Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2025

Mahathir Punca Krisis Sabah

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mendakwa tiada calon yang layak untuk memimpin Sabah ketika ini. Beliau mendakwa budaya politik yang didorong oleh personaliti ahli politik, parti dan suku kaum telah menjadi isu besar dalam pembentukan kerajaan negeri yang baik. Namun, kenyataan itu merupakan kata-kata yang sinis dan tidak bertanggungjawab daripada Mahathir. Kenyataan tersebut pula datang daripada seorang bekas Perdana Menteri yang pernah 'merosakkan' politik negeri itu suatu masa dulu. SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/01/01/sabahans-wont-forgive-dr-m-for-projek-ic-says-sabah-leader/1543601 Hakikatnya, ketika era pentadbiran Mahathir sebagai Perdana Menteri keempat, Sabah menjadi mangsa kepada permainan politiknya. Di bawah pentadbirannya, projek kontroversi yang dikenali sebagai 'Projek IC' atau 'Projek M' dilaksanakan, sekali gus menyebabkan perubahan besar dalam demografi, politik dan kestabilan sosial ...

Pendedahan Aset Mahathir Di Luar Negara

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini terpalit dengan skandal pengisytiharan asetnya. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung aset milik Mahathir masih berjalan. SPRM turut sedang mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa di United Kingdom (UK) berkaitan aset Mahathir. Sebelum ini, Mahathir berulang kali menyatakan beliau tidak pernah memiliki aset di luar negara. Malahan, Mahathir turut menyindir SPRM dengan mengatakan sekiranya benar beliau memiliki aset di UK, Mahathir mahu menuntutnya. Namun, beberapa laporan media sebelum ini mendedahkan aset yang dimiliki oleh Mahathir dan beberapa orang yang rapat dengannya seperti Tun Daim Zainuddin. SUMBER: https://malaysiagazette.com/2025/09/24/sprm-siasat-aset-tun-mahathir-di-uk-switzerland/ Laporan media serta pendedahan beberapa individu berpengaruh mendakwa Mahathir telah menyebabkan kerugian kepada negara sebanyak RM31.5 bilion ketika skandal Forex Bank Negara Malaysia...

Perpecahan Melayu Wujud Kerana Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mahu semua ahli politik memberi keutamaan kepada usaha menyatupadukan bangsa Melayu. Tambahnya, pada peringkat ini, lebih penting sekiranya parti seperti Perikatan Nasional memberi tumpuan kepada usaha perpaduan Melayu terlebih dahulu sebelum berebut jawatan Perdana Menteri. Kenyataan itu kedengaran seperti nasihat yang bijak kepada ahli politik lain dan seolah-olah Mahathir mahu melihat orang Melayu kembali kuat di pentas politik. Namun sebenarnya, beliau sendiri yang sejak dahulu lagi menjadi punca perpecahan orang Melayu daripada era Tunku Abdul Rahman hingga ke hari ini. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/630819 Selepas kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman menekankan kepentingan penyatuan kaum termasuk Melayu dalam semangat identiti nasional. Parti UMNO ketika itu menjadi wadah utama penyatuan Melayu. Namun, Mahathir yang masih muda dalam UMNO pada masa itu dikenali sebagai seorang ahli politik yang gemar mengkritik kep...

Resentment Can Breed Across Borders, Mahathir

In Nepal, the patience of a generation has snapped. Young people, burdened by joblessness and disillusioned with politics, have poured into the streets in anger at the entrenched political dynasties that dominate every corner of their state. Their demand is not simply for policy change but for the dismantling of a system that recycles surnames while suffocating opportunity. To them, nepotism is no longer an abstract grievance — it is the visible reason for inequality, corruption, and the erosion of national hope. Malaysia should read this as more than distant news. Here, too, dynastic politics defines our landscape. Mahathir Mohamad’s children are the most visible examples: Marina as a moral voice, Mukhriz as a party man and former chief minister, Mokhzani as a corporate titan. Each role appears distinct, yet all draw their authority from a shared family legacy. And Mahathir’s clan is hardly alone. Across our political spectrum, family names repeat like mantras: Razak, Hussein, Anwar, ...