Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan menghantar calonnya bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada Julai. Menurut Ketua Penerangan MUDA Pulau Pinang Muhammad Danial Abdul Majeed, parti berkenaan mengambil keputusan tersebut berikutan tenaga kerja selain keahlian MUDA Pulau Pinang hanya kira-kira 9,000 orang. Tambahnya, keputusan itu terpaksa diambil atas beberapa faktor lain juga seperti isu kepimpinan dan sebagainya. MUDA bagaimanapun akan berkempen untuk memberi penerangan kepada pengundi bagi membolehkan rakyat membuat keputusan lebih jelas. Namun, wujud tanda tanya sama ada faktor-faktor yang disebutkan merupakan punca sebenar penarikan diri MUDA daripada PRK Sungai Bakap. SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-politik/muda-urimai-tidak-bertanding-prk-sungai-bakap-475562 Sejak penubuhan MUDA pada 2020, parti tersebut telah menghadapi pelbagai cabaran. Walaupun pada awalnya parti ini menerima sambutan yang hangat daripada golongan muda yang dahagak...