Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini menubuhkan satu gerakan baharu yang dinamakan sebagai Sekretariat Orang Melayu. Gerakan itu ditubuhkan kononnya bagi menyatukan semua pihak yang memperjuangkan nasib orang Melayu di bawah satu payung besar. Mahathir mendakwa inisiatif itu merupakan satu langkah untuk mengembalikan kuasa politik dan cabaran yang dihadapi oleh orang Melayu. Namun, ini bukan kali pertama Mahathir mengambil pendekatan sebegini. Sepanjang karier politiknya, beliau telah beberapa kali menggunakan naratif 'ancaman terhadap orang Melayu' sebagai pemangkin untuk meraih sokongan orang ramai. SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/2025/06/sekretariat-orang-melayu-bermotif-politik-jauh-tertinggal-ahmad/ Mahathir sering memainkan sentimen bahawa orang Melayu diancam, baik dari segi ekonomi, pendidikan dan kedudukan politik. Namun, retorik-retorik tersebut sebenarnya tidak dibuat dengan pelan tindakan jangka masa panjang. Malahan, ketika beli...