Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2025

Bersatu Perlu 'Ceraikan' Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila menuduh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mencuri wang parti berkenaan. Walaupun Muhyiddin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah tidak berasas, isu terbabit telah menimbulkan kegelisahan dalam kalangan ahli Bersatu dan penyokong Perikatana Nasional (PN). Malah, Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, menyatakan kemungkinan besar Mahathir menerima maklumat yang tidak tepat sebelum membuat tuduhan itu. Pemuda Bersatu (Armada) Johor turut mendakwa video tersebut telah dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik. Namun, sama ada tuduhan itu benar atau tidak, hakikatnya Mahathir telah mencetuskan naratif perpecahan yang merosakkan imej Muhyiddin dan Bersatu. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/763255 Mahathir bukanlah nama asing dalam sejarah politik Malaysia apabila melibatkan perpecahan parti-part...

Mahathir Bertaraf Hartawan?

Baru-baru ini, Yahoo Finance UK menerbitkan semula laporan daripada portal antarabangsa, Love Money yang menyenaraikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai salah seorang pemimpin dunia paling kaya sepanjang zaman. Berdasarkan laporan berkenaan, Mahathir berada di tangga ketujuh dalam senarai 10 pemimpin terkaya dunia. Laporan itu menyebut beliau memiliki kekayaan sekitar AS$40 bilion (kira-kira RM160 bilion). Kekayaan tersebut dilaporan berpunca daripada kepentingan Mahathir dalam lebih 50 bank di seluruh dunia. Laporan terbabit mencetuskan persepsi ramai tentang Mahathir sememangnya menyimpan aset yang tidak pernah diisytiharkan kepada umum. SUMBER: https://malaysiabangkit.com/yahoo-finance-uk-siar-semula-laporan-kontroversi-tun-m-antara-pemimpin-terkaya/ Mahathir kerap kali menegaskan bahawa beliau kononnya tidak kaya-raya seperti yang didakwa. Malah, beliau menyatakan bahawa seorang bekas Perdana Menteri Malaysia tidak mungkin mampu hidup mewah kerana gaj...

Mahathir's Alarmism is Just Historical Revisionism

Dr Mahathir Mohamad’s latest attempt to whip up fear over Malaysia’s trade negotiations is not about sovereignty or national interest - it is yet another repetition of a political script he has relied on for more than four decades. When Mahathir is not at the centre of power, he manufactures a crisis, declares the country is under threat, and positions himself as the only gatekeeper capable of saving Malaysia. The country has seen this too many times to take it seriously. His sudden alarmism over “traps” and “foreign control” is especially hollow considering his own record. During his premiership, Malaysia entered into numerous deals and partnerships that were opaque, risky, or ultimately unsuccessful - many of which the public is still paying for. From the crooked “Buy British Last” policy that collapsed within a year, to the troubled Perwaja Steel project that suffered billions in losses, to the shipping and automotive ventures like MISC and Proton that required repeated government ...

Bukti Mahathir Seorang Diktator

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menafikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin diktator sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Penafian itu bagaimanapun tidak berasas sama sekali. Bagaimana seorang politikus yang pernah mencetuskan Ops Lalang 1987, mengubah struktur kehakiman melalui Krisis Kehakiman 1988, membubarkan UMNO dan menubuhkan UMNO baharu, tetap menegaskan dirinya bukan diktator? Kesemua peristiwa itu bukan direka atau ditokok tambah oleh sesiapa. Ironinya, semua kejadian terbabit berlaku di bawah pentadbiran beliau, bukan secara kebetulan tetapi keputusan serta tindakan yang Mahathir sendiri benarkan. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/370126 Ops Lalang pada Oktober 1987 merupakan antara detik paling gelap dalam sejarah politik Malaysia. Lebih 100 individu termasuk ahli politik pembangkang, aktivis, pendidik dan pemimpin masyarakat ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Meskipun Mahathir sering mendakwa bahawa P...