Dalam suhu politik Malaysia yang semakin mencabar dan kompleks, munculnya Parti MUDA yang ditubuhkan pada 2020. MUDA pada asalnya dipandang sebagai satu parti yang boleh mencabar parti-parti politik tradisional negara ini. Dipimpin oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, MUDA adalah sebuah parti yang dilihat sebagai saluran bagi memperjuangkan aspirasi generasi muda. Namun, adakah MUDA benar-benar sebuah wadah demokrasi golongan muda atau sekadar alat untuk memenuhi cita-cita politik Syed Saddiq sendiri? Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/parti-muda-ujikaji-politik-atau-klon-pkr-20-346614 Syed Saddiq merupakan salah seorang ahli politik muda yang kerap mendapat perhatian kerana memperjuangkan pelbagai isu semasa dan dianggap berkarisma. Namun, dalam konteks kepemimpinan politik, karisma seseorang individu tidak semestinya menjamin keberkesanan sesebuah parti. Fokus yang berlebihan diberikan kepada Syed Saddiq sebagai pemimpin dan 'wajah' MUDA, kerap kali menimbulkan...