Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun lalu membuat kemunculan buat kali pertama hadir Muktamar PAS ke-69. Kehadiran Mahathir pada ketika itu seolah-olah menandakan penyatuan rasmi antara Mahathir dan PAS selepas beberapa dekad, kedua-dua pihak 'bermusuh'. Namun, kehadiran Mahathir pada muktamar berkenaan menggambarkan permusuhan antara kedua-dua pihak sudah berakhir. PAS juga menyokong usaha Mahathir berkaitan Proklamasi Orang Melayu yang dilaksanakan pada tahun lalu. Selain itu, video antara kedua-dua pihak hadir pada satu sidang media mula tular dan menjadi perbualan dalam kalangan netizen tentang 'intipati sebenar' jalinan kerjasama tersebut. Persoalan timbul tentang mengapa beliau memilih untuk bekerjasama dengan parti yang pernah menjadi musuh politiknya? Satu lagi persoalan adalah apakah ini jalan terakhir bagi Mahathir untuk kembali berkuasa sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga? Sejarah menunjukkan bahawa Mahathir dan PAS sering berada di ...