Skip to main content

Jalan Terakhir Mahathir Dalam Politik


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun lalu membuat kemunculan buat kali pertama hadir Muktamar PAS ke-69.

Kehadiran Mahathir pada ketika itu seolah-olah menandakan penyatuan rasmi antara Mahathir dan PAS selepas beberapa dekad, kedua-dua pihak 'bermusuh'.

Namun, kehadiran Mahathir pada muktamar berkenaan menggambarkan permusuhan antara kedua-dua pihak sudah berakhir.

PAS juga menyokong usaha Mahathir berkaitan Proklamasi Orang Melayu yang dilaksanakan pada tahun lalu.

Selain itu, video antara kedua-dua pihak hadir pada satu sidang media mula tular dan menjadi perbualan dalam kalangan netizen tentang 'intipati sebenar' jalinan kerjasama tersebut.
Persoalan timbul tentang mengapa beliau memilih untuk bekerjasama dengan parti yang pernah menjadi musuh politiknya?

Satu lagi persoalan adalah apakah ini jalan terakhir bagi Mahathir untuk kembali berkuasa sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga?

Sejarah menunjukkan bahawa Mahathir dan PAS sering berada di pihak yang bertentangan dalam arena politik Malaysia.

Mahathir pernah mendakwa PAS adalah parti yang 'kafir' dan menjadi punca perpecahan orang Melayu sejak 1955.

PAS, sebuah parti politik berlandaskan ideologi Islam, telah lama memperjuangkan penubuhan negara Islam di Malaysia.

Sebaliknya Mahathir lebih cenderung kepada pendekatan sekular dan pragmatik dalam arena politik negara.

Disebabkan perkara tersebut, PAS sering menjadi sasaran kritikan beliau.

Pertembungan ideologi ini menjadikan langkah Mahathir kelihatan janggal di mata pengkritik politik tempatan.
Mengapa Mahathir memilih untuk bekerjasama dengan PAS? Adakah satu usaha strategik atau sekadar langkah terdesak untuk kembali berkuasa?

Mahathir yang memiliki banyak pengalaman dalam arena politik, mungkin melihat peluang dalam kerjasama berkenaan.

Namun daripada sudut pandang kritikal, langkah tersebut lebih menyerlahkan keputusan beliau untuk berkuasa semula.

Selain itu, salah satu faktor utama yang menentukan kejayaan sesebuah kerjasama politik adalah sokongan rakyat.

Dalam kes Mahathir dan PAS, sokongan ini nampaknya tidak memihak kepada mereka.

Meskipun Mahathir masih mempunyai pengikut setia, beliau tidak lagi memiliki daya tarikan seperti dahulu.

Kebanyakan rakyat Malaysia khususnya golongan muda melihat Mahathir sebagai figura politik yang sudah terlalu lama di arena politik.

Manakala PAS walaupun mempunyai pengikut yang setia dalam kalangan pengundi Melayu, parti tersebut kurang sokongan orang bukan Melayu dan golongan urban.
Langkah Mahathir untuk bekerjasama dengan PAS mempunyai implikasi yang mendalam terhadap landskap politik Malaysia.

Situasi tersebut menunjukkan betapa 'rapuhnya' prinsip politik di negara ini, apabila pakatan politik boleh dibentuk dan dipecahkan mengikut kepentingan peribadi.

Perkara ini juga mencerminkan betapa sukarnya mencari pemimpin yang benar-benar berjuang untuk kepentingan rakyat tanpa mengira kepentingan peribadi.

Mahathir yang pernah menjadi simbol kestabilan dan kemajuan suatu ketika dahulu, kini dilihat sebagai tokoh yang mungkin mencetuskan lebih banyak kekeliruan dengan langkah-langkah politik yang kurang menentu.
Tuntasnya, Mahathir kini tampak terjerumus dalam permainan politik yang semakin memperlihatkan ketidakmampuannya untuk melepaskan diri daripada kancah kuasa.

Langkahnya untuk bekerjasama dengan PAS, parti yang pernah menjadi musuh ketatnya, menonjolkan betapa beliau kini terdesak untuk kembali ke puncak kuasa dengan pelbagai cara.

Situasi tersebut ini memperlihatkan Mahathir sebagai seorang pemimpin yang sanggup mengetepikan prinsip demi kepentingan peribadi.

Perjuangan politik Mahathir kini dilihat lebih sebagai usaha untuk mempertahankan diri sebagai seorang yang relevan dalam politik negara, bukan lagi individu berjuang bagi masa depan Malaysia.

Lebih membimbangkan, kerjasama ini juga mencerminkan betapa politik di Malaysia masih didominasi oleh perhitungan kuasa dan bukan prinsip.

Rakyat Malaysia yang semakin matang dan kritikal mungkin tidak lagi menerima politik sebegini.

Comments

Popular posts from this blog

MUDA Gagal Beri Nilai Tambah

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya memperoleh 1,106 undi. Angka berkenaan adalah sangat rendah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir dengan 11,065 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (6,059 undi). Justeru, kekalahan terbabit mencerminkan kegagalan kerjasama politik antara PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Walaupun kedua-dua parti tersebut mempromosikan kerjasama terbabit sebagai 'usaha blok ketiga' namun keputusan PRK itu mengundang satu persoalan besar. Mengapa PSM bekerjasama dengan MUDA? SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/04/27/official-results-bns-mohamad-yusri-clinches-ayer-kuning-by-election-with-5006-vote-majority/174610 MUDA sejak awal penubuhannya membawa aspirasi politik baharu iaitu memperjuangkan suara anak muda, integriti dan perubahan. Namun naratif tersebut kian pudar, terutama sele...

Syed Saddiq 'Kecewakan' Pengundi Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah 'dijulang' sebagai muka baharu dalam arena politik tempatan kerana kerap memperjuangkan isu berkaitan golongan muda pada awal pembabitannya. Beliau sering tampil dengan imej progresif, lantang bersuara dan dianggap sebagai pembawa suara generasi muda untuk masa hadapan. Namun, perjalanan politiknya tidak seindah yang diharapkan oleh kebanyakan pihak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Saddiq menunjukkan kegagalan besar dalam soal integriti dan menjadi teladan kepada imej politik anak muda. Pelbagai isu atau kontroversi membelenggu perjalanan politiknya sehingga imejnya terjejas teruk.  Kontroversi paling besar yang menyelubungi karier politik Syed Saddiq adalah pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebat...

Keikhlasan Penyatuan Melayu Mahathir Diragui

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa kemelut dalam Bersatu tidak akan mengganggu perjuangannya dalam menyatukan orang Melayu. Mahathir mengatakan sebarang pertikaian dalam parti merupakan isu dalaman dan tidak wajar dianggap sebagai bibit perpecahan dalam perjuangan utama untuk memartabatkan bangsa Melayu. Namun, agenda perpaduan Melayu yang bagaimana mahu diperjuangkan oleh Mahathir? Paling penting, adakah perjuangan itu benar-benar ikhlas atau sekadar modal politik lama yang terus dimainkan demi mengekalkan pengaruhnya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/11/06/dr-m-tak-jujur-sebut-orang-melayu-berpecah-lepas-berundur-kata-bekas-timbalan-menteri Dalam konteks politik semasa, naratif perpaduan Melayu yang sering dimainkan Mahathir kelihatan semakin kehilangan kredibilitinya. Situasi itu didorong oleh realiti bahawa Mahathir merupakan faktor utama kepada perpecahan politik Melayu sejak lebih kurang empat dekad lalu. Mahathir serin...