Melangkaui usia seabad, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah dijulang sebagai arkitek pemodenan negara. Namun, di sebalik pencapaian berkenaan, strategi beliau untuk menyatukan golongan Melayu sering kali dilihat sebagai usaha yang gagal dan lapuk, terutamanya dalam konteks politik kontemporari. Golongan muda, khususnya generasi Z (Gen-Z) dan milenial, semakin menolak naratif perkauman yang menjadi asas perjuangan beliau dan menyifatkannya sebagai simbol politik toksik serta obses dengan isu kaum dan agama. Dalam era pasca-pandemik dan transformasi digital, golongan muda Melayu lebih terdedah kepada persekitaran bersifat global menerusi media sosial, pendidikan dan pengalaman. Golongan itu tidak lagi melihat diri mereka semata-mata melalui lensa perkauman, sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada meritokrasi, keadilan sosial serta pembangunan inklusif. SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/pandangan/2026/01/03/bagaimana-anak-muda-melihat-politi...