Tahun 2025 bakal menjadi tempoh penting dalam perjalanan politik ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta nasib parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Sejak menyertai politik, Syed Saddiq kerap menjadi perhatian sama ada berkaitan kontroversi atau retoriknya yang mengundang reaksi daripada rakyat. Selepas dijatuhi hukuman penjara akibat skandal jenayah kewangan pada 2023, imej Syed Saddiq di mata rakyat terus berubah. Namun adakah masa depan Syed Saddiq akan menjadi cerah semula atau tahun 2025 bakal menyaksikan kejatuhan beliau? Isu mahkamah yang melibatkan Syed Saddiq merupakan bebanan besar dalam kerjaya politiknya. Pada 2023, beliau didapati bersalah dalam kes pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana parti Angkatan Muda Bersatu (Armada). Walaupun hukuman itu dianggap melampau oleh beliau, fakta bahawa mahkamah menemui bukti yang cukup untuk mensabitkan kesalahannya memberikan tamparan hebat kepada kredibilitinya. Keputusan mahkamah berkenaan te...