau sering dikaitkan dengan tindakan yang membawa kepada perpecahan dalaman.

Krisis UMNO pada 1987 yang 'melahirkan' UMNO Baru adalah contoh paling jelas kepimpinan Mahathir mencetuskan konflik sehingga parti berkenaan terbelah dua.

Kemudian, selepas bersara, beliau kembali dengan menubuhkan Bersatu bersama Muhyiddin.

Namun, tidak lama selepas itu, Mahathir sekali lagi meninggalkan Bersatu apabila berlaku perbezaan pandangan politik, lalu menubuhkan parti PEJUANG.

Tindakan sedemikian menunjukkan kecenderungan beliau untuk memecahbelahkan kekuatan parti politik Melayu demi kepentingan peribadinya.

SUMBER:  https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1846112

PN ketika ini cuba membina momentum sebagai gabungan politik yang mendapat sokongan besar daripada masyarakat Melayu.

Bersatu dan PAS berusaha menjadi terasa kepada naratif 'penyatuan ummah' yang diangkat sebagai alternatif kepada kerajaan.

Pemerhati politik menyatakan bahawa konflik antara Mahathir dan Muhyiddin menunjukkan keretakan dalam usaha menyatukan parti-parti Melayu.

Sekiranya isu tersebut berlarutan, keyakinan rakyat akan kian lemah terhadap agenda perpaduan PN.

Justeru, PN perlu mengambil langkah untuk memutuskan hubungan mereka dengan Mahathir.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2025/12/18/muhyiddin-mahathir-clash-shows-cracks-in-malay-unity-push-says-analyst

Tuduhan Mahathir memberi gambaran seolah-olah Bersatu dipimpin oleh individu yang tidak berintegriti.

Walaupun Muhyiddin menafikan tuduhan berkenaan, persepsi negatif berkemungkinan besar terus 'melekat' jika Bersatu tidak mengambil tindakan yang tegas.

Menerusi langkah memutuskan hubungan dengan Mahathir, Bersatu menghantar mesej jelas bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang fitnah yang boleh merosakkan imej parti.

Selain itu, Bersatu dan PAS perlu fokus kepada agenda yang lebih besar iaitu penyatuan ummah tanpa diganggu oleh percaturan politik Mahathir yang sering membawa kepada perpecahan.

Mahathir telah berulang kali meninggalkan kesan perpecahan dalam parti politik Melayu dan Bersatu tidak boleh membiarkan sejarah berkenaan berulang dalam PN.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/06/27/dr-m-punca-perpecahan-orang-melayu-kata-penganalisis

 

Tuntasnya, Mahathir sekali lagi cuba mencetuskan perpecahan dalam parti politik Melayu dengan menuduh Muhyiddin mencuri dana Bersatu.

Tuduhan itu menimbulkan kesan yang tidak boleh dipandang ringan dalam PN.

Bersatu perlu mengambil pendirian tegas dengan memutuskan hubungan politik dengan Mahathir demi memastikan agenda parti itu tidak tergugat.

Jika PN mahu terus menjadi wadah utama politik Melayu, mereka mesti belajar daripada sejarah sebelum ini.

Kini, masa depan PN bergantung kepada keberanian Bersatu untuk menutup pintu kepada pengaruh Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...